Wednesday, 25 September 2013

Ubat...

Hari ni saya bercuti lagi. Terpaksa cuti. Rasa  bersalah sangat sebab terpaksa cuti pada hari terakhir subjek saya sebelum PMR minggu depan. Sepatutnya hari ni la saya nak bagi tips untuk score A dalam subjek ni. Tapi tu lah...kita hanya merancang Allah yang menentukan.

Saya mula rasa tak sihat pada petang Isnin. Bersin dan sakit kepala. Malam tu terus rasa nak demam. Makan panadol sebiji. Lepas tu masuk tidur.

"Esok Nina tak nak sekolah. Nak teman umi kat rumah." Nina memang anak yang baik.

Dalam pukul 2.00 am saya terjaga sebab rasa tak selesa. Bangun minum air 2 gelas. Lepas tu saya ke tandas. Kemudian telan panadol sebiji.  Lepas tu minum lagi segelas air. Cuba tidur semula.
Sebelum subuh saya tersedar lagi. Badan rasa sengal-sengal especially kat bahagian sendi. Badan masih panas. Hubby dah mula suspen. 

"Entah-entah denggi...." Hubby memang selalu fobia kalau saya atau anak-anak sakit. 

Rupa-rupanya Nina pun demam juga...tiba-tiba badan panas, bersin dan sakit tekak. Pelik pulak. Tak kan lah cepat benor berjangkit ngan saya. Asalnya dia nak temankan saya kat rumah. Alih-alih saya pulak kena jaga dia demam. Alhamdulillah Nina tak banyak kerenah. Saya hanya suruh dia makan panadol sebiji dan minum air bergelas-gelas. Lepas tu pi tandas. Lepas tu minum air lagi. Pi tandas lagi. Berulang-ulang sampai suhu badan turun. Sepatutnya minum air 100 plus. Tapi tak ada orang nak tolong beli. So kami berubat cara mudah. Saya masak sup sayur ngan telur untuk lunch. Alhamdulillah selera makan masih ada walaupun badan sangat sakit. Kepala pulak pening.

By lunch time hubby balik. Siap belikan nasi kukus dan air 100 plus tanpa gas. Lepas tu bawa kami pi hospital. Elok pulak ibu dan anak sakit bersama. Senang kerja doktor... Periksa sikit-sikit terus boleh diagnos penyakit. Bagi ubat pun jenis sama. Ubat biasa tiga serangkai. Ubat demam (Panadol), ubat selsema (Fedac Tablet), ubat batuk (Bena Expectorant) walaupun tak batuk. Cuma Nina dapat antibiotik sebab tekak dia dah bengkak. Saya dapat Vitamin C. Saya tambah buat blood test takut-takut denggi. Alhamdulillah setakat ni result negatif. Tapi kalau dah 4 hari masih demam kena repeat blood test. (Mudah-mudahan tak perlu...)

Balik dari hospital petang tu dalam pukul 5. Saya dan Nina terus makan ubat. Lepas tu terus tidur tak sedar diri sampai kol 6.30 pm. Hubby beli ketam suruh rebus. Ada petua kata air rebusan ketam ni elok untuk denggi. Haha..risau bebenor hubby takut bini kesayangan dia kena demam denggi. Tanda-tanda awal macam dah ada. Suhu badan meningkat, hilang nafsu makan, badan terasa lemah, sakit sendi dan tulang, serta rasa sakit di daerah belakang mata dan muka kemerah-merahan. Tapi saya masih optimis, masih mengharapkan hanya demam biasa.

Pagi tadi kami dua beranak makan ubat macam biasa seperti arahan doktor. Lepas tu tidur tak sedar diri. Selepas sejam saya terjaga tapi macam mabuk. Nak bangun pi tandas pun terhuyung-hayang. Saya cuba lawan sebab bukan habit saya nak tidur siang lama-lama. Biasanya saya cuma tidur dalam 10-30 minit je. Have a quick nap kata orang putih. Nina pulak terus tidur mati. Bangun sekejap sekejap je untuk pi tandas. Lepas tu tidur balik. Sampai lunch hour saya tak puas hati. Mesti ada yang tak kena dengan ubat. Saya pulak jenis tak suka makan ubat. Makan sebab hubby paksa. Tak ikhlas…
Doktor bagi stok untuk 5 hari. Saya makan 2 biji je. Stop...

Hasil carian google baru la saya tahu rupa-rupanya Fedac tu adalah super drowsy drug. Doktor pun ada cakap yang ubat tu mengantuk sikit. Sikit? Saya mabuk macam dah tertelan pil tidur. Nina pulak tidur tak bangun-bangun. Biasanya kalau untuk selsema doktor bagi clarinase atau zyrtac je. Mengantuk tapi boleh lawan. Ni first time dapat ubat Ferdac ni. Dah la kena charge mahal. Kalau beli kat famasi dalam RM 4.00 satu strip 10 biji. Walaubagaimanapun saya akui ubat ni sangat mujarab untuk selsema. Tak sampai setengah jam selsema dah okay. Tapi wajiblah bersedia untuk tidur sepanjag hari. Tu yang tak tahan tuh. Lepas ni tak nak dah makan ubat tu. Ubat selsema je pun. Boleh je cara natural. Makan oren 5 – 6 biji. Insyaa Allah selsema akan beransur pulih.

Mudah-mudahan esok dah boleh pi sekolah semula...

Monday, 16 September 2013

al-Amin di pagi Ahad

Cuti weekend minggu ni jadi 3 hari sebab sambung dengan cuti hari Malaysia yang jatuh pada hari Isnin. Selamat Hari Malaysia pada semua rakyat Malaysia. Ya...hari ni  16 September, hari penubuhan Malaysia yang ke 50 tahun. Dah masuk setengah abad dah negara kita ni.....

Saya bukan nak cerita pasal sejarah Malaysia. Tak pandai lah den bab-bab sejarah ni. Baca untuk pengetahuan sendiri pun dah cukup bagus. Nak kupas, nak ulas tu kena bagi pada yang pakar.

Sepatutnya cuti panjang ni budak sekolah a.k.a anak bujang saya bawa balik la buku-buku yang sepatutnya untuk buat homework dan ulangkaji. Tapi biasa la..kalau dah namanya bujang... So semalam terpaksa la pi sekolah nak ambik buku tu. Sambil menunggu si dia ke kelas nun di tingkat 4 sempat lah saya menikmati alam sekitar yang nyaman....
Blok B dan C. Pokok pinang tu sepatutnya dah tua tapi bantut sebab tanah kurang subur. Banyak batu kat bawah tu.

Biasanya al-Amin sentiasa hidup. Jarang saya pergi sekolah tak ada sesiapa. First time ni pergi sekolah, tanpa kelibat manusia. Rakyat al-Amin memang cuti sungguh. Memang sunyi sepi...Pak gad pun boleh tido....
Blok A

Dataran bola keranjang ni sentiasa ada pergerakan makhluk bernyawa....
(Termasuk kucing dan burung-burung...)

Si dia sempat lagi berposing di atas sinun....

Bahagian pejabat kewangan yang baru siap...

Bila dah tak ada pergerakan manusia baru lah boleh menikmati keindahan bumi al-Amin. Indah juga rupanya..:D

Friday, 13 September 2013

Layan je mood tu...

Minggu ni mood berkebun datang balik. Kebetulan tengah cuti UPSR. Bukan cuti pun. Terpaksa mencutikan budak-budak takut bising kat sekolah. Cikgu-cikgu tak cuti. Well officially tak cuti, tapi sebab Pengetua dan PK semua baik hati so cikgu-cikgu boleh datang halfday. So bila balik petang-petang banyak lah masa nak menjengok taman saya tu. Pastu mula lah nak mengubah pokok-pokok yang nampak tak sesuai tempatnya.

Semalam dah ubah pokok puding ke atas tanah. Asalnya letak bersama dengan pokok bunga apa tah. Tanam berderet kat tapak tepi pagar. Tapi pokok puding tu kalah. Kesian terpaksa merempat kat celah-celah pokok bunga tu. So saya pun cabut semua pokok puding tu. Lepas tu atur depa berderet  atas tanah tepi longkang pulak. 
Apa la nama pokok bunga ni. Main tanam je...
Yang bekas lubang jarang-jarang tu bekas pokok puding yang saya cabut.

Hopefully hidup lah. Ambik rahmat dan berkat kebetulan sekarang ni musim hujan. Balik sekolah tadi nampak macam okay je....

Tadi dapat biji bunga telang. Kawan guru bagi untuk buat semai. Saya dah lama mengidam nak tanam pokok bunga telang ni. Konon nak senang buat nasi kerabu biru/hitam.

Biji bunga telang ni nak semai tepi pagar. Bila la tu...

Lepas tu terasa nak tanam pokok inai pulak. Nak buat inai rambut bila tua dah beruban nanti. Tok Mi blonde gitu. Mana tah nak cari. Hmm...manusia memang tak pernah cukup.

Wednesday, 11 September 2013

Nikmat ukhuwah...

" Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian. Namun, tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui rabitah hati. Ya Allah! Peliharalah insan-insan ini dan peliharalah ukhwah kami... Amin..."


Sunday, 8 September 2013

Petua halau semut pulak...

Semalam buat operasi dalam stor. Habis semua barang dalam stor tu saya punggah dan susun semula. Ala-ala 5S gitu. Pagi tadi buat operasi lagi. Kali ni mengemas kabinet dapur pulak. Saja tengok kot-kot ada tinggalan Cik Ti kat dalam kabinet-kabinet tu pulak. Memang betul pun. Penuh dengan tinja dia. Terutama kat kabinet bawah sink. Haisy....sabar je lah. Tak cukup dengan itu jumpa pulak sarang semut. Satu batalion semut. Gemuk montel siap dengan queen dia sekali dan telur-telur yang 'masak ranum' nanti menetas je..

Apa lagi... memang cari pasal lah. Terus saya sembur dengan ridset. Habis berkepul-kepul asap. Dah macam kena gas beracun....ala-ala chemical gas gitu. Teringat pulak kat rakyat Syria....

Rasa bersalah pulak pi sembur semut-semut tu dengan ridset. Habis mampoih!. Lepas tu susah pulak nak kena sapu, cuci dan mop bangkai depa. So saya pun google lah cara-cara menghapus semut tanpa perlu membunuh. Ada banyak petua yang dia bagi tapi saya berkenan kat 3 petua ni saja...

1. Bacakan ayat suci Al Quran ini dan tiupkan ke arah kumpulan semut tersebut,

يَأَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانَ وَجُنُوْدِهِ وَهُمْ لَا يَشْعُرُوْن
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kamu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar (tidak mengetahui adanya kamu).” [ Surah An Naml: 18 ]

2. Letak kulit kayu manis 7 keping  pada tempat simpanan gula. Kalau perlu, letak atas meja di mana makanan dihidangkan. Saya belum buat lagi sebab semut tu tak kacau gula saya dan makanan saya. Depa cuma buat sarang kat dalam kabinet dapur saya je.

3. Letakkan bunga cengkih pada laluan semut. Alhamdulillah stok bunga cengkih ni banyak kat rumah saya. So lepas basuh dan lap kering semua kabinet tu saya pun tabur bunga cengkih banyak-banyak dalam semua kabinet dan laci dapur tu. Harap-harap lepas ni depa tak mai lagi. Lagi pun saya selalu letak bunga cengkih kalau saya masak air gula. Memang semut tak masuk dalam air gula saya tu.


"Lepas ni kalau jadi apa-apa kat umi, hangpa ingat lah ye. Semalam kena kencing tikus. Hari ni pulak umi sedut gas beracun. Kot-kot ada sympton yang pelik-pelik terus bawa pi hospital..."

"Nak kena ready pokok kemboja ke umi?"
Haha...anak bujang saya suka buat lawak. Saya selalu pesan kat dia untuk tanam pokok kemboja kat pusara saya nanti. Bunga putih kuning......


Saturday, 7 September 2013

Nasi Goreng Kopi-O

"Nasi goreng apa ni?"
"Nasi goreng kampung Ukay Perdana. Sedap la tu...Nak tambah ke?"
"Tambah sikit lagi..." Haha..action speaks louder than words.

Baru saya perasan, dah lama saya tak breakfast berdua-duan ngan hubby. Have a simple and nice breakfast. Biasanya ada je orang ketiga, keempat...kadang-kadang full house penuh meja.

Hari ni saya masak kengkonon nasi goreng kampung ala-ala saya. Biasa la main campak-campak je apa yang ada. Agak-agak ala kekampungan sudah. Tapi bahan utama mesti ada... masak dengan kasih sayang. Pasti sedap...kot! Nampak hubby makan berselera. Siap menambah lagi. Tambah pulak dengan kopi-O kurang manis.

Lepas breakfast hubby terus pi kerja. Bukan kerja sangat pun. Ada retreat apa tah kat PJ nun. Retreat geng-geng top management. So tinggal la saya sensorang...Cuaca kat luar mendung je. Nak hujan lagi kah?

Masa kemas-kemas meja dan angkat cawan-cawan ke dapur teringat pulak cerita suami isteri yang saya pernah dengar. Si suami tak pernah buat air sendiri. Selalunya isteri akan buatkan. Tapi tak pernah nya suami tu nak habiskan air tu. Selalunya minum separuh je. Bagi lah air apa pun dia akan minum separuh jugak. Sebab tak nak membazir isterinya pun terpaksalah habiskan air yang separuh tu setiap kali. Lama kelamaan isterinya pun tanya, "kenapa setiap kali minum tak habiskan?" So suami dia pun jawab, sebab setiap kali buat air, isterinya buat satu je. So dia minum separuh, separuh lagi dia tinggalkan untuk isteri dia.....kira nak share-share la kan.. Suatu hari selepas suami dia meninggal dia pi minum kat kedai kopi. Masa waiter ambik order, dia hanya minta air kopi....SEPARUH cawan...

Dah lah. Nak pi kemas stor....Mudah-mudahan tidak bertemu dengan Cik Ti lagi...

Friday, 6 September 2013

Sabar...sabar..

Dah lama saya tak pi Giant Batu Caves. So tadi tergerak hati nak pi. Memang ada barang nak beli pun. Biasanya kalau nak beli barang dapur saya bershopping kat Giant Bukit Antarabangsa je. Pasaraya dia simple, jenis convenient store. Beli barang pun mudah. Tak buang masa. Short and sweet. Kalau tak ada stok kat situ saya pi kat Taman Permata, tapi kat situ leceh sikit sebab orang ramai. Pastu susah parking. Lagi pun dia bertingkat-tingkat. Agak leceh sebab kena guna lift. [ Ni la jenis manusia yang semua nak mudah je.... bak kata hubby]

Dah habis beli tu saya cari kaunter nak bayar. Kaunter banyak. Ada lebih 10 kalau tak silap saya. Tapi yang buka 5 je. Biasa la kan kita cari kaunter yang paling pendek barisan dia. Ada la satu kaunter tu ada 2 orang je beratur. Rupanya silap perkiraan saya. Mak cik kat depan saya tu punya la banyak barang dia. Penuh troli. Yang cashier tu pulak temporary staff. Tersangat lah lemah lembutnya. Saya terpaksa beratur dekat sejam tunggu giliran. Customer yang kat belakang saya semua dah pakat lari cari kaunter lain. Saya terpaksa teruskan juga mision sebab dah letak barang kat atas kaunter tu. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Masa tu lah saya terpaksa bersabar secara amali. Biasanya buat secara teori sahaja. Tak pernah lagi saya beli barang kena beratur punya lama. Paling lama pun dalam 15 minit je.

Nak beli storage container je pun..
Nak susun balik barang-barang kat dalam stor yang dah ternoda dek anak tikus hari tu.. Sabor je la...

Wednesday, 4 September 2013

Syuh....tikus pi main jauh-jauh.


"Umi......tikus!"

Ala... ni yang tak gemar ni. Tah dari mana datang makhluk Allah tu. Tetiba je menyusup masuk dalam stor rumah saya.
Susah payah hubby pi sumbat pintu stor tu dengan kain buruk supaya tikus tu tak bermaharajalela kat rumah kami. Maka bermula lah era serabut nak halau tikus tu.

Banyak la spekulasi. Hubby kata tu anak tikus je. Tersesat jalan termasuk kat rumah kami. Saya pulak berpendapat kalau ada anak tikus mesti ada maknya. Entah-entah dengan bapak dia sekali. Maka operasi penghapusan pun bermula! Mula-mula kami guna cara lembut, halau je dulu. Bila nampak dia lalu, kami buka pintu luas-luas suruh dia keluar. Tapi dia pi menyorok kat bawah peti sejuk. Saya sembur ridset bawah peti tu,lepas tu kami kepong ramai-ramai nak suruh dia keluar. Tak jalan daaaa... Macam bodoh pulak pi sembur tikus ngan ridset. Haha...

Masa kat rumah Selayang dulu saya pernah guna kertas gam. Memang berkesan. Pi cari kat kedai hardware tapi tak ada stok pulak. So hubby beli je racun tikus cap King Kong. Saya letak kat beberapa tempat laluan dia. Tapi dia tak sentuh pun. Kenapa tah. Sepatutnya sangat bagus dan senang. Bila tikus makan dia akan pi mati kat tempat lain. Tak ada la bau busuk bangkai tikus. Teori....
Racun dia sangat comel. Warna pink memang menarik. 
Tapi tikus tu buat dek je. Tak usik pun.

Semalam kami pi cari juga kertas gam tu. Alhamdulillah ada kat kedai India UP 1. Murah je. RM2 sekeping. Balik terus hubby buka dan letak kat bawah meja TV. Tak sampai 2 jam tikus tu keluar. Terus terlekat kat kertas gam tu. Kelam kabut juga. Semua budak-budak pakat lari. Geli geleman. Kesian pulak tengok anak tikus tu. Akhirnya hubby uruskan sorang-sorang. Ambik. Kepok. Bungkus ngan surat khabar. Balut ngan plastik hitam pastu buang kat tong sampah.


"Alhamdulillah...terlepas satu beban." 
Haha.. hubby memang panas hati tengok tikus tu suka hati dia je buat macam rumah sendiri. Suka hati je lalu-lalang masa kita orang dok tengok TV.

Sebenarnya ada petua orang tua-tua untuk halang tikus daripada masuk rumah.

1. Cuba gunakan kapur barus.  Hancurkan kapur barus secara kasar dan taburkan di laluan yang biasa tikus tu lalu. Tikus tidak gemarkan bau kapur barus. Saya pun tak gemar. Macam bau rumah orang mati. Jadi saya tak pernah guna.
2. Gunakan minyak pudina.Tuangkan minyak pudina pada kertas tisu atau kain. Kemudian letakkan di tempat laluan tikus. Tikus juga tidak sukakan bau pudina. Kalau tak ada minyak pudina,daun pudina pun boleh-Saya nak guna daun pudina dari taman herba saya tu.
3.  Letak beberapa helai daun durian belanda di tempat yang tersembunyi misalnya di bawah almari. Bau daun dia agak busuk. Mungkin sebab tu tikus tak suka.

Tapi kalau tikus dah termasuk ke dalam rumah terpaksa lah buat operasi penghapusan.....