Saya suka makan keropok lekor terutama keropok lekor Terengganu. Paling sedap kalau yang baru rebus panas-panas. Setiap kali balik Kelantan kami akan cuba singgah Terengganu untuk beli keropok Losong. Cuba je ye..... kadang-kadang tak berjaya pun. Kalau ada peluang saya akan beli banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk biasa, bukan yang frozen. Sempat la buat stok untuk dua tiga kali makan.
Alhamdulillah, baru-baru ni musim rezeki murah. Banyak pulak dapat rezeki keropok lekor Losong. Maka terpaksalah simpan kat bahagian sejuk beku takut cepat rosak. Saya pernah tengok keropok lekor frozen tapi tak pernah beli takut tak sedap. Lagipun tekak ni dah biasa makan yang fresh, of courselah nak yang sodap aje.....
Sos cili masih seperti biasa, walaupun keropok dah keras kejung |
Masa simpan keropok dalam freezer hari tu terlupa pulak nak asingkan sos cili, maka tercampaklah sebungkus sos cili bersama keropok lekor itu. Tiba masa nak menggoreng saya terpakasa ketuk batang keropok yang dah kejung itu. Lepas dah goreng nak bukak sos pencicah, terasa pelik pulak sebab rasa lembut je plastiknya. Takde langsung tanda-tanda membeku. Cair molek seolah-olah tak pernah masuk dalam freezer. Cuma rasa sedikit sejuk sahaja.
"Sebab ada gula ke?"
"Takkan la, sebab ice-cream pun membeku....lagi la banyak gula...."
"Enzim dia kot.... ada cuka...."
"Oooo.... cuka boleh halang pembekuan ke?"
Hmm... entah lah. Agak keliru di situ sebab tak pernah pulak hayat hidup saya letak benda-benda dalam freezer tapi tidak membeku. Nampaknya nak kena baca balik ilmu sains tentang teori sejuk beku ini.....
PS: Belum habis belajar Sains rupanya diriku ini... :(
Saya pun baru lalui perkara yang sama, jadi sayabcheck google, terjumpa blog ni..mengalami situasi yang sama... saya sendiri pun pelik
ReplyDeletesos lekor itu tidak beku kerana kadar acidity dalam sos keropok lekor itu mengurangkan kadar suhu yang diperlukan untuk membekukan sos tu, contoh : air biasa akan beku pada suhu 0 C , tetapi sos keropok lekor disebabkan acidity dia menyebabkan dia akan beku pada suhu -8C ( contoh sahaja ), makan dengan ini kalau peti beku berada pada suhu -6C maka sos keropok lekor tersebut tidak akan beku,
ReplyDeletesumber rujukan : https://foodcrumbles.com/secret-of-ice-cream-freezing-point-depression/
Terimakasih atas info.
ReplyDelete