Saturday, 26 May 2018

Tebang pokok tanam pokok

Sejak beberapa kali berulang alik ke Perlis saya mula faham kenapa pokok mangga nan sebatang ini tidak mahu berbuah. Masa awal-awal beli dulu memang orang kedai tu dah bagi tahu yang pokok ni adalah spesis mangga Siam. Maka ianya hanya sesuai dengan cuaca kat Siam. Tapi saya cuba juga tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah pokoknya subur dan sempat berbuah sekali sebanyak lima biji..... itu pun share makan dengan cik tupai. Lepas tu dah tak berbuah dah. Hingga kini bayang bunga pun takde. Nampaknya hanya galak mengeluarkan pucuk baru dan daun yang merimbun hingga menghalang cahaya matahari ke kawasan tanaman herba saya. Kesian pokok-pokok herba tu dah pakat jadi arwah akibat tidak dapat berfotosintesis. 

Sekali lagi saya mencari orang untuk menebang pokok. Setelah bulat tekad saya untuk berpisah dengan pokok tu saya pun membuat temu janji dengan tokey tebang pokok. Seperti sebelum ini tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Beriya berjanji nak datang sekian-sekian siap nak bawa lori sekali untuk buang dahan-dahan yang bakal ditebang tu. Tup-tup batang hidung pun tak nampak. Tak faham lah perangai manusia yang tak berpegang pada janji ni. Melayu pulak tu..... tu yang lagi sedih.

Sebelum

"Belum sampai ajal lagi pokok tu nak terkorban. Biar jelah dia hidup....."

Akhirnya saya panggil je pakcik yang biasa potong rumput kat laman saya tu untuk cantas sahaja mana-mana dahan yang perlu dibuang. Bukan setakat dia potong dahan-dahan tu, siap angkut pi buang lagi. Lepas tu potong rumput dan buang pulak rumput-rumput tu. 

Selepas 
(Abaikan model yang macho itu.)

Pakcik ni tak pernah tetapkan bayaran. Selalunya dia suruh saya bayar seikhlas hati. Tu yang menjadi masalah besar pada saya. Berapa nak bayar? Biasanya pakcik ni akan datang potong rumput saya sebulan sekali. Saya bayar RM100 setiap kali habis kerja. Kalau ada kerja-kerja tambahan seperti cuci longkang saya tambah RM150. Tapi disebabkan dia dah penat-penat usung dahan-dahan pokok tu pi lempaq buang maka saya tambah jadi RM300. Lagipun dia bawa kawan sorang untuk tolong dia angkut dahan-dahan tu. So boleh lah depa share rezeki yang ada. Hihi..... rupa-rupanya setakat itu je ikhlas saya....

Saya memang suka melihat pokok-pokok tumbuh segar di halaman rindu saya. Sejak akhir-akhir ni galak pulak pokok pisang sepit udang ni berbunga/berbuah. Saspen jugak sebab pokok ni menarik minat lebah. Mudah-mudahan takde la depa dok bina sarang kat kawasan rumah ni.


Sejak musim hujan ni pokok pandan pun merimbun jugak. Biasanya saya hiris daun pandan dan tabur dalam laci untuk mengurangkan haiwan lipas. Kalau nak mengurangkan bau minyak semasa menggoreng boleh juga letak hirisan kasar semasa menggoreng makanan.


Aroma ayam pandan.....

Sejak bulan posa ni banyak pulak masa nak menjengok ke halaman rindu ni. Seperti biasa banyak la juga angan-angan baru yang datang bertandang. Lepas ni nak pi cari pokok-pokok herba baru untuk mengganti herba-herba yang dah jadi arwah tu.


PS: Mood berkebun sentiasa datang tak kira masa.....

Monday, 21 May 2018

Peghelih lagi....

Baru je tuan puteri tu berlepas ke utara ayahnya dah redi nak booking tiket untuk pi melawat.  Katanya kesian Nina posa kat asrama sorang-sorang. (Macam la orang lain tu tak posa.) Kebetulan ada minggu yang pelajar boleh pulang bermalam so kami planning untuk bawa Nina keluar dari asrama selama dua malam. Kali ini kami pi bertiga kebetulan Amin pun tengah cuti semester. Kata orang the more the merrier.....

Seperti biasa sementara tunggu hubby setelkan kerja kat USIM kita begedik dulu. Jarang boleh posing dengan bujang sorang ni. Biasanya acah-acah camera shy gitu....

Baru semalam rasa kaki sebesar dua jari......

Flight kami kol 1.20pm. Saja pi awal sebab bulan posa ni malas nak kalut-kalut, mental kena rileks dan tenang. So sempat la tinjau-tinjau bahan bacaan dulu.

Sempat lagi posing depan kedai buku.

Alhamdulillah flight on schedule. Kami tiba di Alor Setar airport dalam pukul 2.45 petang, terus ambik kereta sewa ke Beseri. Perjalanan ke Beseri memakan masa selama satu jam. Pick up Nina dalam pukul 4 petang. Lepas tu terus gerak ke hotel. Singgah sebentar di bazaar Ramadhan beli apa yang patut untuk berbuka. Alhamdulillah semua berjalan lancar bagai dirancang.


Sementara tunggu hubby check-in.

Kali ini kami duduk di sana selama dua malam. Jadi sempatlah buat personal tuition sambil tengok-tengok Nina study untuk periksa mid sem. Asyik-asyik nak tanya soalan Add Maths, adeh.... macam la umi dia ni pakar Add Maths. Alhamdulillah sempat la cover beberapa soalan.

Esoknya hubby ajak jalan-jalan sekitar Kangar. Saja nak kill the time sementara tunggu waktu nak bukak posa. Cuaca sangat baik walaupun agak panas.

Kami lepak-lepak kat kawasan rekreasi tepi sungai Perlis. Siap ada jambatan gantung lagi. Ada jogging track dan tempat exercise. Sebelum ni kami pi singgah waktu petang. Biasanya waktu petang-petang ramai orang beriadah di sini. Tapi hari ni kami pi tengahari, harus lah tiada manusia lain. Semua orang tengah berehat sebab posa.

Posa-posa pun gigih memanjat.

Harapnya takdelah orang pelik tengok satu keluarga dok panjat Jambatan Gantung Sungai Perlis tengahari rembang ni.... :D

Menyeberang jambatan gantung

Lepas tu pi tinjau-tinjau Kuala Perlis. Manalah tahu kot-kot ada rezeki next time datang Perlis boleh lajak pi Langkawi pulak. Siang hari bulan puasa memang nampak lengang sahaja. Kata orang waktu malam baru meriah dengan pesta makan. So kami hanya lepak-lepak makan angin laut sahaja.




Masjid Al Hussain, Kuala Perlis.

Sebelah petangnya pi bazaar Ramadhan di Bulatan Jubli Emas pulak. Dekat je dengan hotel. Jalan kaki pun boleh tapi biasalah kita dah menginjak usia emas ni malas nak berjalan jauh-jauh.

Katanya bazaar ni antara yang famous di Perlis. Boleh tahan juga meriahnya. Banyak pilihan juadah. Masih ada lagi depa jual kuih RM1.00 sepeket. Tengok pelbagai juadah dengan harga murah-murah ni harus pandai mengawal nafsu. Alhamdulillah setakat ini saya selalu berkira-kira kalau membeli juadah Ramadhan. Nak kata kedekut pun iye jugak. Sebenarnya takut terlebih beli kang membazir pulak. Dalam banyak-banyak menu tu terberkenan pulak dengan puyuh bakar. Sepanjang hayat saya tak pernah makan daging puyuh tetiba teringin pulak tengok depa dok tayang kat gerai tu. So saya beli seekor. Malangnya tak menepati selera saya. Saya cuma cubit sebahagian paha sahaja lepas tu cerita pun berakhir. (Mungkin kalau yang goreng garing lebih baik....)


Puyuh bakar..... 

Sepatutnya boleh hantar Nina balik asrama sebelum jam enam petang. Tapi disebabkan kami nak balik awal so pukul 11.00 pagi dah gerak ke maktab. Sempat la jalan-jalan pusing-pusing dalam kawasan maktab dulu sebelum gerak ke airport.

Kelas seni 
The protective abang..
Sepi hari Ahad


Bye baby.... baik-baik duduk di tempat orang.

By pukul 12.00 tengah hari kami terus shoot off ke Alor Setar Airport. Tiba airport dalam pukul 1.00 tengah hari. Hantar kereta sewa, lepas tu terus masuk ke departure hall untuk berehat sementara menunggu flight ke KLIA jam 3 petang.


PS: Asyik-asyik nak pi Peghelih.....

Tuesday, 15 May 2018

PRU 14

Saya bukan orang politik. Minat pun tidak. Bercakap pasal politik memang out. Ilmu tentang politik langsung tak ada. Tapi PRU kali ini sedikit sebanyak telah merubah cara berfikir saya. Adalah jugak sedikit sebanyak penambahan ilmu politik dalam kotak fikiran saya hasil carian internet, mendengar ceramah politik dan mengikuti rancangan di TV. Sebenarnya banyak je buku-buku pasal politik bersusun kat rak buku di rumah saya tapi tak pernah pulak saya berminat nak membelek isi kandungannya. Hubby memang suka beli buku dan baca buku. Saya cuma pastikan buku-buku itu sentiasa tersusun rapi selepas digunakan sahaja.

Sejak dah pencen ni bolehlah senang hati ikut hubby pi dengar ceramah politik. Takde kekangan nak fikir esok ngantuk nak pi kerja. Anak pun dah besar so tak ada kekangan nak fikir pasal kena tinggal anak-anak kat rumah. Kami pi dengar ceramah politik dari semua parti. Tidak terhad kepada memana parti tertentu. Semua kami pi just to get the feeling.

Ingatkan saya sorang je bersemangat rupa-rupanya rata-rata rakyat Malaysia yang lain pun sudah mula berminat dengan politik. Ataupun mereka selamanya bersemangat, saya je baru tahu sebab baru nak join the group..... Memana ceramah politik yang kami pi semuanya penuh dengan hadirin.

Ceramah kelompok di Taman Sering Ukay

Buah tangan.....

Ceramah mega di padang AU2

Hadirin pakat on torch light hp masa Che Det tiba....

Ceramah di Sri Rampai.

Ambik peluang lepak-lepak.....😍

Hari nak keluar mengundi macam nak pi balik raya. Jalan raya penuh dengan kenderaan. Meriah dengan bendera sepanjang jalan.


Makcik saluran 2. Belum cukup umur nak masuk saluran 1.

Lebih sejam beratur baru nampak saluran 2

Alhamdulillah, done, selepas hampir 2 jam.

Yesss...... kami satu.

Malam tu stay up sampai subuh punya semangat nak tunggu keputusan pilihan raya. Sebenarnya nak tunggu pengumuman cuti. Alhamdulillah matahari naik menyambut Malaysia baru esoknya. Alhamdulillah dapat cuti hari Khamis dan Jumaat membawa ke Sabtu dan Ahad. 


Sepanjang dua hari selepas PRU kami tak lekang mengadap TV. Saspen menunggu majlis angkat sumpah PM baru dan MB baru semua negeri pulak. 

PM orang Kedah. (Ayahandanya)

MB Kedah. (Anakandanya)

Selepas 3 hari PRU jariku masih berbekas.

Lepas genap seminggu. (setiap hari saya kutis kat bahagian jari itu)

Mudah-mudahan selepas ini Malaysia lebih aman......


PS: Ye... saya orang Kedah (tapi duduk kat Selangor) 


Friday, 11 May 2018

Tangkak lagi dan lagi.....

Diam tak diam bujang seorang tu dah tamat program matrikulasinya. Maka pada awal pagi hari Sabtu 5 Mei baru ni kami ke Tangkak lagi. Sepatutnya cuti bermula dalam masa seminggu tapi diawalkan untuk memberi laluan kepada PRU 14. Peperiksaan juga diawalkan. 

Mengambil kira keadaan trafik sebelum ini kami jangka tiba di Kolej pada pukul 1 tengahari. So janji pick up pada pukul 1 kemudian pergi lunch lepas tu terus balik. Tetiba tengok jalan sangat smooth, by pukul 11.00 dah sampai Tangkak. Memandangkan depa belum ready lagi maka kami pun ambik peluang jalan-jalan pusing-pusing sekitar bandar Tangkak. Sebelum ini setiap kali pi Tangkak kami straight to the point, to and fro Kolej Matrikulasi sahaja. Kali ini sempat la nak tengok bandar Tangkak secara dekat. Tapi tak banyak pun yang boleh dilihat. Yang saya nampak Tangkak ini adalah sebuah pekan kecil tapi lengkap dengan kemudahan asas. Ada balai polis, pejabat pos, sekolah dan deretan bangunan kedai sepanjang jalan. Banyak juga restoran dan kedai makanan tradisi Melayu, Cina dan India serta hidangan moden seperti KFC, Pizza Hut dan Dominos. Paling banyak adalah gedung-gedung kain dan pakaian. (Tangkak memang terkenal dengan gedung-gedung textile suatu masa dahulu). 

Memandangkan saya tidak pandai menikmati keindahan bandar maka kami lepak-lepak di kawasan Dataran Tangkak sahaja. Cuaca agak mendung memberi kelebihan suasana nyaman walaupun dah dekat pukul 12 tengahari.

Dataran Tangkak yang tenang.


Berangan nak menghijaukan halamanku.....


Sementara menunggu pukul 1 kami pi pekena mee bandung Johor dulu. Seperti biasa kami akan makan kat kedai makan Stesen Bas Tangkak. Katanya mee bandung di situ sangat sedap. Alhamdulillah setakat ini memang kena dengan selera saya. 

Mee bandung.....😋

By pukul 1 tengahari kami gerak ke kolej, terus ke bahagian belakang bangunan asrama untuk memudahkan memunggah barang-barang sebab dah dekat tepi tangga. Bilik asrama di tingkat 4, jenuh juga nak angkut barang.

Ladang kelapa sawit betul-betul sebelah bangunan asrama.

Penuh bonet kereta

Baby selekeh as always.....

Mudah-mudahan apa yang kami belanjakan sepanjang hampir setahun di sana mendapat pulangan yang baik di dunia dan akhirat nanti. Tiada apa yang kami harapkan melainkan dikurniakan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kami nanti..... 


PS: Lepas ni nak berdebar tunggu result pulak.