Tuesday, 4 September 2018

Jalan-jalan Floria Putrajaya

Hari Ahad lepas berkesempatan jalan-jalan ke Putrajaya. Adhoc je sebenarnya. Kebetulan hubby malas nak ke mana-mana takkan la nak biarkan isteri terchenta ni berkurung kat rumah juga. Maka dia bagi visa untuk saya keluar bercanda dengan anak menantu dan cucuku. Lagipun  pagi tu dah pi teman hantar Amin ke UiTM Shah Alam. Amin kena hadir di Kuliah Sains Komputer dan Matematik seawal jam 8.30 pagi untuk sesi taklimat dan pemilihan subjek kelas.  So kami dah gerak seawal jam 7.00 pagi. Lepas drop dia kat kolej untuk tukar baju dan ambik fail kami hantar ke bangunan kuliah pulak. Agak jauh jugak kalau nak berjalan kaki. UiTM ni agak luas. Jenuh jugak kalau nak menapak dari kolej ke dewan kuliah bila dah mula kelas nanti. 

Balik dari Shah Alam saya singgah kedai runcit untuk beli barang basah buat stok untuk seminggu. Lepas tu terus masuk dapur untuk prepare lunch. Menu simple je..... ikan singgang, lala masak tumis pedas, ikan bakar, budu tempoyak dan ulam-ulaman. Memang menjilat jari.....😋😋

Rehat sekejap lepas makan tengahari, kami bersiap-siap nak pi Putrajaya pulak. Dah beberapa hari Iman sebut nak pi pameran bunga kat Putrajaya tu. Dia dapat offer tiket free tapi saya malas. Rasa macam penat je nak menapak kawasan pameran tu lebih-lebih lagi dalam cuaca panas tak menentu ni.

"Kita gi masa golden hours la.... tak panas. Ambik gambar cantik...."

Maka kami target untuk tiba sana dalam pukul 6 petang. Alhamdulillah cuaca agak redup-redup manja sebab baru lepas hujan. Tidak panas tapi cerah. Cukup la untuk dapatkan keadaan selesa nak berposing. Cuma parking agak penuh. Tak sangka pulak dah hari terakhir ni pun masih ramai pengunjung. Kena up sikit tahap kesabaran dalam keadaan lautan manusia dan kereta itu. Kami dapat parking yang agak strategik walaupun agak jauh. Berbaloi jugakla untuk misi mengekalkan kesihatan badan diusia emas.....





Replika Istana Kenangan Kuala Kangsar, arca Labu Sayung di tengah kolam dan replika Menara Jam Kuala Kangsar.

Tema '10 Kegemilangan Floria', Floria ni adalah acara tahunan sejak 2007.

Kami masuk dalam khemah 'Pavilion Floria'. Sejuk sangat. Depa buat pameran hasil seni para peserta dari negera jiran.  Saya hanya mampu melihat sahaja. Tak tercapai dek akalku nak fikir nilai seni pada setiap kreativiti mereka. Memang nampak sangat menarik, cantik dan berseni. Tapi kita sekadar tengok jelah.....





Untuk kategori seni hiasan taman depa susun kat satu kawasan luar khemah yang luas. Yang ini pun saya mampu tengok dan tertawan sahaja.

"Oooo..... cantiknya, lawanya..... pandainya depa susun....." Haha... makcik-makcik sungguh.



Hari tu depa lanjutkan waktu lawatan hingga pukul 12.00 malam tapi tak kuasa pulak nak spend masa lelama walaupun rasanya banyak lagi kawasan pameran yang kami tak cover. By maghrib kami decide untuk balik. Lagipun kesian pulak tinggalkan hubby sensorang kat rumah. Padahal seronok je dia melepak sensorang tanpa gangguan isteri terchenta yang selalu sibuk bercerita dan bertanya itu ini.  Singgah solat maghrib di Masjid Besi. (Malas nak ulas pengalaman di sini sebab hatiku tidak sekeras besi).


Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah dalam pukul 10 malam. Sepanjang hari berjalan tak perasan saya dah gunakan semua kudrat yang ada. Pelik pulak penat itu tidak terasa sehinggalah saya merebahkan badan ke katil.


PS:Bila dah rebahkan badan baru sedar diri ini sudah tua....😀

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.