Tuesday, 5 April 2016

Cerita cuti sekolah baru-baru ini....

Sejak melepaskan jawatan dari Jabatan Kokurikulum sekolah awal tahun ini, Alhamdulillah cuti saya berjalan lancar. Tiada lagi nak sibuk-sibuk kursus, meeting dan lain-lain hal sekolah. Alhamdulillah kali ini saya dapat maksimakan cuti sekolah tanpa perlu memikirkan hal sekolah lagi. So sepanjang cuti pertengahan semester pada 12-20 Mac baru ni masa saya dipenuhi dengan aktiviti rumah tangga dan bersama keluarga sahaja.

Sabtu:
Pepagi lagi saya dah keluar hantar anak-anak ke Temasya Sukan sekolah (TESPER). Kali ini diadakan di SBPI Gombak. Dekat je ngan sekolah saya. Saya hanya AJK unit hadiah jadi tak lah sibuk sangat. So pepagi hanya gi susun hadiah lepas tu bergegas ke hospital menemani suami terchenta. 

Kebetulan hari tu hubby ada appoinment untuk remove stent. So pagi tu terus pergi ke Ambulatory Service masuk dayward. Kebanyakan yang datang hanya untuk minor operation. Ada yang bersunat dan beberapa kes buang stent. Kalau ikut schedule sepatutnya proses buang stent tu hanya ambik masa dalam 2 jam saja. First come first serve pulak tu. 

"Maaf ye Encik. OT kami ada 4 tapi  2 dalam renovation, Tinggal dua je yang boleh guna. Mungkin ambik masa sikit la...."


Sebenarnya proses tu kat klinik pun boleh buat. Tapi kata Datuk Doktor tu hospital tu sesaja nak buat duit. Suruh buat kat dewan bedah. Tak pasal-pasal kena bayar kos bilik bedah, kos pakar bius sebab buat general anasthetic serta kos-kos lain yang macam tak masuk akal. Sepatutnya dayward sekejap je. Tapi melarat hingga kol 5.30pm baru boleh discharge. So Sabtu tu seharian kami di hospital...
Berkueteow kungfu sementara tunggu hubby keluar OT.

First time saya tak dapat hadir hari sukan anak-anak. Apa-apa pun, they did very well dalam sukan masing-masing. Tahniah, tahniah, tahniah.....
Pungutan medal Amin dan Nina di sukan sekolah.

Ahad:
Planning tu macam-macam. Berangan sebenarnya.  Lepas siap house chores pepagi tu ajak Ein gi cuci mata kat KL Fest. Sambil cari barang-barang untuk keceriaan kelas. Hmmm.... baru je sebut tak nak fikir fasal sekolah waktu cuti. Tapi biasala kan. Nama pun cikgu. Perasaan tu dah mendarah daging dalam diri. Tahun ni saya jadi guru kelas so nak tak nak perasaan caring tu akan datang sendiri tanpa sengaja. Lepas dah penat cuci mata kami isi perut la pulak..... Dengan bujang nan seorang tu makan apa pun jadi.
Bujangku yang dah besar panjang.. 
Sebelah petang gi jogging kat Taman Tasik Ampang. Tak jogging mana pun. Buat brisk walking je. Penat nak mengejar che mek juara merentas desa nan seorang tu. .
Ringan je nampak mek ni lari. Kejap je dah jauh tinggalkan saya. 
Hubby pun masih maintain walaupun dah mula rasa sakit-sakit lutut.

Isnin:
Pepagi hantar Amin gi program excel. Buat kat Masjid ar Rahman sebelah UM, PJ. Anjuran Ikram. Belasah je redah cari jalan. Alhamdulillah sampai betul-betul depan tangga masjid.
Balik dari situ saya masak nasi goreng untuk sarapan merangkap lunch. Sambil tu basuh kain sidai kain lipat kain serta mengosok. Petang keluar gi beli barang untuk masak dinner. Ayam, ikan, ketam dan sebagainya. Kebetulan anak menantu balik so adalah member nak berborak sambil tolong masak kat dapur. Kalau tidak, dok la memasak sensorang kat dapur sambil dengar ceramah UAI atau Ustazah Norhafizah.

Selasa:
Pi Wangsa Walk ngan Iman and Nina. Beli Hp untuk birthday present Nina (18 Mac). Tu dia..... Umi bagi HP untuk hadiah beday. Melampau..... Pastu pi UIA Gombak, shopping tudung sementara tunggu giliran nak bayar bil kat PO. Lepas tu hantar Iman ke kuliyah. Balik rumah mula buat operasi 5S kemas rumah. 

Rabu:
Seharian mengemas rumah dan packing barang untuk balik kampung esoknya. Tengah hari ke UM PJ lagi ambik Amin dari program Excel hari tu.

Khamis, Jumaat, Sabtu

Ahad:
Operasi dobi mendobi dari pagi sampai petang. Prepare body and soul untuk mula sesi sekolah esok hari. Sambil plan strategi untuk habiskan marking 2 bundle kertas ujian anak-anak muridku. Alhamdulillah 3 bundle dah siap marking sebelum cuti.....

PS: Looking forward untuk cuti lagi.....

Sunset di Tanjung Keling

Kami tak punya ramai anak. Lima orang sahaja. Seingat saya, kami suami isteri tak akan pernah ke mana-mana tanpa mereka. Walau susah walau senang kami akan sentiasa bersama. Bak kata seorang sahabat, anak kita, kitalah jaga. Tak kan nak tinggal untuk kesenangan dan kemudahan diri sendiri. Sebenarnya hubby yang tak senang duduk pabila anak-anak tiada di sisi.

Tapi sejak akhir-akhir ini aktiviti bersama anak-anak dah mula berkurangan. Masing-masing mula ada aktiviti sendiri. Samada aktiviti sekolah ataupun mereka sendiri dah malas nak menyertai aktiviti kami. Maklum la anak remaja mana nak masuk dengan tema kami yang dah masuk setengah abad ni. Masa kecik-kecik dulu boleh la nak paksa rela. Patuh je depa ikut kami ke mana-mana. 

Hari tu teman hubby pi program kat Tanjung Keling, Melaka. Tak ingat dah exactly bila. Menginap di Hotel Pantai Puteri. First time dalam sejarah kami pi overnite berdua sahaja. Biasanya at least ada Nina buat peneman bicara. Teman lepak-lepak kat bilik hotel. Ataupun teman ronda-ronda kota raya masa hubby sibuk berprogram. Tapi kali ni Nina ada program camping anjuran sekolah so tak leh lah nak paksa rela dia ikut sama. Yang lain dah besar panjang tak kan sudi nak teman umi pulak. Banyak lagi aktiviti depa yang lebih canggih.

Akhirnya saya mati kutu kena tinggal kat bilik hotel sensorang. Dah la tengok kawasan pun nampak macam tak menarik je. Kawasan reservoir mana nak menariknya. Alhamdulillah saya bawa bekal bahan bacaan buat mengisi masa. Sambil-sambil tu boleh lah beruzlah menilai diri.......

By petang tu usai program hubby kami pi jalan-jalan menyusur pantai melihat sunset. 
Saya sentiasa tak lepas peluang menikmati ciptaan Allah nan satu ini.


Kat depan hotel tu depa buka gerai. Chef hotel tu yang masak tapi menu harga warung. So pelanggan hotel ada pilihan samada nak makan harga hotel kat dalam cafe atau harga warung kat gerai luar tu. Kami order mee goreng je. Boleh tahan juga rasanya. Tak berani duduk lama-lama takut nyamuk. Kang tak pasal-pasal kena denggi.
Kami duduk semalaman sahaja sebab kalut nak balik tengok anak-anak yang kena tinggal kat rumah. Sebelum balik sempat la pusing-pusing melihat kawasan Tanjung Keling ni.
Masjid Tanjung Keling

PS: Lepas ni kena belajar tinggal berdua. Heading for empty nester.....

Saturday, 2 April 2016

Bila di Kelantan....

Setiap kali balik Kelantan, fisrt thing first sudah semestinya berziarah ke Kampung China. Dan sudah semestinya juga juadah nasi dagang yang menjadi sarapan pagi kami. Set nasi dagang Cik Yah memang tip top. Favourite saya sejak dulu. 

Kali ni kami balik untuk meraikan kenduri kawen anak saudara hubby. Uniknya di sini kita boleh pilih saja hari apa yang kita suka untuk majlis kenduri. Tiada restriction untuk diadakan pada hujung minggu seperti di KL. So depa pilih hari Jumaat untuk majlis menyambut menantu. Akad nikah sebelah perempuan telah dijalankan pada hari Isnin sebelum tu. Kebetulan masa cuti sekolah so kami balik hari Khamis. Malam tu (malam Jumaat) diadakan tahlil untuk arwah abang ipar saya. Esoknya rombongan pengantin perempuan sudah tiba seawal jam 10 pagi. Jamuan sambut menantu dan saudara-mara diadakan sebelum solat Jumaat. Selepas Jumaat barulah para jemputan lain datang.

Seperti biasa ada saja program jejak kasih dengan kenalan yang hampir 20 tahun tidak bersua muka.

Benda paling osem kat Kelantan sudah semestinya lah makan, makan dan makan. Banyak pilihan, sedap dan semestinya murah. Bermula sarapan pagi dengan nasi dagang Cik Yah FOC, lunch kat rumah kenduri juga FOC, kami berdinner di Restoran Syam pulak. Saja suka-suka bawa menantu kenal-kenal dengan budaya makan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kata hubby Restoran Syam ni dah lama wujud. Pelik pulak saya tak pernah tahu kewujudannya selama ini. Walau dah bertahun saya berulang alik ke Kelantan sebelum ini tak pernah pulak saya dengar hubby sebut tentang restoran ni. Terletak di celah deretan kedai memang tak nampak menarik pun. Tapi bila melangkah masuk nampak macam reception lobi hotel pulak. Rupa-rupanya ruang makannya terletak di bahagian belakang. Agak luas macam dalam dewan kenduri gayanya.
Set hidangan untuk 8 orang. Memang berbaloi.

Beriya-iya pulak mengadap cermin lobi.

Kami sewa homestay untuk 2 malam. Terletak di kawasan kampung. So dapat lah merasa suasana nyaman di waktu pagi yang masih berkabus. Sempat lagi sijuara merentas desa tu melepas gian berjogging keliling kampung dalam kabus pagi.
Tengah hari cuaca agak panas. Suka hati kami buat macam rumah sendiri kait buah kelapa muda kat depan rumah.  Alhamdulillah tuan punya homestay tu layankan aje kerenah kami. Siap bagi parang lagi.
Menantuku menunjukkan skill membelah kelapa muda...

Cuti dua hari memang agak padat. Satu hari dah habis kat tempat kenduri. Tinggal sehari je nak bawa anak menantu melihat-lihat kawasan.


Singgah KB Mall sebelum flite kol 4 petang. Sambil-sambil teman hubby tengok-tengok projek rumah idaman. Kebetulan ada pameran projek perumahan di sekitar KB. Berbanding KL harga rumah di sini agak murah. Dah lama hubby ajak cari rumah kat Kelantan untuk rumah pencen nanti.

Bermaggi udang sebelum berlepas balik KL. Sebenarnya mengidam maggi ketam tapi sampai sekarang belum tercapai hajat lagi.
\
Mewah betul depa letak udang. Besar-besar pulak tuh..
Safely arrived at KLIA 2...
Kebetulan parking kat rooftop, saja buang tebiat berposing melayan depa dua beradik ni.....


PS: Cuti sekolah pun sentiasa tak pernah cukup masa......

Friday, 1 April 2016

Mangga mangga mangga...

Petang tadi lepas siap masak, lama saya dok merenung pohon mangga siam kat belakang rumah ni. Dah lebih tiga tahun umurnya tapi masih belum nampak tanda-tanda nak berbuah. Daun je lebat menghijau. Mengikut kata ayah saya, kalau pokok mangga buat perangai macam tu maksudnya mabuk daun. Sebab tu tak berbuah. Salah saya juga kot sebab masa pokok tu mula tumbuh dulu dia naik tinggi kurus meleding. So saya potong bahagian pucuk. Lepas tu lama baru dia mula keluar dahan dan pucuk halus-halus. Comel je nampak pucuk tapi asyik kena makan dek ulat. Bila saya petik pucuk tu bau dia ada iras-iras pucuk putat (buah gajus). Lepas tu daun dia mula lebat dan menghijau dan memberi teduhan dan suasana sejuk di belakang rumah saya. 

"Nanti kita beli buai letak kat bawah pokok tu..."

Akibatnya kawasan sepanjang tembok tempat tanaman rencah dapur saya tidak mendapat cahaya matahari yang sewajarnya. Pokok-pokok daun kari, limau purut, serai dan limau nipis dah mula terjejas. Pokok betik pun terpaksa bersaing sampai bengkok batangnya mencari punca cahaya. Hanya pokok pandan yang segar bugar dibawah teduhan. Nampaknya terpaksa usahakan tapak baru lah pulak.
Deretan rencah dapur mula kurang segar.
Berlainan dengan pokok mangga epal nan sebatang ni. Walaupun sebaya dan seusia mangga siam tu dia dah mula berbunga  dan berbuah sebaik mencapai usia 3 tahun. Alhamdulillah makin lama makin galak berbuah. 
Pelik pulak bila ianya hanya berbuah di dahan bahagian bawah sahaja.  
Buah bersaiz besar dan berat hingga melewati paras tanah.

Alhamdulillah setakat ini hasil alam yang sedikit ini telah dapat dikongsi dengan saudara dan sahabat handai serta jiran terdekat.