Tuesday, 30 January 2018

Cleaner, plumber, supir.....

Beberapa hari ni saya banyak buat kerja-kerja rumah sahaja. Hubby kerja luar kawasan so saya isi masa dengan planning 'kerja-kerja' yang sesuai dengan jiwa saya sahaja. Biasanya selepas hantar Nina pi sekolah saya terus balik rumah catch-up to do list yang tertangguh. Sejak masuk apartment ni baru perasan banyak benda nak kena buat. Sebelum ni, apartment ni jadi rumah hinggap je. Sekali-sekala saya datang teman hubby untuk maintain dan mengemas sikit-sikit. Hubby pun dah malas nak hinggap sini sebab bosan duduk sorang-sorang. Tapi sejak saya dah duduk sini, saya upgrade sikit-sikit to make it a home. First thing first sudah tentulah kena rasa selesa. Kena tukar langsir dulu. Alhamdulillah selepas dua hari selesai kerja-kerja menjahit langsir untuk ruang tamu. Untuk bilik tidur dan lain-lain kita tangguh dulu. Saya buat langsir french pleat biasa sahaja. Kain beli kat Nagoya Aeon Big. Kain kosong tanpa corak, simple plain

Hari Rabu baru ni, lepas balik hantar Nina pi sekolah, jam 8.00 pagi saya sarapan dua biji croissont dengan air teh tanpa gula. Lepas tu meneruskan operasi mengelap cermin sliding door dan kipas. Gigih panjat tangga naik turun lap kipas. Terlupa pulak yang diriku ini seorang yang gayat. Bila dah habis lap baru perasan yang lantai itu sangat la jauh ke bawah. Kemain gayat nak turun, padahal semasa leka mengelap kipas tu suka hati je berangan macam-macam. Bila terpandang ke bawah tu mula lah tetiba kaki ini jadi wobbly-wobbly. Kata orang, itu cuma mainan perasaan..... it's all in the mind. Alhamdulillah, kuatkan semangat, selamat je sampai ke bawah, takde la teruk manapun,. Lepas tu sibuk pulak memvacuum dan mengemop segala habuk dan debu yang berterabur atas lantai. Sedar tak sedar it takes nearly two hours to clear everythings. Alhamdulillah terbakar jugak lelemak tepu yang tersimpan selama ini. Berpeluh-peluh seakan baru balik marathon lima kilometer gayanya..... :) Kemudian saya berehat sebentar sambil menghabiskan seketul dunkin' donut dan secawan teh tanpa gula lagi sekali.

Jam 11.00 pagi saya meneruskan operasi menyental laundry area pulak. Sejak masuk rumah ni, kawasan ni belum pernah disentuh. Kawasannya clear sahaja, takde sampah, cuma penuh dengan habuk dan debu. Suci dalam debu gitu. Saya cuma perlu sapu sawang, lap dinding dan tingkap serta basuh lantai. Dek kerana terlebih semangat menyental segala habuk dan debu, tetiba tertanggal pulak kepala paip yang dah sedia ada kat situ. Maka tersembur-sembur air keluar memenuhi lantai. Kalut la pulak pi cari sumber air tu. Alhamdulillah dengan skil KHB yang ada, walaupun tak pi sekolah, saya dapat tutup sumber air dari tangki. Sementara tunggu lantai tu kering saya keluar pi kedai hardware cari kepala paip yang baru. Tak susah mana pun. Cabut yang lama, pasang yang baru. Saya beli yang dah tersedia untuk sambung ke mesin basuh. (dah siap planning nak letak mesin basuh baru.....:)) So petang tu terus pi order mesin basuh, malam tu jugak depa datang hantar, dan-dan tu juga saya mula mendobi. Pantang larang  saya kain-baju berlonggok tak basuh.
Ruang sempit muat mesin basuh sahaja...

Sebelum ni setiap kali hujung minggu saya angkut baju-baju busuk bawa balik Ampang. Sepanjang dua hari di Ampang tu la terpaksa cramp-in kerja-kerja membasuh, menjemur, mengangkat, melipat dah menggosok untuk seminggu. Tambah lagi sekarang musim hujan tak menentu. Belum lagi nak buat kerja-kerja lain. Kebetulan pulak setiap kali hujung minggu ni penuh dengan jemputan kenduri, memang tercungap-cungaplah nak menyiapkan semua kerja. Nak menikmati kesegaran  pokok-pokok di halaman rindu pun tak sempat.....

"Kenapa la Umi tak panggil cleaner je? Bukannya mahal pun?" Iman selalu jugak membebel. Ya, betul la tu... bukannya mahal pun. Tapi persoalannya bukan mahal atau murah. Saya lebih suka buat kerja-kerja rumah sendiri. Biar kalut macamana pun saya akan lebih bahagia melihat hasil tangan sendiri. Kepuasan dalam kepenatan itu yang sukar digambarkan.

"Tapi Umi membebel bila penat....." Haha..... itu sudah pasti. Tapi duduk sensorang begini takde sapa yang akan mendengar bebelanku. I'll do my work in my own sweet time.......Bak kata seorang sahabat, "...being alone is heavenzzzzz...."

Lepas ambik Nina dari sekolah tengahari tu kami singgah makan. Lepas tu pi beli barang-barang dapur nak penuhkan peti sejuk. Kesian pulak beriya-iya minta hubby belikan peti sejuk baru tapi dibiarkan kosong. Semua barangan adalah dapur-free sahaja sebab saya belum bijak menggunakan dapur elektrik tu. Tunggu nak prektis entah bila. Reason, sebab cooking is not my passion..... :D

Malam saya cuma nak makan yang simple sahaja. Menu salad dan buah-buahan. Azam tahun baru nak kurangkan makan, tapi masih suam-suam kuku. Dah nak masuk bulan Februari, azam tu asyik berterabur sahaja. Ada hari 'terpaksa' abaikan azam dan hasrat maka terpaksa ganti dengan hari lain. So malam tu kebetulan nak qadha kurangkan makan maka kita cuma ambik salad sahaja. Masa beli tu saya take for granted tak check ingredient. Confident je kat Malaysia ni makanan kat pasaraya tu semuanya halal unless otherwise stated. Dah balik rumah baru rasa dressing salad tu lain macam rasa masam dia. Nak kata rasa cuka pun tidak, rasa lemon pun tidak. Rupa-rupanya depa letak balsamic wine vinegar. Setakat pengetahuan saya, kalau wine vinegar tu Insya Allah boleh dimakan sebab process dia dah melepasi tahap penghasilan wine. Bila dah jadi vinegar (cuka) maksudnya alkohol dalam wine tu dah takde. Sama macam cuka Melayu, depa panggil cuka padi. Sama juga macam air nira (orang kelantan panggil tuak), boleh di minum selagi dia tidak mencapai tahap masam yang memabukkan tu. (Saya tak minum sebab fobia nama tuak tu. Fahaman saya berbeza. Tuak Kelantan dan tuak Kedah berbeza. Orang Kedah tak minum tuak....) Okay berbalik pada cerita wine vineger, maka saya pun terus ragu-ragu tentang kehalalan balsamic wine vinegar itu. Hasil google (seperti biasa) ada dua pendapat : 
  1. Sekiranya semua wine itu dicampur sebelum atau semasa proses penyediaan, semua bahan akan bertukar menjadi vinegar. Pada tahap itu, wine itu sendiri pun akan bersama-sama bertukar menjadi cuka juga. Maka status wine tu dah jadi halal maka balsamic wine vinegar yang di proses itu halal di makan.
  2. Ada manufacturer yang menambah wine lagi  selepas selesai proses penghasilan wine vinegar sebagai penambah perisa. Dalam hal ini balsamic wine vinegar tu kiranya dah bercampur dengan elemen yang tidak halal. Maka keseluruhannya menjadi tidak halal. Makanya tidaklah boleh di makan. 
Hmmm..... disebabkan ada keraguan di situ maka saya mengambil jalan selamat untuk tidak terjebak dalam hal-hal yang tidak pasti. Malas pulak nak pi soal-siasat manufacturer tu tentang proses penyediaan balsamic wine vineger yang depa guna.  Kot-kot depa guna cara pertama, boleh la saya bersuka-ria menghabiskan makan malamku. Tapi kalau cara kedua maka ke tong sampahlah saladku itu. Apa-apa pun sebagai jalan selamat saya relakan aje ia berakhir di tong sampah....:(

Maka malam itu saya hanya membanyakkan pengambilan buah-buahan sahaja. Usai menyoroti apa yang telah saya lakukan sepanjang hari serta muhasabah diri, saya sangat pasti being alone is just a new beginning. Alhamdulillah tidur lena tanpa gangguan.....


PS: Sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan....