Tuesday, 8 June 2010

"Palestine, kami bersamamu"


Saya mendengar dengan penuh teliti perkongsian yang dibuat oleh ahli konvoi LL4G dalam slot RTM "Palestin, kami bersamamu" malam tadi. Dengan bantuan hubby sebagai tukang elaborate saya sangat teruja mendengar pengalaman mereka terutamanya tentang pertahanan 'non-violence' yang diamalkan oleh anak kapal Mavi Marmara, tentang bagaimana tentera Israel memperlakukan mereka ketika dalam tahanan dan ketika di penjara. Semuanya kerana apa? Kerana ingin membela nasib rakyat Gaza dan Palestin yang dipenjarakan dan dianiaya oleh rejim zionis Israel.Ahli konvoi telah menunjukkan kepada dunia bahawa tidak ada halangan kepada sesiapa pun untuk membela nasib mereka yang teraniaya, ditindas atau dizalimi, tidak kira umur, agama, jantina atau budaya.

Apa yang menarik adalah setiap ahli yang menyertai konvoi ada peranan masing2. Setiap mereka ada tugas masing2 di kawasan yang tidak boleh ditinggalkan. Sekumpulan ahli ditugaskan hanya meyimbah air pada askar Israel yang cuba naik ke kapal. Orang-orang yang sangat tua duduk berzikir. Kanak2 seawal umur 2 tahun dan wanita adalah simbol yang mereka pergi secara aman bukan untuk berperang.

Yang lebih menarik lagi, wajah2 mereka tidak menampakkan sedikit pun kesan trauma. Saya pasti mereka tidak merasa kesan tersebut kerana mereka pergi untuk syahid. Dan saya juga pasti mereka sudah menghidu bau kasturi dari sahabat2 konvoi yang telah syahid di atas kapal Mavi Marmara tersebut. Subhanallah.

Benarlah janji Allah. Allah akan memenangkan umat Islam dari jalan yang tidak kita duga...


1 comment:

  1. iman ni dah macam katak dlm gua ni. taktahu ape2. balik ni nak suruh ayah cerita

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.