Hari Khamis minggu lepas saya agak free so minta izin ngan pengetua nak pi Post Office. Nak bayar bill takut kang kena potong pulak. Memang kerja asasi tu. Setiap bulan pi menapak kat PO nak bayar bill. Orang lain dah advance bayar online je. Tidak pun guna Maybank2u. Saya masih dengan semangat lama. Apa la....
Elok je saya reverse kereta dan jalan ke arah pejabat. Tetiba je ada budak lari pecut tak pandang kiri kanan. Haha...buat lawak. Ada budak langgar kereta unser!!!. Elok pulak dia pi bantai lampu signal saya. Habis pecah berderai. Beriya-iya dia minta maaf. Siap ada kawan dia yang sama-sama kejar mengejar tu minta maaf sekali mengaku bersubahat. Siap cerita lagi rentetan peristiwa menyebabkan depa berlari pecut tak ingat dunia.
"Wuiks....tulang besi urat dawai ke?"
Kebanyakan Cikgu cikgi kat sekolah saya semua macam rasa pelik. Mau tak pelik. Boleh pulak budak langgar kereta....Astaghfirullah! Saya pun tak tau macamana boleh jadi sampai macam tu. Nasib baik dia yang langgar. Kalau saya yang langgar tak tahu lah apa akan terjadi. Mula tu cuak jugak. Anak orang pulak tu. Buatnya patah tulang jenuh pulak nak kena bayar pampasan walaupun bukan salah saya. Infrasruktur sekolah yang memberi serba kemungkinan.
So, weekend tu terpaksa la pi cari kedai nak ganti lampu tu. Saya tak buat survey pun. Terus je pi kedai peralatan kereta kat Taman Permata. Selamat juga la RM120 untuk sebuah lampu signal depan Unser yang ori. Saya malas nak minta claim dari mak bapak budak tu. Hingga kini saya tak ingat dah sapa budak tu. Biarlah tersimpan dalam lipatan sejarah. Alhamdulillah. Ujian ini akan membuatkan saya lebih berhati-hati. Mudah-mudahan Allah tidak menguji saya dengan sesuatu di luar kemampuan saya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.