Tuesday, 30 May 2023

Open house Aidilfitri on Mother’s Day.

Syawal tahun ini agak meriah dengan program open house dan kenduri di hujung minggu, macam dah back to normal selepas terkurung dek PKP selama dua tahun lepas. Setiap hujung minggu sejak 1hb Syawal, ada sahaja jemputan untuk open house Aidilfitri. Dan untuk minggu ketiga Syawal ini saya ada jemputan open house daripada anakanda di Putrajaya, sahabat Gojezes KB84 serta sahabat dari zaman sekampung dahulu. Oleh kerana hubby dah merancang untuk memenuhi semua jemputan maka kami cuma perlu susun masa cantik-cantik supaya tiada yang ketinggalan. Kami keluar rumah seawal pukul 8 pagi dan stop over di Starbuck sebelah rumah untuk alas perut. Tetiba pulak anakanda kampung sebelah datang berkunjung nak join sarapan. Kita layankan sahaja sementara masih ada masa. Lepas tu kami terus gerak ke Putrajaya dan sambung sarapan di sana pulak.

1. Sarapan @ Putrajaya

Anakanda order nasi tomato dan tambah juadah homemade untuk open house. Sesi pagi dikhaskan untuk famili manakala untuk sahabat handai dan kawan-kawan, depa buat sesi tengahari membawa ke malam. Kami tiba di sana dalam pukul 10.45 pagi. Rupa-rupanya depa dah rancang nak buat sambutan Hari Ibu. Alhamdulillah semua anak-anak turut sama berkumpul untuk meraikan Ummi depa yang terchenta ini… siap dengan carrot cake lagi. 💕

Nasi tomato, kurma daging, ayam masak merah dan acar.

Yang ada.

Ummi's girls... missing Nina & Aisyah.

Carrot cake yang awesome.

Begitulah.

2. Lunch @ Elmina Valley, Shah Alam.

Seperti biasa, tidak sah raya kalau tiada get together bersama rakan-rakan Gojezes KB 84. So kali ini kami berkumpul di rumah sahabat setia di Elmina Valley. Tuan rumah sediakan juadah istimewa siap dengan ulam  dan budu. Ramai yang datang membawa juadah masing-masing style pot-luck. Alhamdulillah hubby bermurah hati menemani isteri terchenta untuk bersuka ria dengan sahabat till jannah walau saya hanya bawak perut sahaja. Asalnya hubby nak drop saya sahaja memandangkan ini adalah program for ladies only tapi dek kerana ada beberapa gojezes yang datang dengan suami masing-masing maka tidaklah terasa canggung untuk hubby joins the club.

Rojak buah.


Sekadar berselisih jalan pun masih sempat merakam momen.😊


Ikan singgang dengan ulam dan budu.

Kek untuk gojezes yang sambut birthday pada bulan Mei.

Another cake.

Tiga orang geng bapak sedang berborak.

All the happy faces of geng mak-mak.

3. Minum petang @ Taman Medan, PJ.

Dah lama tidak bersua dengan sahabat sepermainan semasa di kampung dahulu. Kebetulan dapat undangan open house, haruslah saya berbesar hati untuk hadir. Hubby pulak memberi galakan padu so selepas bersuka-ria di Elmina kami gerak ke PJ pulak. Alhamdulillah dapat singgah sebentar walaupun dalam keadaan hujan lebat. Banyak menu yang depa hidang tapi saya lebih berminat untuk bersembang dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Bff.

Kakak bff.

By pukul 5.30 petang kami gerak balik Ampang dan tiba di rumah sebelum Maghrib. Mudah-mudahan ukhuwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. 

Sekian.😊

Friday, 26 May 2023

Penutup Syawal.. jom balik kenuri @ Penang

“Akad nikah hari Jumaat, 10 pagi. Kenuri Sabtu 11.30 pagi sampai 4.00 petang. Mai na…”

Oleh kerana ini adalah majlis terakhir dalam keluarga, haruslah kami berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi undangan. Biasanya, apa-apa sahaja majlis kenduri keluarga saya akan kerah semua anak-anak untuk hadir bersama. Namun kali ini hubby tak dapat hadir, maka tidaklah saya hendak menggunakan kuasa veto memaksa anak-anak pulak. Lagipun semua ada hal masing-masing. 

“Ummi nak gi Penang ke? Amin ikut…”

Alhamdulillah ada seorang anakanda yang boleh luangkan masa menjadi peneman Ummi. Hubby pulak dengan senang hati bayarkan semua perbelanjaan perjalanan, sewa hotel, minyak kereta, duit tol dan duit poket serta izinkan saya bawa Accord, maka hilanglah segala rasa gundah gulana di hati ini. Of courselah anakanda yang jadi drebar… Ummi just sit back and relax.😊

Kami turun dari rumah pada pukul 5.15 pagi hari Jumaat, target untuk tiba di Penang sebelum pukul 10 pagi. Kami singgah solat Subuh di R&R Rawang dan sarapan ringan di Starbuck.

Starbuck yang hening disubuh hari.

Kami tiba di Pejabat Agama Bukit Mertajam tepat jam 9.45 pagi, sedang elok untuk urusan akad nikah yang sepatutnya bermula pada pukul 10. Alhamdulillah dengan sekali lafaz anak saudara saya selamat menjadi isteri orang. Usai urusan di pejabat agama kami balik ke rumah pengantin perempuan di Alma Jaya untuk majlis makan beradab sebelum daftar masuk ke hotel.

The nervous groom.

All done... Alhamdulillah.

Nasi daging ngan air asam. 😋

Makan beradab.

Kami ambik dua bilik di Hotel Sunway Seberang Jaya, satu untuk saya dan satu lagi untuk anak menantu. Depa bagi bilik di tingkat 10, so bolehlah menikmati pemandangan alam di masa senggang.

King sized bed... padahal nak tido sorang je.🤭

Dari tingkat 10, Sunway Seberang Jaya.

Memandangkan kami tiada apa-apa perancangan disebelah petang, so kami decide untuk tengok sunset dari sebalik pulau. Kami keluar dari hotel dalam pukul 5 petang. Saya tak pasti ke mana arah yang sesuai untuk menikmati suasana sunset di petang hari Jumaat yang mulia ini. Tempat paling best sepatutnya ke arah Batu Feringgi tapi di sebabkan keadaan jalan yang sangat sesak rasanya by Isya’ pun belum tentu kami tiba di sana. Akhirnya kami pusing ke arah selatan pulau dan berhenti di Dataran Matang Street Food, Permatang Damar Laut. Masa kami tiba, waktu baru menunjukkan pukul 6 petang. Masih ada masa lebih satu jam sebelum matahari berlabuh. Memandangkan nak ke mana-mana pun jalan sesak so kami decide untuk duduk menunggu sahaja sambil menikmati makanan ringan. Tapi tiba-tiba pulak langit mendung dengan awan hitam yang tebal, maka hasrat untuk melihat sunset pun terkubur begitu sahaja. Apa nak di kata, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

Awan mendung.

The best we can do.

Posing diri sendiri jelah.

Kami beredar dari situ sebaik sahaja azan maghrib untuk mencari dinner di Restoran Kapitan di Chulia Street, Georgetown. By pukul 10 malam kami balik ke hotel semula untuk berehat. Esoknya kita tengok sunrise (di sebalik langsir bilik) pulak sebelum check-out pada pukul 11.30 pagi.

Sunrise dari tingkat 10.

Lepas check-out kami terus ke Dewan Haji Ahmad Badawi untuk majlis resepsi sebelum anakanda keluar semula untuk menjemput kakaknya yang datang all the way naik train dari Putrajaya. Depa turun di hentian Butterworth. Alhamdulillah ramai saudara jauh dan dekat turut hadir memeriahkan majlis. Benarlah kata orang, masa kenduri kendara adalah masa yang terbaik untuk berjumpa saudara mara. Walau entah bila akan bersua semula kita raikan sahaja bila dah ada di depan mata. 

Menu utama.

Kek pengantin tema biru.

Siblings kut sini.

Sepupu sepapat.

Siblings kut sana.

The happy mak sedara...

...with the happy bride and groom.

Wali of the bride.

Parents of the bride.

Acara wajib... selpi wefi.

Selepas seharian, semua orang pun dah muka barai, jomlah balik KL. Kami selamat tiba di rumah semula dalam pukul 10.30 malam. Home sweet home.❤

Sekian.😊

Tuesday, 16 May 2023

Jalan-jalan Jepun Day 6: Final day… lepas ni nak balik KL dah.

Khamis, 4hb Mei 2023

Hari ini saya terbangun pukul 4 pagi lagi sebab malam tadi tidur awal. Kalau di Hachioji, by pukul 4.30 dah nampak langit yang cerah tapi di Narita macam masih gelap padahal kalau ikut geografi, Narita lebih ke Timur dari Hachioji. Apa-apa jelah, bukanlah masalah kita nak fikir tentang peraturan alam. Yang pasti hari ini kami bakal meninggalkan bumi Jepun dan pulang ke tanah air yang terchenta.

Ohaiyo gozaimasu, 4.50am, Hotel Narita Tobu.

Saya dah siap packing barang-barang sejak malam tadi. Sebelum tidur semua luggage dah siap beratur depan pintu. Pagi ini tinggal nak finalise cabin bag sahaja.

By pukul 7.00 pagi kami dah turun ke lobi untuk urusan check-out hotel. Lepas tu terus beratur untuk naik shuttle bus ke Narita Airport Terminal 2. Bas bergerak tepat pukul 7.30 pagi dan dalam masa 5 minit kami dah punggah beg dari perut bas dan tolak troli ke Departure hall untuk check-in di kaunter B. Asalkan semua dokumen mencukupi semua urusan pun mudah sahaja. Hulur tiket serta passport, letak luggage atas penimbang, sup sap sup sap, terus dapat boarding pas. Lepas tu boleh teruskan urusan makan minum pulak.

Beg dah beratur depan pintu sejak malam tadi.

Hallway hotel, tingkat 5.

Hari terakhir bersama tukang angkut beg.😍

Shuttle bus ready to pick up penumpang.

Penumpang yang tak sabar nak balik rumah.

Kita cuma letak beg, depa punggah semua

Sebelum flight kami (MH 089) berlepas pada jam 10.20am waktu Jepun, (9.20am, waktu Malaysia) sempat la cari sarapan ringan sambil habiskan saat-saat terakhir bersama anakanda putri, selpi-wepi sana-sini. Selama 5 hari di Jepun seakan anakanda pulak yang melayan Ummi ayah, bawak jalan-jalan jadi tourist guide dan tukang angkut beg.😄

Mirror selpi, dalam toilet pun jadi.


Mirror selpi lagi.


Last take, bye baby…😔😓😔

To immigration hall. Lancar je prosesnya.

By pukul 9.30am kami dah masuk ke departure hall, ready for boarding. Perjalanan sangat lancar dan mengikut schedule. Kami mendarat di KLIA tepat pukul 4.30 petang (waktu Malaysia) selepas 7 jam perjalanan. Tidak terasa penatnya badan sebab saya hanya makan tido sahaja dalam flight.

Ready to boarding.

Kapal terbang pun ready to go.

Passport and boarding pass checked.

Depa hidang mee apa entah, berselera pulak saya makan. Licin.😁

Laju betul tinggalkan kita… tak sabar-sabar nak pi kutip beg.

Jom balik. Anak-anak menantu semua dah tunggu kat arrival hall.

Sunset @home.😍

Kami tiba di rumah dalam pukul 8 malam. Home sweet home. Semoga Allah murahkan rezeki untuk kami ke sana lagi.

Sekian.😋