Kami jarang sambut birthday. Setakat ni sekadar pergi makan-makan satu keluarga sahaja. Tapi tahun ini nampaknya tradisi makan satu keluarga sempena birthday family member tak dapat diteruskan. Masing-masing dah mula sibuk dengan kekangan masing-masing maka kami berpada dengan apa yang ada sahaja. Makan tetap makan. Jadi malam itu kami hanya keluar makan dengan ahli yang ada di rumah sahaja. Destinasi... Restoran Nasi Arab sebab Amin suka makan makanan substance yang mengenyangkan.
|
Birthday boy dah besar gajah |
|
Hot plate saya dah hangus... |
|
Ni jelah ahli yang ada..... |
Esoknya ada perlawanan catur terbuka kat Sunway Velocity. Seperi biasa bujang ni dah minat dengan permainan catur, maka Umi turutkan sahaja bagi sokongan moral. Walau tak reti setarang habuk kita temankan aje sehingga habis perlawanan.
The best birthday present ever apabila bujangku berjaya mendapat hadiah peserta IPT terbaik. Dapat boucer makan kat restoran apa ntah, lupa pulak.
|
Tahniah boy... |
|
Meraikan kejayaan....sabar je menunggu order... |
|
Makan lagi |
|
Huge meal for the birthday boy.... |
PS: Dah final teens dah bujang seorang ni. Tahun depan dah 20an. Dan Umi pun dah tua....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.