Saya merindui saat itu lagi. Saat indahnya berukhuwah. Saat indahnya
berusrah. Usrah pertama saya. Usrah yang banyak merubah hidup saya menjadi lebih baik. Bulatan
gembira bak kata orang sekarang.
Dalam bulatan gembira ini, kami berbicara tentang akhirat dan hakikat
penciptaan jin dan manusia. Diulang-ulang. Belajar asas aqidah, tauhid,
ibadah, sirah ,serta bertadabbur dengan Quran benar-benar menyentuh jiwa.
Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki
amalan, memahami tujuan penciptaan dan berwaspada dengan tipuaan syaitan.
Bersama di waktu susah dan senang tidak mampu dijual beli dengan wang ringgit.
Ukhwah yang terbina ini terlalu berharga. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya.
Usrati masa kat UK dulu-dulu.
Kakak (Naqibah) usrah saya berbeza umur hanya 2 tahun. Penampilannya amat
menyenangkan. Dengan jarak usia begitu kami tidak kekok berkongsi cerita dan
masalah. Amat mengujakan bila saban minggu kami tertunggu-tunggu waktu untuk
berusrah. Lagi pun dia rajin memasak. Setiap kali berusrah tidak sah kalau tidak
disertakan juadah istimewanya. Pertama kali kenal usrah kami hanya seronok dapat makan percuma. Walaupun pada asalnya kami hanya berusrah untuk makan-makan tapi lama- kelamaan ukhuwah yang terbina itu membentuk siapa kami hari ini.
Hidup di perantauan banyak mengajar saya erti ukhuwah. Berjauhan dengan
keluarga sendiri memerlukan kekuatan hati yang tinggi. Kekuatan hati tidak akan
dicapai tanpa sokongan dan dorongan sahabat2 seperjuangan yang mempunyai fikrah
yang sama.
Reunion...setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa....
Sekarang masing-masing telah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab masing-masing. Walau lama tidak bersua muka ukhuwah yang terbina itu tidak mungkin hilang ditelan usia....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.