Alhamdulillah selepas beberapa hujung minggu akhirnya selesai mengemas opis hubby seperti yang dirancangkan. Mengemas dihujung minggu je sebab tak nak ganggu orang masa weekdays. Hasil kerjasama anak2 yang tak jemu menemani umi dah ayah. Bukan apa depa tu seronok main je..
Peghak.. Orang sibuk punggah kotak depa berangan naik racing car...
Sebelum...
Selepas..
Saya selalu menyonteng di sini bila terpaksa menemani hubby menyiapkan kerja sebelum pulang dolu2..
Lebih 15 tahun hubby menghuni bilik ini...
Selepas Iman lahir hubby menyambung Master di UK. Semestinya saya dan Iman ikut sekali. Selepas 2 tahun di sana lahir pula Hidayah bersama Master Degree hubby. Anak bujang pertama kami menyusul semasa hubby bertungkus lumus menyiapkan tesis PHD. Seterusnya rezeki membeli rumah dan kereta datang bersama kelahiran anak2 seterusnya. Hubby memang selalu mengaitkan anak2 yang lahir membawa rezeki masing2. Yang penting kita hendaklah yakin dengan janji Allah. Jangan pernah merungut dan bersalah sangka dengan Allah.
Semua kenangan pahit manis tersimpan di sudut hati.
Bilik A 325 bakal menyaksikan penghuni baru entah siapa...
.
Dah masuk sebulan Hubby berhijrah ke tempat baru. Terlalu awal untuk saya memberi apa2 komen. Yang penting hubby gembira kerana dapat menyumbang di tempat baru. Saya pun turut mendapat sahamnya heheh.. Chaiyok Prof! Be good wherever you are... Saya dan anak2 sentiasa menyokong dari belakang....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.