Wednesday, 30 November 2022

PRU 15… jom mengundi.

Sabtu, 19hb November 2022.

Pepagi lagi kami dah excited nak keluar mengundi. By pukul 8:00 saya dan hubby dah turun dari rumah. Walaupun tinggal di Ampang kami masih belum menukar tempat mengundi. Masih setia dengan tempat yang lama. Saya mengundi di Selayang sementara hubby di Gombak, jadi kami take turn.

Jalan jam exit MRR2.

Not bad menuju ke Selayang.

Memula saya teman hubby mengundi di SMK Taman Selayang. Lepas tu hubby teman saya mengundi di Dewan Seroja pulak. Tapi sebelum itu haruslah pekena roti canai teh tarik dahulu.

Mengimbau kenangan @Ibrahim Maju, Selayang.

SMK Taman Selayang, hubby, saluran 3


Dewan Seroja... makcik, saluran 2

Done.


Me and you.

By pukul 11 pagi kami dah setel mengundi calon pilihan masing-masing. Lepas tu dah boleh balik dan bersiap sedia menunggu keputusan pilihan raya. Biasanya pengiraan kertas undi akan berakhir pada tengah malam. Malangnya sehingga selesai kiraan undi, tiada parti yang mendapat simple majoriti menyebabkan pembentukan kerajaan tertangguh. Oleh kerana kami dah stay up hingga pagi maka pada hari Ahad tu kami sambung tido semula. Bangun pagi masih tiada kerajaan yang sah. So seharian kami menunggu dengan sabar.

Day 2: Ahad 20hb November.

Hari Isnin kami masih lagi menunggu keputusan pembentukan kerajaan baru. Kebetulan ex-PM9 bagi cuti so kita keluar breakfast dulu sambil sambung borak politik di Coffee Beans Cafe, KL East.

Kita makan dulu.

Masuk hari Selasa pun masih lagi tiada kesudahan. Syulit benar depa ni nak buat keputusan. Jenuh makcik dok melangut depan TV menunggu setiap kali keluar berita. Lepas satu meeting ke satu meeting depa ni dok berbincang. Sat parti ni dok bincang, sat parti nu pulak, sat hatni pi jumpa raja, sat hat nu pulak pi jumpa.

Day 4: Selasa, 22hb November.

By hari Rabu, makcik dah berserah pada yang Esa sahaja. Pepandailah depa bincang dan buat keputusan. Mudah-mudahan semuanya dalam peliharaan Allah jua. Apa jua keputusannya nanti, makcik redha sahaja.

Day 5: Rabu 23hb November.

By pukul 2 ptg hari Khamis baru selesai mesyuarat raja-raja Melayu dan semua bersepakat melantik PM10 mengetuai kerajaan perpaduan yang ditubuhkan. Alhamdulillah. 

Semoga Malaysia sentiasa aman.🌹

Sekian.😊

Kenduri @The Raw by Metal Bees.

11hb November 2022.

“Jom gi kenuri. Sambil tu boleh reunion.” Sejak dua menjak ni ramai kawan yang buat kenduri kawen anak masing-masing. So kebetulan ramai kawan sekolah yang hadir, kita lajak buat reunion sekali. Alhamdulillah walaupun depa buat pada hari Jumaat petang/malam, kehadiran kawan-kawan sangat memberansangkan. Depa buat majlis di The Raw by Metal Bees, PJ Damansara. Dewannya agak selesa dan tuan rumah sangat berbesar hati memberi ruang untuk kami stay lepak, makan dan berborak dari petang hingga ke malam. Berhenti sebentar untuk solat Maghrib, lepas tu sambung lagi hingga Isya’. Kebetulan hubby bagi unlimited Visa, so kita gunakan sebaik mungkin… makan, borak, bergambar, makan, borak, bergambar mengalahkan orang muda.

The entrance.

The first batch.

Seiring.

Main dish.

Mak pengantin (bertudung purple cair), sesi 1.

Mak pengantin dah tukar baju untuk sesi 2.

Tersama tapi tak serupa.

Batch ke2.

Mana yang sempat.

Batch ke 3.

Okay jom balik.

Sekian cerita pertemuan yang sangat bermakna untuk kita simpan buat kenangan.😊

Tuesday, 15 November 2022

Jig saw puzzle

Rabu 9hb November, 2022

Dah lama saya tak buat jigsaw puzzle. Entah bila last saya dok berteleku mengadap kepingan haluih itupun saya dah tak ingat. Dulu masa single saya selalu buat puzzle dicelah-celah kesibukan study dan assignment. Kalau tidak pun saya akan selitkan dengan buat brain teaser. Biasanya saya akan buat yang 1000-1500 keping. Lagi stress study lagi banyak saya akan susun jigsaw puzzle… ala-ala transfering stress gitu. Tapi bila dah kawen dan ada anak dah tak sempat nak mengadap hobi yang sangat menenangkan ini. Baru nak buka kotak anak-anak dah datang berkepit. Akhirnya saya sediakan puzzle saiz besar untuk depa dan mengadaplah sama-sama. Biasanya ada dalam 50-100 keping sahaja. Ummi punya minat, kita on hold dulu untuk suatu masa yang diizinkan nanti.

Kebetulan masa jalan-jalan kat MPH, de Pulze Mall, Cyberjaya dengan anakanda putri haritu, tiba-tiba terimbau pulak kenangan lama. Sebaik terpandang sahaja jigsaw puzzle kat dalam MPH, terus berkenan di hati. Saya beli sekotak buat pembuka kata. Kita ambik yang 500 keping dulu, next time boleh up lagi. Alhamdulillah walau dah bertahun-tahun tinggalkan, skill memilih dan menyusun kepingan puzzle tu masih ada.



Tudia.... selambak.

Selepas 1 jam.

Selepas 4 jam

Hari ke2 sesi pagi.

By petang hari kedua saya dah siap menyusun semua kepingan puzzle dengan penuh semangat. Hubby pun pelik, apahal la bini dia ni serius sangat nak siapkan puzzle tu. Tapi dia tak boleh komen banyak sebab despite saya sibuk dengan puzzle, urusan asas semua saya dah bereskan. Breakfast, lunch, dinner semua tip-top… rumah kemas, kain baju pun tersusun. 😁

Done... tapi missing satu lubang.😢

Tanpa pernah putus asa saya tetap mencari the missing piece sambil buat trail agak-agak di mana kemungkinan keberadaan piece bertuah itu. 

Akhirnya hampir seminggu, kebetulan saya mengemas dan vacuum sofa di ruang tamu, tiba-tiba sahaja ia muncul di depan mata. Alhamdulillah mission accomplished.🥰


All done.😍

“Ummi tak nak framekan ke?” Hmmm.... nantilah saya fikirkan kemudian.

Sekian cerita puzzle saya.😊

Wednesday, 9 November 2022

@Dorsett Putrajaya: Part 2

Ahad 6hb November 2022.

Hari ini saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Lepas hubby ke PICC saya berlama-lama di kafe hotel menikmati me-time sambil makan. Usai sarapan saya cuma nak bersiar-siar di sekitar hotel sahaja kemudian menapak ke Masjid Besi yang cuma sepelaung dari hotel. Memang walking distant sangat.

Sepatutnya seksyen mee sup tapi saya ambik kuah kari roti canai jadikan mee kari.😊

Usai sarapan saya ke rooftop hotel melawat kawasan. Nampak jelas Masjid Besi dari atas bangunan hotel. Sambil tu berangan nak swimming tapi dek kerana hubby tak izinkan maka kita tengok sahaja kolam renang di depan mata. 

Masjid Besi, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dari kejauhan.

Kolam renang.

“Ummi nak gi Masjid ke? Jomlah Dayah teman…” Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, haruslah kita berbesar hati bila anakanda putri sudi meluangkan masa dengan ibunda terchenta. Maka bersuka-rialah kami dua beranak berposing sakan layak tourists di tempat sendiri. Saya memang sukakan rekacipta bangunan yang cantik dan lanskap yang indah.😍

Kami parking di bahagian tepi bangunan masjid bersebelahan bangunan JAKIM/Kompleks Islam Putrajaya. Terus masuk ikut pintu Imam Hanafi, pusing kiri ambik lif ke tingkat 2 untuk ke Dewan solat utama. Kemudian naik lif yang sama ke tingkat 3 untuk solat dhuha di dewan solat muslimah. Kat situ disediakan tempat wudhu' sahaja. Kalau nak ke toilet kena ikut laluan mana entah... lupa dah. Malas nak ingat pengalaman susahnya mencari toilet dan ruang solat untuk wanita suatu ketika dahulu. Jadinya, sebelum ke masjid saya dah setelkan urusan ke toilet dan ambik wudhu' siap-siap dari hotel.

Ruang solat utama.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena nama baginda semasa menjadi  Yang di Pertuan Agong Malaysia sewaktu pembukaan/perasmian masjid ini.


Kiblah Walk menuju ke bangunan Kompleks Perbadanan Putrajaya di seberang jalan. 

Kiblah Walk, ala-ala jejantas, cross over bridge tapi lebar dan luas siap dengan lanskap hiasan.

Kiblah Walk... 

Boleh baca sejarahnya di sini. Depa letak di laluan Kiblah Walk.

Behind the scene

Hasil kejadian.

Dah puas berposing kami ke D’Pulze Mall di Cyberjaya. Mula-mula masuk parking rasa macam shopping mall lama sebab bumbungnya agak rendah. Kawasan kedai pun macam design lama tapi kedai-kedai yang ada agak banyak jugak. Cukuplah untuk kami duduk lepak to kill the time, kata orang kampung saya. Kami pusing MPH cari diary dan jigsaw puzzle buat mengisi masa lapang nanti. Kemudian kami masuk Decathlon beli baju dan seluar untuk aerobik. Semalam dah beli kasut. Harini kita cukupkan aksesori pulak. Mudah-mudahan kekal bersemangat untuk sihatkan badan.

Puzzle 500 pieces... semoga tercapai hajat nak menyiapkan.

Take away Subway for lunch.

Mendengar isteri mithalinya asyik ke sana ke mari maka teringinlah hubby untuk mengikut sama dalam perancangan cik puan bini pada sebelah petang. Memandangkan konvo sesi petang ini tidak berapa penting, katanya, maka dengan senang hubby escaped the session demi bersama anak cucu. So sepanjang petang kami melepak sahaja dengan cucu-cucu hingga ke malam. Kebetulan anakanda putri orderkan dinner via Grab so kita isi perut kenyang-kenyang dahulu sebelum balik hotel untuk berehat.

Tok ayah dan cucu-cucunya.

Isnin 7hb November 2022

Harini masuk hari keempat saya di sini. Dah mula rindu dengan rumah sendiri. Oleh kerana program konvo hubby berlanjutan hingga petang maka saya bercadang untuk balik Ampang seorang diri. Sebelum itu kita habiskan masa me-time sambil sarapan dulu.

Simple menu hari ini.

Fruits & salads.

Usai sarapan saya terus packing barang dan bersedia untuk check out. Another me-time for another day. Alhamdulillah selamat tiba di rumah dalam pukul 11 pagi. Home sweet home.

Sekian cerita kali ini.😊

Part 1 boleh baca di sini.