Tuesday, 14 September 2010

Raya datang lagi.

"Umi, bila nak start packing raya?" Dua minggu sebelum raya Nina dah sibuk2 pasal balik raya. Alhamdulillah masih ada yang excited nak balik 'kampung'. Anak2 lain macam tak ada mood je nak raya. Apa tah masalahnya... Nak shopping raya pun rasa malas.

Tahun ni kami beraya di Kelantan. Kebetulan Hidayah cuti sekolah so kami dah balik sejak hari Selasa lagi, walaupun Raya hari Jumaat. So sempatlah merayau2 kat Bazaar Iftar kat KB tu. Saya memang penggemar kuih2 manis Kelantan. Inilah masanya nak menambahkan kandungan gula dalam badan...(Ignore the blood test hari tu..)

Perjalanan disubuh hari.

Sambutan raya? As always. Cuma malam raya tak dapat tido. Bukan sebab sibuk masak ketupat, rendang dan menghias rumah (as I always dream of..) tapi gangguan suasana bising gegak gempita bunyi mercun macam bom perang. Mengalahkan raya cina... Mulanya saya pun teringin nak beli bunga api bagi Nina main malam raya. Tapi hubby tak izin. Nasib baik juga, kalau tidak tak pasal2 kena mercun sesat. (Fakta: Kadar kemalangan mercun di Kelantan adalah tinggi berbanding negeri2 lain).

My own memories? Yes I have memories but they are preciuos and far away... Setiap kali tiba raya ayah saya akan belikan sepasang kasut baru dan dua pasang baju well before hari raya. Kata ayah masa ni harga dia masih murah. Kalau dekat2 raya harga barang sume tetiba jadi mahal. So setiap hari balik sekolah saya akan mencuba baju raya tu berkali2 dan bergaya depan cermin. "Lawa tak ayah?" Dan jawapan yang paling saya suka nak dengar.."Hang, pakai apa pun lawa!" Haha.. penyakit keturunan yang dah berjangkit kat anak dara saya sekarang...
Tiga hari sebelum raya saya dan kawan2 akan berkumpul di rumah tok ketua untuk pukul telur dengan gula untuk buat baulu. Kami buat secara berjemaah satu kampung. So masing2 akan bawa telur ayam masing2. Suka hati lah nak bagi share banyak mana. Saya biasa bagi 10 biji je. Kami start pukul telur (ada orang kata timbuk) selepas subuh tak berhenti sampai 2 jam nak bagi telur tu kembang sekali ganda. Lepas tu kaum ibu akan campurkan telur tu dengan tepung gandum yang dah digoreng sebelum masukkan ke dalam loyang untuk dibakar secara tradisional guna api atas bawah pakai kayu api dan sabut kelapa. Bab api2 ni biasanya kaum bapa yang akan buat sebab ibu2 dan anak2 dara jaga muka takut hitam berjelaga, tak cantik pulak masa raya nanti. Lama betul nak menyiapkan kerja ni. Yang bestnya kalau ada baulu yang tak sempurna kami la tukang perabihnya. Bila dah siap, hasilnya akan dibahagi mengikut nisbah telur yang disumbangkan. (Haha kecik2 dah belajar maths). Saya la tukang membahagi tuh. Sehari sebelum raya kami akan gotong-royong buat ketupat dan lemang pulak Yang ni pun ikut nisbah pulut yang disumbangkan juga.. Lepas tu masing2 buat kari ayam. Sesiapa yang tak ada ayam cicah je ketupat lemang tu dengan gula. Seingat saya masa tu tak ada rendang lagi. Ini semua juadah wajib dipagi raya.
Malam raya budak2 lelaki main mercun buatan sendiri. Pakai lebihan buluh lemang buat meriam buluh. Saya tak pernah berhajat pun nak tahu cara membuatnya. Budak2 perempuan main bunga api je. Saya memang tak minat hal api2 ni. Hanya sekali dua je ayah saya belikan bunga api untuk saya main, tapi macam tak best je bakar2 ni. Saya boleh enjoy je malam raya tanpa mercun dan bunga api. Main sembunyi2 malam2 buta dengan kawan2. Tak takut pulak kena sorok dengan hantu malam raya... (hantu raya).

Banyak oh kenangan raya masa dulu2 yang terpahat di memori saya. Kesian anak2 saya tak dapat merasai kemeriahan raya macam saya. Manusia zaman cyber ni, sambut raya lain macam sikit. Alas! We can never bring back memories....

Kami balik KL second day Raya. Alhamdulillah jalan tak jamn. Such a nice jouney. Pergi dan balik raya sebelum orang lain bagi mengelakan kesesakan jalan raya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.