Cuti-cuti ni banyak pulak angan-angan nak berholiday. Al maklum la anak dah besar panjang. Senang nak bawa diri. Dulu alasan anak-anak masih kecil susah nak berjalan jauh. Kalau holiday pun pergi dekat-dekat dalam negara je. Tu pun cari lokasi yang mesra kanak-kanak.
Kata orang kalau inginkan anganan menjadi kenyataan haruslah ada persiapan. Apa-apa pun first thing first, sediakan passport dulu. Alhamdulillah passport saya dah renew masa sibuk berangan nak pi jaulah mahabbah hari tu. Pihak sekolah sponsor tiket dan penginapan 4 hari 3 malam ke Padang, Indonesia untuk cikgu-cikgu. Tapi disebabkan masalah teknikal saya terpaksa tarik diri.
Memandangkan passport Amin dan Nina dah luput tarikh, makanya hari Rabu baru ni saya bawa depa pi renew passport. Pilih hari Rabu sebab Amin tengah break paper SPM. Lepas paper Physics hari Selasa ada senggang masa seminggu untuk next paper, Chemistry. Boleh sambil-sambil release tension. Kami terus ke UTC Sentul sebab dah biasa ke situ. Pengalaman sebelum ni urusan di sana sangat mudah dan pantas. Kami keluar rumah kol 11.30 pagi. Alhamdulillah parking mudah dan percuma. Naik lif terus ke Imigresen di tingkat 1. Orang tak ramai so saya terus ke kaunter ambik nombor.
"Anak ye puan? Kita perlukan sijil kelahiran sebab mereka bawah 18 tahun." Adoi....tetiba rasa panas hati. Tak sangka pulak. Nak renew je pun. Saya dah bawa passport, IC dan tuan badan sekali. Tetiba nak surat beranak pulak.
"Puan duduk jauh ke? Takpe pergi je ke tingkat 3. Buat cabutan sijil kelahiran di JPN....."

Dah sah-sah lah depa tu anak-anak saya sebab dah pernah ada passport sebelum ni. Rekod semua dah ada. Cuma nak renew buat baru je. Letak je ibu jari kat sensor tu semua detail keluar kat komputer. Nak jugak buat procedure pelik-pelik nih.
Maka kami pun ke JPN. Ambik nombor giliran, isi borang permohonan cabutan sijil kelahiran, buat salinan IC ibu untuk setiap anak serta sediakan bayaran RM5 untuk setiap cabutan. Lepas tu tunggu giliran. Kaunter ada 10, yang buka hanya 3. Sabar jelah. Hampir satu jam menunggu akhirnya siap. Lepas tu pergi semula ke Imigresen tingkat 1. Terus ke kaunter 9 untuk ambik nombor giliran. Depa guna nombor yang sama untuk setiap kaunter seterusnya.
a) tunggu giliran untuk serahan borang dan ambik gambar di Kaunter 1-7.
b) tunggu giliran untuk bayaran di kaunter 8
c) tunggu passport siap di kaunter 10-12
Alhamdulillah urusan passport sangat pantas provided semua dokumen lengkap.
Sekiranya berurusan untuk renew passport anak-anak umur dibawah 18 tahun pastikan bawa sekali:
1. Anak-anak bersama passport masing-masing
2. Sijil kelahiran anak-anak original
3. Mycard/kad pengenalan anak-anak original
4. Ibu/Bapa
5. IC ibu/bapa
Ibu/bapa wajib hadir bersama anak dalam setiap urusan di kaunter (kecuali masa bayaran) untuk pengesahan. Bayaran RM200 setiap passport untuk tempoh lima tahun.
Setakat nak renew passport boleh siap dalam masa 2 jam sahaja tapi sebab saya tak bawa sijil kelahiran terpaksa tambah satu jam masa menunggu di JPN pulak. Mulanya depa suruh balik ambik surat beranak tu, tapi sebab dah ada kemudahan buat cabutan kat JPN tak payahlah buang masa ulang-alik. Kecuali lah kalau rumah kat sebelah UTC tu je......:)
( Click sini untuk cerita lama http://umminina.blogspot.my/2013/11/pasport-oh-pasport.html)
PS: Angan-angan sahaja ye, mudah-mudahan ada rezeki menjadi kenyataan. Ongkosnya fikir kemudian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.