Cuti weekend minggu ni jadi 3 hari sebab sambung dengan cuti hari Malaysia yang jatuh pada hari Isnin. Selamat Hari Malaysia pada semua rakyat Malaysia. Ya...hari ni 16 September, hari penubuhan Malaysia yang ke 50 tahun. Dah masuk setengah abad dah negara kita ni.....
Saya bukan nak cerita pasal sejarah Malaysia. Tak pandai lah den bab-bab sejarah ni. Baca untuk pengetahuan sendiri pun dah cukup bagus. Nak kupas, nak ulas tu kena bagi pada yang pakar.
Sepatutnya cuti panjang ni budak sekolah a.k.a anak bujang saya bawa balik la buku-buku yang sepatutnya untuk buat homework dan ulangkaji. Tapi biasa la..kalau dah namanya bujang... So semalam terpaksa la pi sekolah nak ambik buku tu. Sambil menunggu si dia ke kelas nun di tingkat 4 sempat lah saya menikmati alam sekitar yang nyaman....
Blok B dan C. Pokok pinang tu sepatutnya dah tua tapi bantut sebab tanah kurang subur. Banyak batu kat bawah tu.
Blok A
Dataran bola keranjang ni sentiasa ada pergerakan makhluk bernyawa....
(Termasuk kucing dan burung-burung...)
Si dia sempat lagi berposing di atas sinun....
Bahagian pejabat kewangan yang baru siap...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.