Saturday, 18 May 2013

Selamat Hari Guru, Cikgu.....


Tarikh 16 Mei sangat sinonim dengan para guru. Namun acapkali juga kedengaran suara sumbang mempertikaikan sambutan hari guru. Kenapa ada Hari Guru? Hari Akauntan, hari Engineer, hari Arkitek tak ada pun...Ada juga yang kata cikgu2 syok sendiri sebab sibuk dengan persiapan hari guru. Hmm….. saya pun terfikir juga kenapa eh ada hari guru!

Saya pun tak pernah ingat bila masa orang mula sibuk tentang sambutan hari guru ni. Seingat saya tak pernah pulak saya sibuk2 cari hadiah bagai untuk bagi kat cikgu saya masa kecik2 dulu. Yang pasti saya selalu berusaha memenuhi apa yang cikgu2 saya harapkan tak kira masa. Kalau depa bagi kerja rumah saya akan pastikan saya lah orang pertama yang submit kerja rumah. Kalau cikgu bagi ujian saya akan berusaha mendapat markah yang baik. Kalau cikgu minta tolong saya suka menjadi orang suruhan itu. Pendek kata saya suka melihat cikgu saya mengukir senyum setiap masa. Saya tak perlukan tarikh keramat untuk menyukakan guru saya...Eh! Bunyi macam budak nerd je...haha.

Sehingga sekarang pun saya tidak pernah mengharapkan apa2 pada hari guru. Apa yang penting adalah anak2 murid saya mendengar kata dan sentiasa berusaha menjadi manusia yang berguna pada agama dan mencapai apa yang mereka citakan.

Saya teringat suatu masa mengikut Hubby pi selia budak praktikal kat suatu audit firm. Tumpang hotel free.. Suatu pagi tu saya turun makan breakfast ngan anak2 aje kat hotel tu. Hubby dah siap awal lagi sebab ada appointment. Ramai pulak pengunjungnya. Terpaksa la saya duduk dengan sorang Puan ni. Saya ni jenis pemalu (ewah!). Mujur juga Puan tu agak peramah. Sembang sikit2. Dia tanya kerja apa. Saya jawab la saya cikgu. Ngajar Math dan Prinsip Akaun. "Dah berapa ramai anak didik cikgu yang dah jadi akauntan?" Haha....ambik sebiji. Saya pandang je dia. Dia ni nak perli ke apa. Tapi saya jawab jugak la . "Belum ada lagi. Cuma ada la beberapa yang masih study kat IPT. Insyaa Allah tak lama lagi grad.."

Sebenarnya itu lah harapannya. Kalau kita mengajar Akaun, orang akan expect anak2 didik kita tu nanti jadi akauntan. Saya sendiri pun inginkan mereka menjadi akauntan muslim yang berjaya. Dalam kelas saya selalu selitkan pengharapan saya supaya mereka meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan.

"Cikgu tidak boleh gagal! Cikgu tidak boleh malas dan cikgu tidak boleh main-main! Sebab dalam tangan cikgu lah masa depan mereka ini...." Huh.

Saya memang suka berkongsi ilmu a.k.a mengajar. Kalau cikgu hanya mengajar memang la senang. Yang payahnya ialah mendidik. Bab nak mendidik ni yang payah.. Perlu banyak sabar nak deal dengan murid2 terutama yang lemah. Nak kena bagi kasih sayang, bagi semangat. Lagi parah kalau yang lemah ni ada yang perangai kurang ajar. Memang kena persiapkan minda dan rohani yang kental. Alhamdulillah setakat ini anak2 didik saya terhindar dari gejala kurang ajar ni. Agaknya depa semua mendapat kasih sayang yang cukup dari guru2 al-Amin. Lagipun rata2 mereka datang dari keluarga yang baik2, keluarga yang educated, keluarga yang berada serta menitik beratkan hal2 agama. Setakat nakal sikit2 tu insyaa Allah masih boleh ditangani....

Tugas memanusiakan seorang manusia adalah tugas yang menuntut segala macam kekuatan, kecekalan, kesungguhan dan keikhlasan. Dan alhamdulllah sehingga sekarang, saya masih mampu melaksanakan segala amanah yang diletakkan dibahu mengikut piawaian saya….

­­­­­­­­­­­­­­­Suka saya nak kongsi sebuah sajak nukilan seorang guru dan juga sahabat kepada Cikgu Ili Raihana, Jay Shaari... 

Anak didikku…
Aku pernah menjadi kalian,
Merenung masa depan dari jendela keresahan,
Keliru…arah manakah harus dituju,
Gelisah…bimbang tersilap langkah,
Tapi saat aku melihat guru,
Senyumku kembali menguntum.

Kini…
Aku datang untuk mengukir sejarah serta mencari kenangan,
Menjadi guru, berbeza suasana dan cabaran,
Menjadi saksi,papan hitam yang kini bertukar putih,
Buku sifir diganti mesin kira serba canggih,
Dinding kelas yang tidak lagi dihias lukisan tangan,
Namun kerusi dan mejanya masih dipenuhi contengan dan tulisan.

DUHAI ANAK-ANAK DIDIKKU

Terima kasih atas tekunmu menimba ilmu,
Terima kasih atas sabarmu menerima nasihatku,
Terima kasih atas gigihmu menyiapkan tugasan,
Terima kasih atas redhamu menerima hukuman,
Terima kasih atas yakinmu pada apa yang kami sampaikan,
Terima kasih atas rajinmu membantu,
Terima kasih atas semangatmu yang tinggi saban waktu,
Terima kasih untuk ucapan salam dan selamat pagimu,
Terima kasih untuk setiap senyuman yang menguntum di bibirmu,
Terima kasih untuk semuanya..
Terima kasih…kerana menjadikan kami guru-gurumu.

ANAK-ANAK DIDIKKU…

Maafkan cikgu andai sakitmu tidak sempat dijengah,
Maafkan cikgu andai letihmu jarang sekali dimengerti,
Maafkan cikgu andai ilmu yang diberi kurang difahami,
Maafkan cikgu andai ada amarah yang terluah,
Maafkan cikgu andai lena pagimu seringkali diganggu,
Maafkan cikgu andai ada teguran yang menusuk kalbu.

Percayalah…
Diri ini tidak sekalipun membenci,
Tetapi semuanya kerana cikgu terlalu menyayangi,
Anak-anak didikku…
Roda masa akan tiba pada putaran,
Di saat cikgu dan kalian harus saling meninggalkan,
Namun doa cikgu,tidak akan pernah ada akhiran.

Jadilah apapun saat dewasamu anak-anak didikku,
Semoga kalian sentiasa kuat,
Merentang terik mentari musim panas,
Juga dingin salju musim sejuk,
Terima kasih sekali lagi anak-anak didikku,
Kerana kalian,
Panggilan keramat guru,
ABADI di diriku…

Terimakasih kepada semua anak didik saya yang sudi menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”. Sungguh, saya sangat terharu. Sungguh, panggilan keramat ‘cikgu’ tak kan abadi tanpa kalian…

Kepada semua yang pernah mendidik saya, jutaan terimakasih di atas jasa kalian. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian mendidik saya selama ini.....SELAMAT HARI GURU.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.