Monday, 26 November 2018

Tahniah boy...

Istiadat konvokesyen 58, Universiti Malaya.
20-23 Oktober 2018.


Alhamdulillah pada hari Selasa 22 Oktober 2018 kami bersiap sedia untuk ke satu lagi majlis bersejarah dalam keluarga. Seawal pagi dah kalut bersiap sebab nak elak jalan jam. Walaupun majlis bermula selepas zohor tapi kami dah gerak seawal jam 10 pagi. Perjalanan biasanya hanya mengambil masa kurang sejam tapi sebab malas nak menghadapi apa jua kemungkinan maka biarlah kita datang awal. Lepas tu boleh duduk berehat tenang-tenang sebelum majlis bermula.

Sebelum naik kereta kita posing dulu tanpa jubah konvo.

Alhamdulillah hubby dapat pass VIP untuk dua orang jadi sebenarnya tak perlu nak kalut sangat pun. Tapi hubby sentiasa dengan mottonya....biar cepat dan selamat. 

VIP seats

Walaupun sesi pagi belum habis tapi keadaan agak sesak dengan mereka yang datang awal macam kami. Parking pun agak susah. Kami terpaksa parking agak jauh dari dewan dan terpaksa berjalan jauh merentas padang dan tasik. Alhamdulillah kami tiba agak awal jadi sempatlah pi makan-makan dulu sementara menunggu waktu solat Zohor, sambil melawat kawasan kafe pelajar. Lepas makan kami terus ambik tempat dalam surau bagi mengelakkan suasana sesak dalam surau yang sempit.

Posing lagi

Usai solat zohor kami terus keluar dari surau. Rupa-rupanya di luar surau penuh sesak dengan ibu-bapa dan saudara-mara graduan. Sementara menunggu majlis bermula kami bersiap sedia di bawah khemah yang disediakan. Suasana agak panas tapi kita teruskan juga.



Sebelum graduan berarak masuk kami ambik peluang bergambar dulu sebab takut nanti hujan petang. Maka dalam suasana tengah panas terik pun tak kisah nak bergambar jugak. 


Alhamdulillah kami dapat duduk di barisan hadapan jadi dapat melihat majlis berjalan dengan jelas. 



Makcik dok belajaq selpi....

Usai majlis, semua pensyarah berarak keluar dewan dan beratur dalam barisan di luar pintu dewan. Katanya baru tahun ini depa ubah cara istiadat begitu. 


Alhamdulillah cuaca masih boleh diajak berbincang, maka sekali lagi kami pakat berposing anak-beranak dalam lautan manusia. Tapi tak sempat pulak saya nak pakai jubah konvo sebab kalut nak balik awal untuk elakkan jalan jam....


Oleh kerana tak sempat merasa pakai jubah konvo di UM, maka kita posing di rumah sahaja. 

Try test dulu.

Depan pintu rumah pun jadi....

"Umi ambik gambar masa Ein konvo master nantilah....." Janji? Ya... anak jantan harus berani dan berpegang pada janji.


PS: Yang penting tiada had masa dalam bercita-cita..... Moga Allah bantu.

Friday, 16 November 2018

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Beberapa kali dok teringin nak pi makan gulai tempoyak ikan patin Gobang. Tapi asyik tak sempat saja. Saya pernah makan masa pi Kuantan suatu masa dahulu. Memang sedap. Depa ada buka cawangan kat Wangsa Maju. Saya pernah cuba beberapa kali. Alhamdulillah rasanya tak banyak beza dengan yang di Kuantan. Ikan patin masak tempoyak Gobang memang sedap berbanding di tempat lain.

Setelah beberapa kali melalui perancangan yang tidak menjadi maka saya tekad untuk masak sendiri. Kebetulan hari tu pi shopping barang dapur kat Jusco Aeon, rezeki pulak terjumpa ikan patin segar katanya. Maka saya pun capai seekor cuma. Cukup la buat masak dinner untuk kami tiga beranak. (Anak-anak yang lain semua di luar kawasan)

Sebenarnya nak masak ikan patin tempoyak ni mudah sahaja. Ikan tu dibersihkan dulu lepas tu rendam dalam air tepung. Letak anggaran dua sudu tepung gandum ke dalam bekas ikan tu lepas tu biarkan selama lebih kurang 10-15 minit untuk hilangkan lendir. 

Boleh la tiga ketui....

Sementara tu boleh lah pi korek kunyit anggaran sebesar ibu jari. Bersihkan dan tumbuk dengan dua biji cili api. Masukkan bahan tumbuk tu ke dalam periuk dan campur dengan dua senduk tempoyak. Lepas tu masukkan ikan yang direndam tadi. (Ikan tu kena bersihkan dulu dan buang semua sisa air tepung). Gaul dan biarkan/perap ikan dengan bahan tumbuk tadi selama 10 minit lagi.

Perap....

Kemudian tambahkan sedikit air hingga ikan tenggelam dan jerang atas api sambil dikacau selalu. Tambah garam secukup rasa.

Dah mula menggelegak.

Apabila dah menggelegak masukkan segenggam daun kesum. Biarkan mendidih lagi dan ikan masak dengan sempurna. Kalau kurang masam boleh tambah sekeping asam keping.

Tunggu hingga menggelegak lagi.

Siap....

*tak sempat nak ambik gambar gulai yang dah siap terhidang sebab kami dah terus makan hingga menjilat jari.

Rasa? Not bad.... jika melihat berseleranya depa makan sebagai kayu ukur.


PS: Next time kita masak pais pulak.... moga Allah izin.

Atap bocor pulak.

Dah berkali-kali kau buat lagi, tolong tolong....

Dah kenapa asyik keluar lirik lagu tu kat dalam kepala saya. Semenjak musim hujan ni dah berkali-kali saya dok talipon cari orang nak betulkan bumbung bocor kat rumah ni. Satu kat kawasan sinki dapur, satu lagi kat bahagian porch kereta. Dan juga nak pasang gutter kat bumbung depan porch tu. Sejak musim hujan ni pagar kayu saya tu dah macam nak reput dek air hujan yang turun mencurah-curah. 

Minggu lepas saya ada call sorang contractor ni, tapi dia asyik postpone appointment je. Selepas seminggu baru dia datang untuk tengok-tengok apa yang perlu dibuat. Depa boleh betulkan atap bocor cuma tak boleh buat gutter sebab katanya susah nak pasang pada awning yang sedia ada tu. Cadang nak pasang gutter untuk semua bumbung tu pun katanya tak possible sebab saya dah letak awning keliling rumah, jadi susah depa nak pijak takut runtuh pulak. Tapi depa janji boleh cuba buat yang terbaik. Depa akan balik ke office dahulu untuk buat kiraan, lepas tu baru bagi quotation. Kita ni pun tunggu aje lah sambil redha je melihat air hujan yang meleleh masuk melalui atap bocor tu. Tunggu punya tunggu lepas seminggu tak ada khabar berita. Dan hujan pula sangatlah lebat dari hari ke hari.

Maka semalam saya call orang lain pulak. Alhamdulillah terus depa datang pagi tadi dan terus betulkan atap bocor tu. Nampak mudah sahaja kerjanya. Depa hanya letak silicon (macam gam warna hitam) pada setiap kepingan bumbung yang retak dan pada bahagian zink penyambung ke dinding. Lepas tu sapu cecair water proof, ala-ala cat warna kelabu.

Depa tambahkan silikon baru pada penyambung awning ke dinding tu.

Water proof katanya...

Sebenarnya kat bahagian dapur ni dah masuk kali ketiga saya panggil orang untuk baiki kebocoran. Tahan dalam setahun dua nanti dia bocor lagi, di kawasan yang sama juga. Saya pun dah lupa berapa harga yang saya bayar sebelum ini. Mungkin nak  kena buang semua bumbung yang ada dan ganti semua dengan yang baru. Paling best kalau dapat renovate buat dapur baru....😁

Tompok hitam kesan bocor

Biar apapun keadaannya, dapur ini adalah bilik kecik saya. Tempat saya memendam rasa jiwa dan raga serta apa jua yang bakal masuk ke dalam jasad ahli rumah ini. Maka bilik kecik ini adalah teritori saya dan hanya saya....


Untuk bumbung bahagian porch hadapan pun depa buat perkara yang sama. Tambah silikon dan sapu  bahan water proof. 


Saspen je tengok depa senang-senang je panjat bumbung.

Alhamdulillah semua proses selesai dalam masa dua jam. Kos RM300 termasuk upah dan beli barang. Untuk gutter nanti depa akan datang buat kemudian. Mudah-mudahan dengan adanya gutter nanti bolehlah mengurangkan kesan reputan pada pagar kayu saya. 


PS: Mudah-mudahan penahan kebocoran ini akan dapat bertahan untuk setahun dua lagi...

Friday, 2 November 2018

Happy birthday Amin.... 14 Oktober 2018

Kami jarang sambut birthday. Setakat ni sekadar pergi makan-makan satu keluarga sahaja. Tapi tahun ini nampaknya tradisi makan satu keluarga sempena birthday family member tak dapat diteruskan. Masing-masing dah mula sibuk dengan kekangan masing-masing maka kami berpada dengan apa yang ada sahaja. Makan tetap makan. Jadi malam itu kami hanya keluar makan dengan ahli yang ada di rumah sahaja. Destinasi... Restoran Nasi Arab sebab Amin suka makan makanan  substance yang  mengenyangkan.

Birthday boy dah besar gajah

Hot plate saya dah hangus...

Ni jelah ahli yang ada.....

Esoknya ada perlawanan catur terbuka kat Sunway Velocity. Seperi biasa bujang ni dah minat dengan permainan catur, maka Umi turutkan sahaja bagi sokongan moral. Walau tak reti setarang habuk kita temankan aje sehingga habis perlawanan. 


The best birthday present ever apabila bujangku berjaya mendapat hadiah peserta IPT terbaik. Dapat boucer makan kat restoran apa ntah, lupa pulak.

Tahniah boy...


Meraikan kejayaan....sabar je menunggu order...

Makan lagi

Huge meal for the birthday boy....

PS: Dah final teens dah bujang seorang ni. Tahun depan dah 20an. Dan Umi pun dah tua....

Sesi fisioterapi cara saya.....

Sejak dok ulang alik Ampang-Nilai ni saya dah agak kurang memberi perhatian kepada maintenace rumah. Kabinet kasut kat luar ni nampak je elok tapi bila nak ambik kasut terpaksa kena angkat pintunya sebab punat kecik tu dah tanggal. Saya bahagikan kabinet tu kepada dua. Satu untuk 'hers' satu lagi untuk 'his'. Yang bahagian 'hers' tu elok je penuh bersusun dengan pintu yang masih utuh. Yang bahagian 'his' tu yang dah nazak. Gamaknya depa main hempuk je pintu kabinet tu sesuka hati, tu yang sampai tertanggal segala punat skrew bagai.

Punat asyik tergolek je tiap kali nak angkat pintu...

Setelah beberapa lama menahan pedihnya mata dan hati melihat suasana setiap kali depa nak ambik kasut maka Umi prihatin yang suka DIY ni pun memulakan projek di suatu pagi yang hening. Projek depan rumah kena buat awal pagi sebab rumah kami mengadap matahari naik. Takut nanti sunburn pulak muka kita dipancar sinaran panas mentari.


Bukan la projek beriya pun. Saya cuma beli angsel dan pasang pada pintu dan dinding kabinet tu sahaja. Tapi jenuh jugak la nak mengetuk skrew tu sebab saya guna angsel yang agak kecil yang sesuai untuk saiz pintu. Maka skrewnya jugak haluih. Alhamdulillah berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya mission accomplished :D


Tadaa... 
(Abaikan keserabutan di  atas kabinet itu)

Bila dah duduk di luar rumah ni tak sah kalau tidak mencuci mata dan hati di halaman rinduku ini. Sejak musim hujan ni kawasan halaman rinduku memang nampak serabut. Padahal masa musim hujan inilah pokok-pokok tu mula segar bugar membesar dan merimbun. Yang paling galak merimbun adalah pokok bunga raya. Sebelum ni dah beberapa kali saya cantas dahan dan rantingnya tapi masih tak puas hati.

Dan seperti biasa bila angin serabut saya tiba, semua benda saya akan nampak serabut. Maka dengan kudrat yang ada saya tebang pokok bunga raya tu. Lepas tu jenuh pulak nak kena potong dahan dan ranting tu bagi pendek dan kecik supaya boleh muat nak masuk dalam plastik beg sampah. Kalau tak susun betul-betul nanti lori sampah tak sudi kutip. 


Dah nampak dogol pulak area tu maka terpaksa saya cari pokok lain untuk tanam semula. Pilihannya pokok yang tidak terlalu merimbun tapi mempu memberi ketenangan yang saya inginkan.  


Dah setel bahagian yang dogol tu saya ubah pokok lain pulak. Gigih menyangkul korek lubang untuk alih pokok yang ada. Saya suka tanam pokok keliling pagar untuk privasi. Malangnya saya bukanlah expert dalam hal tanam-menanam ni. Tak reti nak berkonsep-konsep bagai maka pemilihan pokok yang salah masa awal-awal pindah dulu menyebabkan rumah saya dah macam dalam hutan. Macam-macam pokok ada. Bila dah besar dan menyemak saya akan cantas dan tebang. Lepas tu tanam pokok lain pulak. Paling sedih, ada yang mati sendiri sebab tak cukup kasih sayang. Sebab tuannya sibuk memanjang.

Batang cangkul pun macam dah nazak.

Kemboja ni macam terbantut pulak.

Lepas alih pokok tepi pagar melarat ke dalam pasu pulak. Pokok lidah jin yang dah penuh dalam pasu saya pecahkan kepada tiga bahagian. Saya memang suka pokok ni sebab penjagaan yang mudah dan menambah warna hijau di halaman rinduku. 

Nampak senget sebab pokok tua...

Alhamdulillah selesai projek untuk kali ini. Lepas ini hanya perlu maintainance seperti biasa. Sebenarnya saya buat semua ni kengkonon sebagai fisioterapi untuk bahu dan urat belikat yang asyik semput-semput sejak akhir-akhir ini. Mudah-mudahan sesi fisioterapi ini akan memberi kesihatan yang berpanjangan.


PS: Lepas ni kita sambung terapi mata pulak....