Semalam tetiba terasa nak buat kek. Kebetulan sebelum tu pi Greenwood ternampak kedai kek. Nak beli rasa mahal pulak. Dah lama tak buat projek kek mengekek nih. Kebetulan cuti sekolah boleh lah meneruskan aktiviti yang dah lama terpendam ni.
So balik tu capai je apa bahan yang ada kat dapur. Campur je apa yang ada. Lepas tu mix dengan hand mixer azimat yang dah banyak berjasa.
"Nina tahu tak bila umi beli hand mixer ni?"
"Bila??"
"Masa umi buat A-Level kat UK lagi..."
Hand mixer yang dah boleh masuk muzium. Antara koleksi persiapan saya sebelum kawen dulu-dulu.
Masih utuh walaupun dah berusia lebih 25 tahun.
Kek oren in the making.
Bahan kat bawah ni je yang ada kat dapur saya. Hentam saja la Labu.. Dan seperti biasa saya sukat pakai sudu dan cawan sahaja. Malas nak timbang-timbang bagai.1 cawan buttercup (dilembutkan pada suhu bilik)
1 cawan margerin planta
2 cawan gula castor
5 biji telur ayam omega
1/2 cawan kordial sunquick oren/mandarin
2 cawan tepung gandum diayak dengan 2 sudu kecil baking powder
Caranya.
Panaskan oven 170 darjah celcius. Pukul buttercup, margerin dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi. Masukkan cordial oren/mandarin. Kacau lagi hingga rata. Lepas tu masukkan tepung. Kacau lagi lepas tu masukkan dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak.
Kek oren nan simple.
Hmm...kebetulan pulak puteri sulung saya genap 22 tahun semalam. So dapat lah merasa kek oren simple versi kurang rajin. Mula plan nak buat topping. Tapi biasa la kan.... kita hanya merancang. :)Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir kepada puteri saya yang cantik manis. Moga usia yang mendatang menjadi penyejuk mata umi dan ayah. Mudah-mudahan juga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat......
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.