Friday, 30 October 2009

Apa apa aje

"Cikgu bila nak update blog?" Budak comel 1 IBK tu dah banyak kali tanya saya. Sibuk (?) nya saya sampai tak sempat nak menulis.
"Nantilah saya update.." Tapi nak cerita apa ya. Idea dah pupus sebab now tengah mood nak cuti panjang. Cuti akhir tahun dalam tiga minggu lagi.. tak sabar rasanya. Dah banyak dah buat planning eventhough putri saya sibuk nak SPM.
Sebenarnya sekarang saya dah kurang sibuk sikit sebab murid2 ting 3 dah habis exam. PUI ting 5 sekali je seminggu. Kelas form 1 tinggal buat revision jer. So banyaklah masa nak planning for holidays.... Ooops lupa pulak nak kena make sure anakanda2 saya kat rumah tu buat revision for their exams juga. Masalahnya anak bujang teruna saya tuh liat benor nak mengadap buku. Kalau dapat duduk diam 20 minit pun dah syukur alhamdulillah. Si adik tu pulak kena trade in ngan computer baru nak rajin. Harapkan sibongsu jer rajin study tanpa disuruh.
Sama jer perangai ngan anak-anak saya kat 1 IBK tuh. Banin tu (tak semua tau ,ada juga yang menyejukan hati dan perasaan cikgu..) bukannya tak pandai tapi kurang rajin. Homework asyik tak siap jer. Buku hilang. tapi ada juga yang janji bila exam nanti akan buat yang terbaik. Macamana tuh? Kalau dihalusi sebenarnya inilah replika perangai anak-anak akhir zaman. Yang perempuan lebih rajin dan tak banyak masalah [ni ada yang kembang hidung ni. ]. Yang lelaki tu orang kata lambat matang sebab tu asyik bermasalah jer. Kesiannya. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Saya sentiasa percaya hadis Nabi SAW bahawa orang lelaki diciptakan Allah lebih kuat untuk menjadi pelindung kaum wanita. So banin please wake up... jadi lebih kuat in every possible way.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.