Monday, 13 July 2026

Happy 4th Birthday Untuk Cucu ke-3 Saya

Sabtu 4th Julai 2016

Tahun ini dah masuk usia 4 tahun cucu boy nan seorang ini. Mentang-mentang the only boy, semua benda nak dimaskulinkan. Dah alang-alang maskulin ayuhlah kita sambut birthday di balai bomba. 

Balai bomba Cyber.

Menu lunch.

The birthday cake.

The birthday boy.

One for the memory... with Nenek and Tok Ayah dan kakak-kakak.

One with Tok Ayah.


Us All... full house.🥰

Sepatutnya birthdate pada 30hb Jun tapi kita lewatkan ke hujung minggu agar semua ahli keluarga dapat hadir. Semoga cucunda membesar dengan baik dan menjadi penyejuk mata ayah bonda. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Ps: Kenapa entah semua gambar pecah.😔

Menziarahi Sahabat Yang Kurang Sihat

Hari Jumaat lepas, tiba-tiba saya jadi busy sebab buat plan secara tiba-tiba. Kami menerima berita dalam group wassap Cikgu Pencen tentang ada sahabat di Gombak yang kurang sihat. Jadi kami terus buat keputusan untuk pergi berziarah bagi yang ada kelapangan pada hari esoknya. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dicelah-celah kesibukan.

Pepagi lagi saya dah masak nasi dan gulai ikan kering campur telur rebus... ala-ala nasi berlauk Kelantan buat bekal hubby di rumah. Cukuplah buat sarapan dan makan tengahari sebelum hubby keluar untuk solat Jumaat nanti.

Sahabat saya, Kak Zai datang menjemput dari rumah dan kami singgah di Villa Wangsa Mas untuk urusannya sebelum terus gerak ke rumah sahabat kami di Gombak.

Area Villa Wangsa Mas yang cantik.

Kami tiba di rumah sahabat di Gombak dalam pukul 12 tengahari. 

Layanan mesra dari anak tuan rumah, berbaju oren dan hijau kuning.

Kak Zai, merangkap sahabat yang sentiasa bersama ke sana ke mari.

Us... cikgu-cikgu yang pernah sama-sama mengajar di sekolah.

Ziarah.

Alhamdulillah done pertemuan sementara. Semoga sahabat kami beransur sihat dan Allah perlihara ukhuwwah ini selamanya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Cerita Hari Isnin: Sarapan di Tea Garden, Buat Kerja di CBTL

Pagi tadi hubby ajak study & buat kerja di luar. Kami decide untuk ke CBTL Alpha Angle. Kebetulan saya nak recycle baju-baju lama maka ke AEON lah kita. Sepatutnya selepas drop off baju-baju tersebut kami terus duduk sarapan di Coffee Bean. Tapi katanya mesin/router internet rosak, so tak boleh buat servis. Depa suruh tunggu 15 minit. Oleh kerana belum sarapan, kami beredar ke kedai Tea Garden dahulu. Bersebelahan sahaja kedainya.

Sarapan dulu.

Usai sarapan kami patah balik ke Coffee Bean. Tapi mesinnya masih rosak, so depa suruh order via apps. Terpaksalah makcik install CBTL Apps dulu sebelum buat order. Alhamdulillah dapatlah duduk minum sambil buat 'kerja' walaupun internet masih belum recover.

Matcha Green Tea Iced Blended for makcik & Americano for hubby.

Seperti biasa sementara menunggu hubby siapkan kerja saya akan jalan-jalan cuci mata sambil shopping groceries di AEON mall. 

By lunch hour kami beredar dan singgah di Q-Bistro Melawati sebelum balik rumah.

Nasi dalca Mamak.

Alhamdulillah done aktiviti makan-makan dan cuci mata hari ini. Lepas ni kita sambung kerja-kerja di rumah pulak. Semoga kekal sihat sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 11 July 2026

Itu Ini With Gojezes Gombak

Selasa, 16hb Jun 2026

Selepas makan dan berkelah di Janda Baik, Gojezes KB84 Gombak meneruskan aktiviti fizikal pulak. Kali ini kita plan untuk main game pickelball. Saya belum pernah join mana-mana aktiviti/game sebelum ini. So bila ada peluang kita join je buat ghaso-ghaso.

My friend Lot datang pick-up saya dari rumah dan kami gerak ke Jusco AEON Setiawangsa. Lot dah siap buat booking online. Kami sewa satu court untuk satu jam (RM25) dan dua set paddle racket dan sebiji bola. Total RM50 untuk satu jam.. 

Scan QR di locker untuk ambik paddle dan bola.

Court kemain merahnye makngah.

Warm up dulu, walaupun tak warm warm sampai ke sudah.😅 

Kami hanya boleh serve dan kutip bola sahaja. Almaklumlah kita ni hanya nenek-nenek berjiwa muda… nak berlari kejar bola pun tak larat. Yang penting, dapat bersama dalam suka dan duka.

Us.😍

Usai kutip bola keliling court kami berhenti rehat dan makan sambil borak santai di Bungkus Kaw-Kaw. Aktiviti borak dan makan lagi lama mengalahkan aktiviti fizikal yang cuma satu jam.  

Aktiviti makan-makan paling penting.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 8 July 2026

Ganti Dapur Gas Belakang Rumah

Dah lama dapur tambahan belakang rumah ni rosak tapi tak sempat berganti. Oleh kerana malas nak keluar ke kedai, akhirnya saya minta anak no-2 orderkan secara online. Alhamdulillah dapur gas yang dinanti tiba dengan selamat.

Saya pilih dapur gas biasa sahaja. Kali ini saya ambik yang ada dua tungku pulak supaya mudah nak masak banyak-banyak.

Bungkusan plastik biasa.

Saya guna semula saluran paip dan kepala gas yang sedia ada. Saya potong saluran paip gas dari dapur lama dan pasang semula ke dapur baru. Mudah sahaja cara pemasangannya. Cuma perlukan screw driver. 

Pasang semula saluran gas.

Kepala gas pun re-used.

Terbalikkan dan pasang kaki (4).

"Ummi beli dapur baru ke?" Pertanyaan spontan anak-anak bila nampak benda-benda baru di rumah ini. Depa bukan tak tahu Ummi depa ni rajin hantar link shopee kepada sesiapa yang bertuah. Nasib lah siapa yang kena.

Tapi itu semua cerita dulu-dulu. Kini saya dah ada akaun shopee sendiri. So bila-bila rasa nak membeli-belah kita order je sendiri.😁

Sekian.😊

Kelahiran Cucu ke-6: Jom Balik Rumah

Bila anak bongsu saya yang baru beranak sulong hendak berpantang di rumah sendiri, ayahnya siap susun jadual untuk saya bertugas menjaga dalam pantang. Oleh kerana saya pun berpantang sendiri maka kita ikut sahaja apa yang patut. Doktor bagi discaj selepas 4 malam kami berkampung di hospital. Alhamdulillah Mommy dan baby sihat.

Last moment dalam wad... semua dah sedia nak balik rumah.

Nenek excited pegang cucu dalam kereta.

Home sweet home.

Anak saya dah siapkan bilik tidur untuk saya... dah macam nak masuk asrama pulak. Saya pun dah bawak cukup persalinan untuk seminggu. 

Single room for nenek.

Siap meja untuk duduk membaca dan menulis almaklumlah kita suka duduk di meja.

Esoknya awal pagi lagi saya dah mandikan baby. Kita mandi simple-simple je sebab baru pertama kali nak bagi baby kena air.

Done baby's first bath. 

Tak susah mana pun nak menjaga orang dalam pantang. Semuanya Allah mudahkan. Mommy cepat sihat, air susu pun banyak, baby pun pandai menyusu, tidak meragam dan tidur dengan tenang. Saya cuma masak-masak, mandikan baby dan dodoikan baby bila perlu. 

Nenek dah rindu nak balik rumah Ampang pulak.😁

Alhamdulillah done seminggu full-time duduk rumah anakanda. Lepas itu saya bergilir dengan anak sulong yang tinggal di Cyberjaya. Kakak sulong ni memang semangat menjaga adik bongsunya hingga habis pantang. Seronok ada anak saudara ramai-ramai katanya. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk kita. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 7 July 2026

Menunggu Kelahiran Cucu ke-6

Walaupun belum due, semua orang excited menunggu kelahiran anak sulong dari puteri bongsu saya. Menurut doktor, baby dah terlebih besar dalam perut dan molek sangat kalau dapat bersalin awal takut-takut makin besar kalau tunggu lama-lama. So sebaik sahaja masuk minggu ke-38 terus sahaja anakanda minta admit masuk wad untuk induce.

Last jumpa Ummi di rumah Ampang sebelum nak bersalin. Sama temban dan bulat Nenek dan bakal Mommy

Khamis 14hb Mei 2026

Pepagi lagi anak dan menantu ke hospital di Bangi untuk daftar masuk wad. Saya dan hubby pun bersiap sedia gerak dari rumah Ampang untuk ke hospital, siap packing kain baju untuk check-in hotel sementara menunggu anakanda bersalin nanti. Namun sehingga ke malam, tiada tanda-tanda hendak bersalin walaupun doktor dah masukkan ubat untuk induce. So kita duduk lepak borak-borak dalam wad dan makan-makan. Dah ala-ala family time pulak sebelum semua orang balik rumah memasing.

Everything is ready.

Nenek dan kakak sulong paling excited nak sambut baby.

Saya dan hubby check-in di hotel bersebelahan hospital, nak standby incase ada apa-apa berlaku dalam masa terdekat. Nak balik Ampang terasa jauh pulak.

Tok Ayah check-in masuk hotel Gateway Perdana.

Simple je ruang bilik hotel dengan perabut dan keperluan asas.

Dinner @CRS sebelum semua balik rumah memasing.

Hingga esoknya, Jumaat 15hb Mei 2026 masih lagi tiada tanda-tanda hendak bersalin… so kita teruskan aktiviti borak dan makan famili hingga ke malam for second round.

Sarapan @ kedai apa entah lupa dah, tapi bubur nasi dia boleh tahan, sedap.

Early lunch @Mok Su Nab, Bangi dengan anak no-2.

Sementara hubby dan menantu saya pergi solat Jumaat, kami the girls duduk berkampung dalam wad ambik peluang berborak macam-macam sambil bagi galakan untuk baby keluar cepat-cepat. Namun hingga ke malam masih lagi baby nak bersenang-senang dalam perut Mommy. Doktor pun tidak hendak memaksa-maksa, biarlah baby keluar sendiri bila tiba masanya. So, kita tunggulah hingga hari esok pulak.

Berkampung lagi hingga malam ke-2.

Esoknya, Sabtu 16hb Mei 2026 pepagi lagi doktor dah pecahkan air ketuban. Kemudian anakanda ditolak masuk ke labour room. Again, pepagi lagi saya dan hubby dah datang melawat di O&G. Alhamdulillah sempat berjumpa dengan anakanda sebelum tidak dibenarkan keluar dari labour room hingga lepas bersalin.

Semangat Ummi Ayah menemani anak bongsu.

Dah nak masuk labour room pun sempat berposing lagi.

Akhirnya by pukul 3:30 petang doktor decide untuk buat C-sec sebab baby macam malu nak keluar sendiri. Alhamdulillah cucu ke-6 saya, baby girl selamat dilahirkan melalui pembedahan pada hari Sabtu, 16hb Mei 2026.

Welcome to world baby girl.😍

Daddy dah siap ready bunga untuk Mommy.

Semoga cucu ke-6 saya membesar dengan sihat. 

The proud Nenek dan Tok Mama (for cucu sulong).

The proud Nenek dan Tok Ayah dengan cucu ke-6 yang baru berusia sehari.

Alhamdulillah, another special hadiah sempena Hari Guru untuk kedua-dua nenek (bekas cikgu) dan Tok Mama yang juga seorang guru di Hari Guru 2026. Semoga Allah merahmati kita di dunia dan akhirat. Aamiin.🌹

Sekian.😀