Monday, 28 September 2015

Berkebun lagi

Awal cuti penggal hari tu tetiba semangat berkebun datang semula. Rupa-rupanya dah agak lama saya tinggalkan hobi nan satu ini. Sejak terjumpa pohon kemboja hari tu Alhamdulillah setiap petang saya dapat luangkan masa mengadap laman saya. Kesian pokok-pokok tu. Tak terurus. Yang hidup atas tanah dah macam hutan belantara. Pokok-pokok membesar suka hati. Bercampur aduk dengan pokok-pokok yang tidak diundang. Yang dalam pasu pakat nazak kering kontang. Hanya mengharapkan air hujan yang datang sekali sekala. Paling sedih tengok rumput cowgrass tu. Macam hidup segan mati tak mahu. Kena buli dengan rumput-rumput liar yang galak membiak. 
Apa tah nama pokok ni. Ada orang kata pokok tadah doa.
Bukan main sihat walafiat dia membesar. Suspen pulak tengok takut tumbang. Awal-awal tanam dulu tak sangka dia boleh naik setinggi ni. Tapi bagus juga buat teduhan depan laman.
Semua yang dalam pasu tu nak kena salin, Terutama pokok bunga mahkota duri.
Kemuning pun macam malu-malu nak berbunga.
Lidah jin macam dah kena ulser pulak.
Sepatutnya bunga ros. Kesian tinggal batang je.
Saya salin pasu, letak tanah baru dan bubuh baja. Alhamdulillah umur masih panjang. Sekarang dah mula mengeluarkan pucuk baru.
Melur juga tinggal batang sahaja.
Saya tambah sepohon lagi bunga melur kampung sebagai pemangkin.
Melati yang kering kontang.
Lepas dah salin pasu dan bubuh baja mula galak bebunga.
Terselit di celah-celah rumput. Macam pokok kaduk. Tunggu dia besar sikit. Kalau betul baru nak ubah masuk pasu. 
Pokok-pokok yang ditanam sepanjang pagar pun terpaksa saya cantas dan tebang. Baru nampak clear sikit. Yang paling subur dan segar bugar ialah pokok bunga raya saya. Terpaksa tebang semua. Sayang pulak tengok bunga yang segar mekar. So saya kutip setakat yang sempat. Buat hiasan di meja makan....
Penghias meja untuk beberapa waktu.
Cowgrass yang gersang. 
Mudah-mudahan dengan turunnya hujan sejak dua tiga hari ni akan memberi nafas baru pada laman saya. Sedih pulak mengenangkan hubby susah payah cari rumah nak memenuhi impian bini. Nak yang ada tanah untuk hobi berkebun. Tanam pokok-pokok buah lah. Tanam bunga lah. Tanam sayur lah. Tanam herba lah dan segala macam tanaman....hmm.

PS: Aktiviti kebun terpaksa ditangguh ekoran jerebu yang datang semula. Harap-harap lepas jerebu nanti mood berkebun saya ni masih dapat bertahan...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.