Friday, 11 May 2018

Tangkak lagi dan lagi.....

Diam tak diam bujang seorang tu dah tamat program matrikulasinya. Maka pada awal pagi hari Sabtu 5 Mei baru ni kami ke Tangkak lagi. Sepatutnya cuti bermula dalam masa seminggu tapi diawalkan untuk memberi laluan kepada PRU 14. Peperiksaan juga diawalkan. 

Mengambil kira keadaan trafik sebelum ini kami jangka tiba di Kolej pada pukul 1 tengahari. So janji pick up pada pukul 1 kemudian pergi lunch lepas tu terus balik. Tetiba tengok jalan sangat smooth, by pukul 11.00 dah sampai Tangkak. Memandangkan depa belum ready lagi maka kami pun ambik peluang jalan-jalan pusing-pusing sekitar bandar Tangkak. Sebelum ini setiap kali pi Tangkak kami straight to the point, to and fro Kolej Matrikulasi sahaja. Kali ini sempat la nak tengok bandar Tangkak secara dekat. Tapi tak banyak pun yang boleh dilihat. Yang saya nampak Tangkak ini adalah sebuah pekan kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas. Ada balai polis, pejabat pos, sekolah dan deretan bangunan kedai sepanjang jalan. Banyak juga restoran dan kedai makanan tradisi Melayu, Cina dan India serta hidangan moden seperti KFC, Pizza Hut dan Dominos. Paling banyak adalah gedung-gedung kain dan pakaian. (Tangkak memang terkenal dengan gedung-gedung textile suatu masa dahulu). 

Memandangkan saya tidak pandai menikmati keindahan bandar maka kami lepak-lepak di kawasan Dataran Tangkak sahaja. Cuaca agak mendung memberi kelebihan suasana nyaman walaupun dah dekat pukul 12 tengahari.

Dataran Tangkak yang tenang.


Berangan nak menghijaukan halamanku.....


Sementara menunggu pukul 1 kami pi pekena mee bandung Johor dulu. Seperti biasa kami akan makan kat kedai makan Stesen Bas Tangkak. Katanya mee bandung di situ sangat sedap. Alhamdulillah setakat ini memang kena dengan selera saya. 

Mee bandung.....😋

By pukul 1 tengahari kami gerak ke kolej, terus ke bahagian belakang bangunan asrama untuk memudahkan memunggah barang-barang sebab dah dekat tepi tangga. Bilik asrama di tingkat 4, jenuh juga nak angkut barang.

Ladang kelapa sawit betul-betul sebelah bangunan asrama.

Penuh bonet kereta

Baby selekeh as always.....

Mudah-mudahan apa yang kami belanjakan sepanjang hampir setahun di sana mendapat pulangan yang baik di dunia dan akhirat nanti. Tiada apa yang kami harapkan melainkan dikurniakan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kami nanti..... 


PS: Lepas ni nak berdebar tunggu result pulak. 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.