Dah lama saya berhajat nak buat taman herba. Haha.. herba lah sangat. Saja nak glamor. Padahal saya cuma nak tanam pokok2 dan daun2 keperluan harian dapur je. Macam daun kari, pandan, serai, kunyit, lengkuas, pudina, daun limau purut dan lain2 tanaman Melayu. Bukannya pokok2 herba macam omputeh tu. Dah alang2 nak tanam rumput baru tak nak la gali lubang pulak bila nak tanam pokok2 'herba' saya tu.
Cadang nak buat taman tu sepanjang tembok belakang dapur saya je. Asalnya kat belakang ni macam2 pokok ada. Pokok pisang yang rimbun, pokok kelapa yang melambai2 ditiup angin. Sedih juga bila depa dah kena tebang.
Dah siap pun. Tinggal nak ubah pokok2 yang dah ada dari dalam pasu je.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.