"Tnet dah ada?
Rasanya dah masuk 10 hari internet kat rumah ni bermasalah. Hari tu dah call TM Service Center. Depa datang check dan ganti kepala socket free of charge. Sambil tu depa promote untuk upgrade service supaya lebih laju. Selama ni saya guna pakej basic tu je. Bayar bil RM157 sebulan. Alhamdulillah saya dah guna service Unify ni lebih daripada tiga tahun tanpa sebarang masalah. Itupun sebab termakan pujuk rayu sahabat sekerja yang mula berjinak-jinak dengan business ni pada masa tu. Saya pun dah tak ingat berapa dia caj kos pemasangan. Yang pasti saya puas hati dengan service unify selama ini. Yang penting kena bayar bil on time....
Selepas dua hari depa tukar kepala socket tu tetiba service unify ni kong balik. Connected tapi tak dapat internet. Dah la cuti sekolah baru bermula. Maka resah gelisah anak-anak tanpa internet mula terserlah. Dunia mereka seolah dihalang tembok besar.
Kami ada juga cuba DIY apa yang patut. Biasanya kalau tak dapat internet kita hanya perlu tutup semua suis. Biar dia rehat dalam 10 saat. Lepas tu on balik. Insya Allah line internet akan muncul semula. Tapi kali ni dah berapa kali on off, on off, yang dinanti tak juga kunjung tiba.
Setelah beberapa hari bersabar akhirnya kami diberitahu masalah tak dapat internet tu mungkin disebabkan oleh gangguan kabel. Unify hantar kontraktor untuk uruskan. Sebab katanya staff Unify ni tak ada insuran untuk cover panjat memanjat ni. Kang jatuh terlentang tak ada sapa nak bertanggung jawab. So kena panggil kontraktor khas untuk uruskan hal kabel dan wiring ni. Awal pemasangan dulu kabel wayar tu depa masukkan ikut laluan dalam bumbung rumah sebab tak nak bagi nampak serabut wayar kat diding. Lagipun masa tu kan baru pindah rumah. So sayang pulak nak suruh depa tebuk dinding. Tapi atas nasihat pakar seeloknya wayar tu biar nampak di mata. So kali ini depa buat wiring baru. Buat laluan tepi dinding lepas tu tebuk masuk melalui atas sliding door. Senang lain kali kalau rosak, staf Unify sendiri pun boleh selesaikan. Dah tak perlu panggil kontraktor luar lagi.
Alhamdulillah setelah sabar menunggu proses pembaikan siap dalam masa satu jam. Depa caj RM200 untuk kos pemasangan semula. Warranti selama 2 bulan sahaja. Boleh call depa semula untuk apa-apa service free of charge dalam tempoh dua bulan tu.
Akhirnya tembok besar dunia tanpa sempadan terbuka semula. Hanya sempadan iman yang dapat menjadi benteng ketahanan manusia sejagat...
PS: Dan saya pun dah boleh berblog semula.....:)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.