Thursday, 17 March 2022

Sarapan @ Kafe Mak O Mak, Taman Melawati.

"Jom keluar breakfast esok..." Sejak malam tadi hubby dok cari tempat nak bawa isteri mithali ni sarapan di luar. Kita turutkan sahaja ke mana dan di mana hala tuju sarapan itu. 

So pagi tadi seawal jam 8:00 pagi kami dah tercongok dalam kereta join jalan jam sekali dengan mereka yang keluar nak pi kerja. Sebenarnya tidaklah jam mana pun tapi biasalah traffic light dekat Masjid al-Ridhuan Ulu Kelang ni selalu lama. (penatnya melalui traffic jam ulang alik masa anak-anak masih bersekolah dulu terimbau kembali).

"Kita try Kafe Mak O Mak... kat Melawati." Dah beberapa kali hubby bercadang nak bawa saya sarapan di sini selepas depa bersarapan bersama kawan sekolah menengah dulu. So, to Kafe Mak O Mak we go.

Nice place.

Lempeng with rendang kerang and Mocha caramel for makcik.

Rendang kerang dia sedap, tak pedas sangat.


RM59.40 untuk dua orang pencen. Jenuh nak perabih.

Makcik muka happy dapat makan.😁

Portion hidangannya agak banyak. Kalau untuk perut saya memang tak boleh habis. Harga, a bit on the high side tapi kalau mampu apa salahnya sebagai sokongan untuk anak muda berniaga. Suasana pun okay, tertutup dan berhawa dingin. Juga sesuai buat tempat berbincang business juta-juta. 

PS: Lepas ni kena fikir nak masak apa pulak untuk lunch dan dinner nanti.

Wednesday, 16 March 2022

Santai hujung minggu: Pulse Grande, Putrajaya

"Weekend ni ada program lagi. Start hari Jumaat sampai Ahad... jom" 

Semenjak dua menjak ni rajin pulak depa ni buat program, mentang-mentanglah Covid-19 seakan dah sampai di penghujung musim dan tak lama lagi akan declare sebagai endamik. In a way saya rasa seronok jugak dengan keadaan sekarang... dah boleh bebas bergerak tapi masih dalam batasan. Orang kata macam layang-layang... walau boleh terbang tinggi tapi sentiasa ada tali yang menarik ke bawah supaya tidak lepas bebas di angkasa.

Jumaat 11 Mac 2022

Pada hari Jumaat yang mulia kami keluar dari rumah pada pukul 12:30 tengah hari selepas hubby habis  meeting online disebelah pagi. Sebelum tu sempatlah saya masak nasi lemak plus aksesori untuk makan tengahari dan buat bekal. Kami bajet tiba di Masjid Putra sebelum solat Jumaat. Lepas solat Jumaat boleh terus check-in, seterusnya hubby boleh terus join program yang bermula pada pukul 3:30 petang.

Kami tiba di Masjid Putra dalam pukul 1:15 tengah hari. Parking agak penuh tapi dah namanya rezeki, dapat juga parking tepi tasik Putrajaya, tidak jauh dari masjid. Sementara menunggu hubby solat Jumaat, saya duduk menunggu dalam kereta sambil buat apa yang patut. Yang pasti, haruslah ambik gambar banyak-banyak. Sebenarnya bukan saya seorang sahaja dok menunggu macam tu. Ada lagi beberapa kereta lain yang berpenghuni, sama-sama dok menunggu pasangan pi solat. 

Makcik masih belajar selpi.


Masjid Putra

Seperti yang dirancang, kami selesai urusan masuk bilik hotel dalam pukul 3:15 petang. Oleh kerana hubby terus join program hingga lewat petang membawa ke malam maka duduklah makcik dalam bilik hotel sorang-sorang. Apa lagi, kita enjoy the moment of comfort sebab bukan senang nak dapat me-time begini. Suasana hotel sangat tenang sebab terletak di atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok besar. Hotelnya agak lama (asalnya hotel Shangri-La), tapi kita ambik dan nikmati yang positif sahaja. Yang paling penting, line internet sangat laju.

Rest area depan lif.

Bilik air agak luas, hot water yang memuaskan dan shower dengan air yang laju.

Bilik okay, ada sliding door boleh buka terus ke bilik air. Boleh nampak balam-balam melalui cermin sliding door tu kalau berendam dalam bath tub.

Laluan ke bilik hotel. Bilik kami di tingkat 4

Senja dari bilik hotel.

Sepanjang program, pihak penganjur program ada sediakan dinner, breakfast and lunch plus kudapan in between breaks... tapi untuk participants sahaja. So untuk kita yang hanya mengekor ni terpaksalah cari makan sendiri. By malam, hubby suruh saya order room service tapi sebab kengkonon on diet, rasa malas pulak nak beriya-iya. So saya cuma makan nasi lemak left over bekal tengah hari tadi.  

Bukak bekal untuk dinner.

Sabtu 12 Mac 2022

Esoknya, bila hubby dah mula program, saya keluar pi cari breakfast. Sebelum keluar haruslah kita google dahulu. Decision factor adalah tempat yang mudah parking. (serabut sikit nak cari parking bila kena bawa Accord) Akhirnya saya pilih gerai kat Precint 8. Beli nasi dagang, kuih dan air, take away makan kat bilik hotel.


Nasi dagang looked nice.

Usai sarapan, saya sambung me-time hingga Zohor. Lepas tu buat planning re-union dengan cikgu-cikgu pencen kat Bangi. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun dalam hujan lebat. Kami cuma duduk bersembang sambil update kehidupan. Banyak yang dah berubah sepanjang fasa Covid selama dua tahun. Yang penting ukhuwah masih terjalin walaupun jarang berjumpa.

Hujan rahmat


By pukul 5:15 petang saya tiba di hotel semula sebab dah janji dengan hubby untuk temankannya ambik angin tepi tasik sambil minum petang di kafe Lake Club Putrajaya. Oleh kerana datang berdua, maka terpaksalah makcik polish skill selpi. Jadilah seadanya... dan hubby pun pasrah je.



 Kopi 'O' kosong for him and apple juice for makcik.

Sementara tunggu makanan.

Done dinner

Ahad 13 Mac 2022

Pagi ini bermula lagi misi mencari sarapan. Kali ini saya buat breakfast date dengan anak dara dari Bangi. Sepatutnya keluar pukul 8:00 pagi tapi disebabkan masalah teknikal janji pukul 8:30 pagi jadi pukul 9:00 pagi. So sementara menunggu, kita lihat keindahan seni bina lobi hotel dulu.

Arca apa entah... bergantungan kat siling lobi hotel.



Makcik praktis selpi lagi.

Kami sarapan roti canai di restoran Line Clear kat Jalan Diplomat. Tak sempat pulak nak bergambar sebab asyik bersembang. Apa-apa pun, semua urusan berjalan lancar. Alhamdulillah.

With anak dara yang cuma boleh jumpa sekali sekala.

Program hubby habis pada pukul 11:30 pagi. By pukul 12 tengah hari kami dah selesai urusan check-out dan meneruskan perjalanan balik Ampang dan tiba di rumahku syurgaku dengan selamat. Alhamdulillah.

PS: Lepas ni kita fikir nak bersantai di mana pulak... Moga Allah mudahkan.

Thursday, 10 March 2022

Anak bujang: Majlis meminang dan bertunang.

Kata orang, sembunyikan pertunangan dan hebahkan pernikahan. Alhamdulillah setakat ini saya masih mengamalkan pesanan ini untuk ketiga-tiga anak yang telah berkahwin. Untuk majlis pertunangan anak-anak perempuan saya, kami hanya buat majlis kecil sahaja. Cukup dengan pihak sekeluarga lelaki datang meminang dan sarung cincin lepas tu makan-makan sambil berbincang tindakan selanjutnya. 

Untuk anak lelaki pulak, oleh kerana kami yang kena pergi meminang maka kami mengikut sahaja apa perancangan yang telah diatur oleh pihak perempuan sebagai tuan rumah. So kami buat persiapan mana yang perlu. Dan pada hari yang telah dipersetujui kami anak beranak datang sebagai rombongan membawa lima dulang hantaran untuk meminang. 

"Kita ikut je adat mana yang boleh..." Hubby memang sempoi... katanya dah siap nak berpantun. Kami tiada wakil. Hubby dengan yakinnya menjadi juru cakap untuk diri sendiri, meminang anak dara orang sebagai bakal memantu.

Kita-kita saja... 

"Ummi kena pakai cantik-cantik..." Puteri sulung saya yang dah selalu pergi majlis pertunangan sahabat handainya dah siap pesan awal-awal. Sungguh, seumur hidup saya belum pernah pergi ke mana-mana majlis pertunangan atau mengikut memana rombongan meminang. Peghak sungguh rasanya. 

Kami disambut dengan meriah. Tiba-tiba saya rasa cuak sebab nak kena naik pelamin sarungkan cincin untuk bakal menantu... tapi kita maintain cool sebab dah perasan cantik.  

Upacara sarung cincin

Dah selamat jadi menantu dan besan dah sekarang... Alhamdulillah.

Girls only... as always.

Majlis bertunang selamat diadakan pada bulan September 2020, majlis akad nikah pada bulan Februari 2021 dan majlis kenduri kahwin pada awal tahun 2022. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar.

"Kenapa Pak Abu asyik marry je?" Anak saudara pun dah confius bila tengok bapa saudaranya asyik buat majlis. Dari baby kecik sampai dah boleh berjalan tak habis-hsbis kisah Pak Abu getting married. Apa nak dikata. Kawen dalam musim Covid ni terpaksalah hadap majlis yang terpaksa ditunda-tunda. Apa-apa pun, semoga majlis yang telah berlangsung diberkati Allah dan semoga pasangan pengantin berbahagia hingga ke syurga.

Cerita persiapan majlis meminang di sini.

PS: Dah selamat nikah kawen semua baru boleh cerita tentang majlis pertunangan... Alhamdulillah selesai sudah tanggung jawab Ummi dan ayah terhadap anak bujang yang dah tak bujang lagi

Wednesday, 9 March 2022

Sedetik di KLCC: Teman hubby jumpa kawan

Rasa macam dah lama tak ke KLCC. Last pergi sana pada awal bulan Disember tahun lepas, masa birthday break-away hubby. (boleh baca sini) Itupun cuma pergi dinner kat Serai lepas tu terus duduk-duduk bergambar kat luar sambil tengok air pancut.

Kebetulan pada 23hb Februari 2022 baru ini ada kawan hubby ajak ngeteh and discussion over lunch katanya. So makcik pun ikut sekali, buat teman perjalanan. Oleh kerana kawan hubby tu datang sorang diri segan pulak saya nak menyibuk hal orang lelaki. Lagipun discussion tu cuma ambik masa lebih kurang 1 jam, so sementara menunggu depa bersembang kat dalam restoran Serai, saya duduk-duduk kat food court sahaja. Sambil tu boleh lepas gian minum teh tarik setelah sekian lama berpantang kengkonon on diet. 

The best ever teh tarik.

Boring pulak duduk sensorang, saya ajak anak bujang join sekali. Kebetulan dia kerja online so bolehlah lari untuk teman Ummi sekejap. Jarak perjalanan dari rumah pun cuma sepelaung, so dengan berbesar hati dia pecut kereta via AKLEH, dan tiba di KLCC dalam masa 15 minit sahaja. Dan Ummi pun terus order lunch dengan senang hati.

Fish and Chips.


Usai makan, sibujang pun terus balik, Ummi teruskan program jenjalan lepas ayahnya dah habis discussion. Seperti biasa kalau ke KLCC tempat utama haruslah ke Kinokuniya, kedai buku lejen sejak anak-anak masih kecik lagi. Setiap kali ke KLCC tidak sah kalau tak masuk Kinokuniya dan tidak sah kalau tak capai apa-apa novel.



Kami tidak berlama-lama. Selesai saja urusan apa yang patut kami terus balik. Sambil-sambil tu sempat lagi snap gambar ceiling KLCC dari depan kedai buku ni. Sejak beberapa lama berkunjung ke sini baru kini sempat menikmati senibina KLCC yang canggih ini. Dulu asyik sibuk kepung anak sana-sini ...


Rindu zaman angkut anak-anak pi Petrosains.

"Sama je semua novel Ummi beli..." komen biasa anak-anak, bila tengok buku saya. Gamaknya memang untuk genre buku novel bacaan saya, depa gunakan warna-warna begitu. Warna asas mesti merah dan biru/hijau.

Jom sambung membaca. 

Monday, 7 March 2022

Ciptalah memori indah lewat setiap pertemuan.

Biar hati memberontak lewat setiap pertemuan, kita sentiasa mencari alasan untuk mencipta memori yang indah-indah sahaja.

Sungguh... tidak perlu mengungkit perkara yang membuatkan kita sakit.  Biarkan sahaja ia kekal menjadi rahsia.

Biar hati memberontak inginkan penjelasan... tapi demi cinta... diam itu lebih utama.

🥰

🥰🥰

Dan, penjelasan pasti tiba pada suatu masa yang tidak terduga.

Friday, 4 March 2022

Berjogging di taman perumahan

Bila belek-belek folder, banyak pulak cerita yang saya simpan dalam folder drafs. Biasa lah kan... tengah seronok menulis tiba-tiba hilang idea atau tiba-tiba terpaksa berhenti sebab nak kena buat kerja lain. Bila nak sambung balik dah kering idea... 

So hari ini kita buka folder dan update cerita yang telah tersimpan sejak sekian lama. Kita mulakan dengan yang mudah dulu. Cerita ini dah ada dalam deraf sejak bulan Jun 2014. Hingga hari ini bermakna dah hampir 8 tahun tersimpan buat pekasam. Masa ni Nina pun masih lagi budak kecik... masih di alam sekolah rendah rasanya. Masa ni memang dia sorang sahaja yang rajin meneman Ummi ke mana-mana. Dua orang abangnya dah masuk alam remaja dan sedang mencari jati diri sendiri tanpa gangguan Ummi. Dua orang kakak pulak dah masuk IPT. So tinggallah dia seorang terpaksa-rela mengekor Ummi dan Ayah beraktiviti dihujung minggu.

Anak dara ni dah besar gajah dah sekarang.

Biasa la kalau berjogging saya memang selalu kena tinggal jauh di belakang.

Kurus lagi masa ni. Suasana taman perumahan kami pun masih hijau.

Alhamdulillah hingga kami masih kekalkan aktiviti berjogging keliling taman pada hujung minggu. Kalau dulu Nina rajin temankan Ummi... tapi kini kita jogging berdua sahaja. 

Semoga kekal sihat hingga ke hujung usia. Moga Allah bantu.