Setiap kali balik Kelantan, fisrt thing first sudah semestinya berziarah ke Kampung China. Dan sudah semestinya juga juadah nasi dagang yang menjadi sarapan pagi kami. Set nasi dagang Cik Yah memang tip top. Favourite saya sejak dulu.
Kali ni kami balik untuk meraikan kenduri kawen anak saudara hubby. Uniknya di sini kita boleh pilih saja hari apa yang kita suka untuk majlis kenduri. Tiada restriction untuk diadakan pada hujung minggu seperti di KL. So depa pilih hari Jumaat untuk majlis menyambut menantu. Akad nikah sebelah perempuan telah dijalankan pada hari Isnin sebelum tu. Kebetulan masa cuti sekolah so kami balik hari Khamis. Malam tu (malam Jumaat) diadakan tahlil untuk arwah abang ipar saya. Esoknya rombongan pengantin perempuan sudah tiba seawal jam 10 pagi. Jamuan sambut menantu dan saudara-mara diadakan sebelum solat Jumaat. Selepas Jumaat barulah para jemputan lain datang.
Seperti biasa ada saja program jejak kasih dengan kenalan yang hampir 20 tahun tidak bersua muka.
Benda paling osem kat Kelantan sudah semestinya lah makan, makan dan makan. Banyak pilihan, sedap dan semestinya murah. Bermula sarapan pagi dengan nasi dagang Cik Yah FOC, lunch kat rumah kenduri juga FOC, kami berdinner di Restoran Syam pulak. Saja suka-suka bawa menantu kenal-kenal dengan budaya makan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kata hubby Restoran Syam ni dah lama wujud. Pelik pulak saya tak pernah tahu kewujudannya selama ini. Walau dah bertahun saya berulang alik ke Kelantan sebelum ini tak pernah pulak saya dengar hubby sebut tentang restoran ni. Terletak di celah deretan kedai memang tak nampak menarik pun. Tapi bila melangkah masuk nampak macam reception lobi hotel pulak. Rupa-rupanya ruang makannya terletak di bahagian belakang. Agak luas macam dalam dewan kenduri gayanya.
Set hidangan untuk 8 orang. Memang berbaloi.
Beriya-iya pulak mengadap cermin lobi.
Kami sewa homestay untuk 2 malam. Terletak di kawasan kampung. So dapat lah merasa suasana nyaman di waktu pagi yang masih berkabus. Sempat lagi sijuara merentas desa tu melepas gian berjogging keliling kampung dalam kabus pagi.
Tengah hari cuaca agak panas. Suka hati kami buat macam rumah sendiri kait buah kelapa muda kat depan rumah. Alhamdulillah tuan punya homestay tu layankan aje kerenah kami. Siap bagi parang lagi.
Menantuku menunjukkan skill membelah kelapa muda...
Singgah KB Mall sebelum flite kol 4 petang. Sambil-sambil teman hubby tengok-tengok projek rumah idaman. Kebetulan ada pameran projek perumahan di sekitar KB. Berbanding KL harga rumah di sini agak murah. Dah lama hubby ajak cari rumah kat Kelantan untuk rumah pencen nanti.
Mewah betul depa letak udang. Besar-besar pulak tuh..
Safely arrived at KLIA 2...
Kebetulan parking kat rooftop, saja buang tebiat berposing melayan depa dua beradik ni.....
PS: Cuti sekolah pun sentiasa tak pernah cukup masa......
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.