Wednesday, 2 October 2013

Minah dan Lili...

"Umi!!! Kucing berak atas carpet...!!"

Adoyai.. Saya baru sudah hidang nasi lunch. Hubby yang dah redi dok kat meja makan terus mati selera. 
Bertuah betul anak kucing tu. Nasib la...dah mengada nak bela kucing pandai la tanggung akibat.

Entah dari mana datang hajat  nak bela kucing ni pun saya tak pasti. Yang pasti anak bujang saya tu beriya-iya nak jaga kucing sejak dua menjak ni. Asalnya ada kucing menumpang tidur dengan dia masa balik kampung baru ni. Kucing kampung tu dah besar, comel dan manja. Asyik nak duduk atas riba orang je. Tu la gamaknya teringin nak bela-membela pulak ni.

Sibuk la mengajak ayahanda pi pet centre nak beli kucing. Saya tak minat nak beli kucing. Kalau memang nak bela kucing untuk dapat pahala lebih baik ambik kucing yang terbiar. Kebetulan pulak hari Sabtu baru ni lepas jogging pi singgah makan capati kat kedai mamak. Nampak la dua ekor anak kucing ni dok main manja-manja kat kaki orang. Kesian pulak. Sebelum ni tak pernah pulak terdetik hati nak pelihara makhluk Allah ni. So kami pun kutip la bawa balik. Mula hubby izin ambik sekor je. Tak sampai hati pulak nak pisahkan mereka. 

Punya la belemuih, comot, busuk...almaklum la kucing jalanan. Balik tu terus saya mandikan. Budak-budak pakat lap guna hair dryer. Lepas tu biar depa berehat atas carpet. Tu yang suka hati depa buat projek atas carpet tu. Susah payah la kami nak kena basuh carpet-carpet tu. Haha....dua bidang carpet dan empat orang jadi mangsa. Hubby siap pi beli sangkar untuk depa tidur malam tu. 
Minah. Sama kaler ngan carpet. Kalau tak hati-hati boleh mati terpijak.

Lili. Lebih kehitaman. Tetiba perut buncit makan banyak tak sedar diri...
 .
Saya nak ajar depa makan bersama. Akrab adik beradik. Memula tu bergaduh sakan...

Selalu Minah yang kontrol. Lili yang banyak mengalah.

Minah..

Lili...

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 depa dok ngan kami. Dah nampak berisi sebab asyik bagi makan je. Saya bagi makan 3 kali sehari. Pagi sebelum saya pi sekolah, petang lepas balik sekolah dan lagi sekali sebelum kurung depa tidur.Setiap kali saya bagi nasi gaul dengan ikan goreng. Minum air kosong je. Tak payah la nak bagi produk makanan kucing yang kat pasaran tu. Bagi nasi ngan ikan sudah. Selamat dan suci. Murah. Setakat ni depa nampak sihat. Anak bujang saya tu dah beberapa kali ajak pi vet. Saya tak minat sangat dengan vet-vet ni. Jaga je sendiri. Insya Allah selamat.

Saya tak reti nak teka berapa usia depa ni. Agak-agak dalam 2 bulan kot sebab gigi pun tak penuh lagi. Hari pertama tu saya tersilap. Pi bagi depa minum susu pekat cap teko bancuh ngan air suam. Konon kesian takut depa nak susu. Lepas tu depa cirit-birit. Jenuh la nak kena setel bekas taik depa pulak. Punya la busuk. Baru ni terlekat tulang kat gusi kecik tu. Gelojoh sangat. Jenuh juga saya cuba keluarkan. 

Saya memang tak ada pengalaman bela kucing. Masa kecik dulu saya ada kucing nama Tompok. Tapi nenek yang jaga. Sakit demam semua nenek yang setelkan. Saya cuma bermain-main ngan dia. Sangat manja sampai tidur pun dengan saya. Sekarang baru saya tahu susah sebenarnya nak bela kucing ni. Kalau nak bela kucing ni perlu sanggup berkorban masa dan tenaga. Perlu ikhlas dan sabar. Nak sediakan makan, buang taik depa yang busuk tu. Kena sentiasa belai depa macam jaga anak yatim. Lepas ni meghenyut la nak bela cucu-cucu pulak. Depa dua ekor ni anak-anak dara belaka. Insya Allah banyak pahala menanti...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.