Bangun pagi-pagi tetiba hubby kata ada meeting ngan sapa tah. Sebagai isteri mithali, (ehem) saya jarang bertanya hubby nak jumpa siapa. If it is a meeting, then it is a meeting, walaupun hujung pada minggu.
"Gate tak boleh buka....." Biasa la tu kalau ada apa-apa masalah mesti nak kena cari umi.
Mulanya saya ingatkan bateri remote hubby yang kong, so saya cuba guna spare remote. Masih tak boleh buka. Cuba guna suis secara manual, pun tak boleh. Of course la tak boleh sebab dah buat bypass hari tu. Masa buat bypass hari tu depa potong wayar asal, yang dah tanam dalam tanah. Kalau nak repair terpaksa hack lantai dan dinding rumah. Sayang pulak nak rosakkan rumah. So depa terpaksa potong wayar tu dan sambung melalui luar rumah. Akibatnya suis manual tu terpaksa diabaikan.
Nak buka ngan screw driver pun tak boleh sebab dah berkarat. Hmmm....
Suis asal yang terabai.
Nak buka ngan screw driver pun tak boleh sebab dah berkarat. Hmmm....
"Ayah naik kereta Ein jelah....." Alhamdulillah kereta Ein parking kat luar rumah. Sementara hubby pi meeting saya pun masuk 'ofis' full-filling all the expectations of a housewife, yang semua orang expected. Sediakan breakfast, (masak nasi goreng je pun), kemas dapur, buang sampah, setel makanan kucing bla,bla,bla..... (macam la banyak benor). Lepas tu saya setel down untuk cari orang repair autogate. Seperti biasa kita google je nombor yang kita nak.
"Akak cuba tengok main suiz. Ada yang ke bawah tak?"
"Dah tengok, takde. Semua on."
"Ok.... akak tutup semua suiz tu. Lepas tu buka satu satu...."
Alhamdulillah saya dah biasa on-off button kat main switches board tu. Dah tutup semua button tu of couse lah habis black-out satu rumah semua. Malangnya lepas on balik semua pun autogate masih tak boleh buka. Komfem masalah motherboard. So saya terus buat appointment. Depa datang tengahari tu jugak. Memang sah masalah motherboard. Dah hitam terbakar. Kejadian malam tadi gamaknya. Katanya disambar petir masa hujan malam tadi. Saya pun tak pasti. Tido mati diriku ini gamaknya. Masa saya balik petang semalam semuanya elok je.
Depa ganti dengan motherboard baru. Lepas tu offer untuk letak bateri spare dalam kotak tu. Katanya senang kalau tetiba blackout takde masalah nak buka tutup pagar, sebab dah ada bateri spare kat dalam tu. Katanya lagi jangka hayat bateri tu boleh tahan blackout selama dua hari. Malas nak fikir panjang, saya setuju je apa-apa yang depa rekomen. Dah tua-tua ni malas nak fikir kemungkinan-kemungkinan negatif dalam hidup. Saya cuma mengharapkan kehidupan yang tenang-tenang hingga akhir hayat..... gitu.
Harga motherboard masih sama seperti setahun lepas. Saya tak pasti model jenis apa yang depa ganti. Asalkan boleh berfungsi sudah cukup bagi saya. Depa bagi waranty setahun. First time pakai autogate dulu tahan selama tiga tahun, yang kedua tahan setahun setengah sahaja. Harapnya yang ini tahan lebih lama.
Selesai satu bab, hal lain pulak menyusul. Sebenarnya tayar kereta saya tu dah mula kembung kempis kembung kempis sejak beberapa minggu yang lepas. Dah dua kali saya pi pam tayar, namun selepas seminggu dia kempis balik. Alhamdulillah hujung minggu ni ada banyak masa so lepas setelkan hal autogate tu saya pi setel hal tayar kereta ni pulak.
Laju je depa buat kerja. Hubby suka pi servis kat tempat ni sebab katanya efficient. Setakat ni hubby berpuas hati dengan servis kat sini walaupun saya tak berapa setuju sebab depa caj agak mahal.
"Takpe lah bayar lebih sikit kalau servis dia elok....." Hubby selalu berpesan kepada isterinya yang suka berkira ini.
Setelah dibuka baru nampak ada paku cantik je tertusuk kat tayar tu. Sepatutnya kalau cabut paku tu dan tampal tempat bocor tu pun dah okay. Tapi banyak pulak dia dok pujuk suruh ganti tayar baru.
Mana tah datang paku ni......
"Tayar ni dah pecah-pecah.... elok ganti yang baru."
Sungguh, saya pun dah lupa bila last saya ganti tayar kereta tu. Rasanya lima tahun lepas saya dah tukar keempat-empat tayar tu sekali gus. Logik la hingga kini semua tayar tu hampir nazak, walaupun pada pandangan saya yang buta kereta ni nampak tayar tu macam okay je lagi. Setakat yang saya tahu, boleh je guna selagi tayar tu tak botak. tapi hubby kata tukar jelah demi keselamatan. Tukar semua keempat-empat tayar. Hmmm..... suka hatilah, bukan saya yang keluar duit.
Sebelum ni saya selalu guna tayar Bridgestone sebab katanya bagus terutama kalau musim hujan sebab dia ada sistem grip yang bagus untuk mengelakkan tayar skidding. Harga RM320 sebijik. Last time beli harganya RM270 sebijik. Itu masa lima tahun lepas. Maknanya depa naik RM10 setahun. Hmmm.....
"Kita buat servis sekalilah. Buat yang minor je. Tukar minyak hitam dan lain-lain minor services." Servis kereta memang dah due pun.
Maka berbelanja sakan lah kami hari tu. Kos repair pagar RM500 plus kos repair kereta RM 1500. Total RM2000. Alhamdulillah rezeki Allah datang berbagai cara.....
PS: Hidup ini tiada yang percuma.....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.