Seperti selalu apabila pulang dari sekolah saya akan meninjau persekitaran rumah melihat pepohonan yang tumbuh segar sekeliling rumah saya.
Sejak musim hujan dua tiga minggu kebelakangan ini pepohonan sekitar rumah saya sangat lebat berdaun. Tumbuh menghijau memenuhi impian suasana kehijauan saya. Terutama pokok mangga siam belakang rumah yang sangat galak mengeluarkan daun dan pucuk baru. Namun di sebalik dedaunan yang rimbun tu hanya terdapat beberapa biji buah mangga sahaja. Mabuk daun gamaknya. Setiap kali bersembang mesti pertanyaan pertama saya ialah "bilalah hang keluaq buah banyak-banyak?"
Suatu hari di sebalik kehijauan itu tetiba ternampak ada pulak makhluk hitam bersarang. Kelam-kabut saya dibuatnya sebab takut sarang tebuan. Tapi nampak bentuk tu ala-ala sarang lebah. Terus dalam hati berbunga lepas ni boleh lah makan madu lebah asli. Macam la pandai sangat nak mengusahakan madu asli. Walaupun saya berasal dari kampung tapi takde lah mencapai makam ilmu setinggi itu. Mengenangkan keburukan lebih banyak daripada kebaikan maka saya terus decide untuk tebang je pokok mangga tu.
"Selamat daripada sarang lebah. Jimat masa dan tenaga nak menyapu daun-daun yang gugur. Jimat tenaga nak kena trim pokok tu selalu. Lagipun setakat nak makan buah mangga boleh beli je." Begitulah kata-kata yang bermain dalam kepala saya.
Nampak macam ada sarang lebah. |
Saya pun cari orang yang boleh tebang pokok mangga tu. Saya google dalam mymudah.com. Depa suruh hantar gambar pokok sebab nak buat quotation. Penuh semangat saya hantar gambar sebab nak cepat-cepat buang sarang lebah tu takut merbahaya kalau dibiarkan lama-lama. Untuk pokok sebesar tu depa minta RM350. Kalau nak cuci dan sapu sekali kena tambah lagi RM150. Jumlah RM500. Hubby menyokong saja. Tapi dah elok berjanji nak datang tiba-tiba batang hidung pun tak nampak. Ala-ala janji Melayu gitu. Janji nak datang tapi tak datang. Beriya-iya saya menunggu. Dah bersiap sedia dengan wang tunai RM500. Nasib baik saya belum bayar apa-apa. Bukan rezeki depa nak dapat duit tu. Dan juga belum sampai ajal pokok tu nak menyembah bumi. Begitulah perancangan Allah.
Daun lebat hingga mencecah lantai. |
Dengan penuh kesabaran saya bincang semula ngan hubby. Akhirnya decide tak payah tebang pokok tu.
"Suruh orang trim sahaja. Boleh kekalkan teduhan di rumah. Lagipun itukan hasil green finger awak. Penat-penat tanam dah besar gajah pokok tu tak kan nak tebang begitu sahaja". Lebih-kurang gitulah nasihat hubby terchenta.
Maka esoknya balik dari sekolah saya singgah kat pondok pakgad nak tanya kot-kot ada sesiapa kawan-kawan dia buat servis potong pokok. Terus sahaja depa datang petang itu juga.
"Kakak cakap saja apa buat, semua saya buat........"
"Termasuk cuci sekali?"
"Ya la...."
"Berapa bayaran?"
"Berapa berapa la. Kakak bayar saja...."
Dah terang |
Penampakan di celahan daun. |
PS: Mudah-mudahan lepas ni boleh merasa hasil tanaman bersama mereka yang tersayang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.