Seawal sebelum subuh anak-anak dara kat rumah ni dah pakat bangun bersiap. Alhamdulillah saya salute kawan-kawan dan sahabat Hidayah yang sangat ringan tulang membantu dalam persiapan akhir sebelum majlis akad nikah. Semua susun atur perabot dalam rumah, kerusi meja, pinggan mangkuk dan peralatan tersusun rapi. menanti kedatangan pihak pengantin lelaki.
Untuk majlis akad ni kami buat di rumah sahaja. Kami pilih waktu pagi sebab lepas tu boleh terus pi kenduri kat dewan pulak. Boleh jimat masa dan tenaga, Pengantin cuma perlukan satu persalinan sahaja. Mudahkan kerja pihak lelaki yang datang dari jauh. Semua urusan boleh siap dalam masa sehari sahaja.
Final touch..
The MUA, tq for the nice job.
The girls, with the golden hands...
Cik Dah pengganti arwah Tok Wae
Adik-adik penyayang sabar menanti abang baru...
The final waiting.....
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. By pukul 8.00 pagi seperti yang dijanjikan pihak catering menghantar mihun goreng, pulut kuning dan rendang serta minuman teh O dan teh tarik untuk sarapan. Tok Imam datang pukul 9.15 pagi dan majlis akad nikah bermula jam 9.30 pagi. Kami buat secara sederhana, penuhi yang wajib sahaja.
The other sides.....
The briefing, by Tok Imam.....(Tak berapa brief sebenarnya)
The hand over.....
Yang khusyu' menyaksikan......
Alhamdulillah, termerai sudah ikat suci.
The siblings..... welcoming the new abang.
**************************
By pukul 11.30pagi kami mula bergerak ke Dewan Zabedah UIAM Gombak. Agak cuak jugak sebab jalan MMR2 memang terkenal dengan traffic jam. Silap hari bulan, perjalanan yang sepatutnya ambik masa dalam 20 minit boleh jadi 2 jam. Doa je sepanjang masa supaya Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah kami sempat tiba mengikut jadual. Beberapa tetamu dah tiba awal. Mujur depa pandai buat macam rumah sendiri.
Final touch meja beradab.
Adik penyayang, the DJ.
Adik penyayang lagi, merangkap tugas-tugas khas
Dua keluarga bersatu dalam lafaz keramat.
Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.
PS: sedang menunggu menantu perempuan pulak.....
tahniahnyerr., ;p
ReplyDelete