Bunga ros saya dah mula mengeluarkan bunga2 untuk musim kedua. Ada sebatang je pun. Baru ni dah tinggal batang je sebab daunnya kering kontang tak sempat siram. Sungguh zalim tuannya ini. Setelah bertaubat dan berjanji tidak akan mensia-siakannya lagi, saya siram setiap hari. Berselawat. Alhamdulillah ia masih bertahan. Akhirnya keluar pucuk baru. Selepas seminggu mula berbunga semula. Kalau musim lalu hanya ada 3 kuntum, tapi musim kali ni dah ada 4 kuntum. Nampak macam nak berbunga lagi.
(Entah apa kaitan ...)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.