Wednesday, 28 March 2018

Nina masuk Maktab.... @ Beseri.

"Umi... cuba check, Nina dapat MRSM ke?" 

Pepagi hari dapat mesej dari hubby. Kebetulan hubby kerja kat KL maka malam tu hubby balik Ampang sambil tengok-tengokkan anak-anak kucing kat rumah. Tapi agak terlambat pulak saya buka mesej tu sebab keluar hantar Nina pi sekolah.

Maka terus saja saya semak secara online dengan pertolongan Dayah. Alhamdulillah sungguh bagai dikata. Terkejut juga. Semuanya berlaku sangat pantas.

Hari Khamis dapat mesej suruh register pada hari Isnin lepas naik cuti sekolah. Esoknya Jumaat dah last day sekolah. Weekend tu nak pi bercuti di Terengganu hingga hari Rabu. Hanya tinggal lagi 3 hari untuk setel semua benda. Alhamdulillah Allah kurniakan ketenangan untuk saya susun masa bagi menguruskan perkara yang mendatang dengan penuh kesabaran.

Maka pada hari Jumaat itu merupakan hari terakhir Nina sebagai 'budak sekolah menengah'. Alhamdulillah masih sempat sesi bersalam-salam dengan Cikgu dan kawan-kawan, pulangkan buku teks, isi borang berhenti sekolah dan sebagainya. Lepas sekolah kami terus balik Ampang untuk plan tindakan seterusnya. Malam tu terus download semua surat menyurat dan borang daripada internet. Buat checklist untuk semua perkara agar tiada yang terlepas pandang..
  1. Isi semua borang yang perlu
  2. Fotostat dokumen sokongan
  3. Gambar pasport 12 keping
  4. Buat medical check-up
  5. Means of transport and lodging
  6. Bayar yuran
  7. Buka akaun bank
  8. Barang keperluan 
  9. Packing
Hari Sabtu buat planning untuk urusan medical check up puteri bongsuku itu. Alhamdulillah saya dah ada sedikit pengalaman menguruskan medical check up untuk Dayah dan bujangku sebelum ini. Berdasarkan borang yang depa bagi tu nampak mudah sahaja. Hanya perlukan ujian kesihatan yang asas sahaja. Ukur berat dan ketinggian badan. Periksa mata, telinga, kerongkong, tekanan darah dan degupan jantung. Ujian air kencing untuk test gula dan albumin. Buat x-ray untuk check peparu. Yang lain-lain tu kita cuma tanda yes/no sahaja.

Lepas sarapan kami terus ke hospital swasta yang berdekatan sebab nak dapat result segera. 

"Adik puasa tak? Kena puasa kalau nak buat ujian air kencing......" Soalan pertama dari nurse in charge. Hmmm..... tak pernah pulak saya dengar kena puasa kalau nak buat urine test. Biasanya kalau nak buat ujian darah sahaja kena puasa. Itupun takdelah rigid sangat sebab depa boleh guna julat bacaan berbeza untuk semasa puasa atau semasa tidak berpuasa. 

"Kalau period pun tak boleh buat ujian air kencing. Takut result tak betul. Kena tunggu habis period dulu. Lepas kering 3 hari baru datang semula buat ujian air kencing....." Saya mencongak.... hari ni baru first day period. Tambah 10 hari durasi period. Tambah lagi 3 hari lagi masa kering. Fuh.... makan dua minggu jugak tu. Tapi saya nakkan result hari ini juga. Hmm..

"Tapi kami cuma nak buat ujian asas je......" Ewah mengalahkan doktor pulak saya cuba bertahan.

'Still tak boleh. Tapi boleh buat x-ray dan check- up yang lain-lain dulu. Tapi doktor tak boleh buat report lagi. Lepas period nanti datang semula sambung buat urine test........bla, bla, bla...." Okay, saya dengar dan saya pasrah. Lastly, kami cancel je dan decide untuk cari klinik swasta yang lain.

Gigih isi borang tapi cancel semua. :(

Disebabkan hari tu hari Sabtu maka kami cari klinik 24jam, yang buka setiap masa walaupun hari cuti. Yang penting klinik tu ada sediakan perkhidmatan x-ray. Akhirnya kami terus ke klinik di Prima Gombak.

"Boleh ke buat ujian air kencing, anak saya tengah period?" soalan pertama saya untuk Doktor di situ. 

"Sepatutnya takde masalah. nanti saya semak borang dulu...." Lega saya dengar bila doktor kata boleh sebab untuk ujian asas sahaja. Mula-mula nurse ambik berat badan, ukur tinggi, cek penglihatan mata dan lain-lain ujian asas. Lepas tu ambik sample urine. Kemudian buat x-ray. Tunggu sekejap untuk semua keputusan ujian dan report dari doktor. Alhamdulillah tak sampai satu jam doktor dah siap semua ulasan dan tanda tangan. Jumlah bayaran hanya RM160 sahaja. 

Selepas sepagian dengan urusan medical check-up, disebelah petangnya kami teruskan dengan mencari tempat penginapan dan cara nak sampai ke sana pulak. Tempatnya jauh ke utara maka kami bertimbang tara samada nak naik kereta sendiri, naik ETS atau naik flight. Akhirnya kami putuskan untuk naik flight, lepas tu sewa kereta dari airport. Alhamdulillah urusan booking flight, tempahan kereta sewa dan bilik hotel semua berjalan lancar. Malam itu boleh tidur dengan lena sebab esok  dan seterusnya kami akan bermusafir kelana selama tiga hari ke Pantai Timur.....

Pada hari Khamis selepas balik dari bercuti, kami menyambung urusan masuk maktab sekali lagi. Pepagi gi bayar yuran di BSN. Lepas tu buka bank. Sebenarnya Nina dah ada akaun Wadi. Akaun Wadi tu saya buka sejak Nina baby lagi. Saya simpan semua duit raya yang dia dapat setiap tahun. So sekarang dah boleh tutup akaun Wadi tu dan transfer ke akaun al-Awfar pulak.

Budak perasan besar... padahal semua kena Umi signed dulu.

Ayah buat tutorial keluar duit ATM.

Selesai urusan perbankan kami pi beli barang keperluan pulak. Uniform sekolah semua beli kat kedai One Stop Taman Melawati. Saya memang selalu beli keperluan uniform di situ. Kat situ semua lengkap full set daripada baju, tudung, stokin, kasut dan sebagainya. Minta je uniform MRSM, depa sediakan semuanya.


Hari Jumaat dan Sabtu kami khaskan untuk hal-hal packing dan juga untuk top-up apa-apa barang keperluan yang berbaki. Kebetulan Amin pun balik bercuti maka adalah kakak dan abang memberi pesanan terakhir untuk adik bongsu mereka.

The proud siblings... missing Dayah :(

Kami gerak dari rumah pada pagi hari Ahad 25 Mac 2018. Singgah drop Amin kat TBS nak balik Tangkak. Kami tiba di KLIA dalam pukul 12 tengahari. Terus pi check in dan drop bag kat kaunter. Lepas tu pi makan-makan dulu sebelum berlepas jam 1.45 petang.




Kami mendarat di Alor Setar Airport Kepala Batas, pada pukul 2.30 petang. Terus ambik kereta sewa dan singgah makan tengahari di Warung Pak Din (agaknya lah...lupa dah). Tengahari pekena nasi dengan sup tulang panas-panas ditambah dengan ulaman dan ikan kering memang marvelous, Alhamdulillah.

Perjalanan ke Kangar terasa agak jauh sebab kami belum biasa. Cuaca nampak mendung tapi sangat panas. Yang pasti, jalannya lengang sahaja, tidak sibuk dengan hiruk pikuk kota raya. Nak cari alamat hotel pun mudah sahaja. (Guna waze la kan.)


Esoknya pepagi lagi kami dah check out sebab nak join pendaftaran pada jam 8.30 pagi. Urusan pendaftaran berjalan lancar. By pukul 10 pagi dah boleh masuk bilik asrama.

Isi borang lagi.

Dapat almari, meja kerusi sendiri.

Sepatutnya bilik sickbay tapi depa tukar jadi bilik asrama.

Bilik air yang bersih.

Padang yang luas.

By pukul 5 petang kami bersiap-siap untuk bergerak ke airport semula. Perjalanan mengambil masa selama satu jam lebih. Pulangkan kereta sewa pada pukul 7 petang. Flight sepatutnya pukul 8.50 malam tapi delay. Depa reschedule pada pukul 10.30 malam. Sabo jelah. Sesungguhnya tiada limit dalam bersabar.


Bye baby..... be good and stay sweet

PS: Terimbau kenangan betapa bangganya ayah saya sewaktu menghantar saya ke maktab lebih 38 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.