Tuesday, 20 February 2018

Umi Chantek....

Setiap kali balik rumah ada je beauty product yang Iman bawa balik.

"Nak bagi Umi cantik..... " Isk, isk, isk..... kat mana pulak kurang cantiknya saya ini. Perasaanku rasanya dah cukup cantik dah diriku ini. (Padahal kalau perati betul-betul muka dah penuh jeragat!). Rupa-rupanya selama ini muka berjeragat, bertompok hitam dengan lubang-lubang bekas jerawat tu adalah fenomena biasa bagi saya. Tapi Alhamdulillah, dah lama saya hidup dengan keadaan muka macam tu, selamat dan sihat walafiat je hingga kini. :D 

Melihatkan produk-produk branded yang dibawa balik rasa sayang pulak kalau tidak digunakan. Lagipun sejak dah pencen ni barulah ada masa nak tilik muka. Baru lah perasan selama ini saya kurang menitik-beratkan penjagaan amanah Allah yang satu ini.


"Umi kena pakai product ni. Special untuk orang tua....." Haha...... suka hati je si Iman ni golongkan saya dalam kategori tua. Sabar je lah.  

"Ni untuk siang, ni untuk malam, ni untuk kecikkan pores, bla, bla, bla...... Jangan lupa pakai sun screen, bla, bla, bla........' Adeh, banyak pulak senarainya. Sampai terkompius mana satu nak guna. Sebenarnya saya memang malas betul nak tepek-tepek muka dengan segala bagai beauty product ni. Leceh nak kena cuci bila nak ambik wudhu'. Lepas tu nak kena tepek balik. Rasa macam membazir pulak. 

Tapi sebagai memenuhi impian puteriku nak melihat Umi makin cantik maka kita layankan saja. Terpaksalah saya mendisiplinkan diri untuk susun masa bila nak pakai product yang mana walaupun seringkali terbabas.

Alhamdulillah setakat ini saya tak pernah miss cuci muka lepas bangun pagi. Dah alang-alang nak mandi pagi, pemalas sangat la kalau muka pun tidak dicuci. Cuci tu maksudnya basuh muka dengan pencuci muka. Biasanya saya guna produk Eversoft sahaja. Lepas tu pakai Olay moisturiser. Mana boleh tinggal product ni. Saya guna Olay ni sejak dari anak dara lagi. (Sepatutnya pakai toner dulu, tapi malas weh. Leceh..... ). Lepas tu sapu bedak Pureen je sebelum keluar rumah hantar Nina pi sekolah pepagi.

Sekiranya nak keluar rumah waktu tengahari saya akan pakai Olay Day Cream dulu. Lepas tu pakai bedak Nurraysa. Kiranya macam ganti sun screen la sebab dalam day cream biasanya dah ada SPF yang cukup. Saya malas nak pakai sun srcreen. Bau macam cat dinding. Huhu..... sabar jelah. Balik je ke rumah saya akan terus cuci muka sebab serabut rasa ada benda bertepek kat muka. Rasa fake gitu. Lepas tu saya sapu Olay moisturiser semula dan pakai bedak. Kalau perlu keluar rumah lagi, saya akan pakai day cream semula. Balik rumah terus cuci balik. Kalau tidak kemana-mana, saya hanya selesa dengan Olay moisturiser dan bedak Pureen sahaja.

Sebelum tidur malam saya hanya cuci muka seperti biasa kemudian pakai serum. (Baru nak belajar pakai serum sebab kena paksa dengan Iman....:D) Kalau rajin saya akan pakai mask kemudian pakai night cream. Tapi biasanya saya lebih selesa tidur dengan muka polos, bare face kata omputih. Saya masih selesa dengan kepercayaan saya tentang beauty sleep, biarkan nature yang merawat wajah dan tubuh badan kita tanpa gangguan bahan-bahan kimia semua tu.

Hingga sekarang saya masih kagum dengan nenek saya yang memiliki wajah suci bersih hanya dengan bedak sejuk. Mungkin faktor alam semulajadi. Rumah kami kat kampung dikelilingi pokok-pokok yang rendang. Suasana rumah sentiasa teduh tanpa perlu pakai kipas atau air-condition. Rumah kami takde kemudahan elektrik pun, so memang tak boleh nak pasang semua benda tu. Makanan pun semuanya segar dari ladang. Tanpa bahan kimia, tiada pengawet dan tiada penambah perisa. Makan nasi dari beras padi tanam sendiri. Lauk ikan tangkap sendiri. Kalau sekali sekali nak makan ayam dan daging pun yang bela sendiri. Ulam-ulam dan sayur tanam sendiri.

Nenek saya memang suka bercucuk tanam dan hasil tanamannya semuanya menjadi. Kami satu kampung  boleh menuai hasil tanamannya. Rumah kami semuanya open space, takde pagar. Ungated and unguarded. Sesiapa sahaja boleh lalu lalang rumah masing-masing dan petik je apa-apa keperluan masakan.

Nenek adalah antara beberapa orang yang paling tua kat kampung tu. Biasanya golongan tua ni kami panggil Tok untuk perempuan dan 'Chaie' untuk lelaki. Saya tak pasti macamana ejaannya. Tapi Chaie ni bahasa ori orang Baling.

"Tokkkk..... nak ambik daun ni...."
"Haaa ambik laa....."
"Tokkk..... nak gali kunyit sikit...."
"Haaa... gali laaa..."
'Tokkk.... telur ayam ada?"
"Haaa..... pi tengok dalam reban..."

Semua pakat laung sahaja. Fenomena biasa kat kampung saya di waktu pagi. Tak perlu minta izin. Cuma bagi tahu sahaja. Yang bestnya by the time nak makan nasi tengahari akan ada satu dua hidangan lauk akan singgah di rumah saya....

Nenek saya tak akan keluar rumah waktu tengahari. Kalau keadaan memaksa nenek keluar, nenek akan 'kelubung' dengan kain batik. Ala-ala gadis pemalu gitu. Mungkin itu faktor utama wajah nenek flawless, takde jeragat dan bekas jerawat sebab takde sinar mentari yang berani mengganggu seorang perempuan melayu terakhir......


PS: Missing my nenek terribbly ๐Ÿ˜ขTetiba.....

Cerita sebelum tu....

Sunday, 18 February 2018

Cucu nan seorang.....

Diam tak diam dah setahun rupanya saya bergelar nenek. So semalam kami sekeluarga sama-sama makan besar di Le Meridian Putrajaya. Kebetulan semua orang bercuti sempena Tahun Baru Cina maka dapatlah kami dua keluarga sama-sama makan besar. Marwan buat booking Weekend Hi-tea untuk sebelas orang. Boleh duduk makan apa sahaja yang terhidang dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. Depa sediakan hidangan Western, Indian, Jepun, China dan lain-lain hidangan ala hotel. So boleh pilih apa menu yang sesuai dengan tekak kita. 

Katanya daripada buat birthday party, baiklah belanja family pergi makan besar. Saya tak pasti samada berbaloi atau tidak dengan bayaran yang dikenakan sebab saya ni konon on diet, so makan pun cubit-cubit sahaja. Tapi tak kisahlah, yang penting kegembiraan duduk bersama-sama keluarga itu tiada nilainya. Dah alang-alang buat booking sampai 3 jam maka kita makan jelah dari starter, main course, dessert lepas tu ulang balik starter, main course, dessert lepas tu ulang lagi, ulang lagi selagi mampu telan......:D

Maysaa one year old.....

Nenek dan cucu......

With Nenek, Tok Mi, Tokki and Tok Ayah

With uncles and aunties on both sides....

Seriously enjoying the food.....

With Nenek and Tok ayah....

Seperti biasa saya dan hubby tidak pernah melepaskan peluang duduk berdua. Dah tua-tua begini banyak masa diperuntukkan untuk berdua sahaja. Kata orang di usia begini kita dah menghampiri fasa melangsaikan tanggung jawab masing-masing. Yang tinggal hanyalah nak menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang. 
Nenek dan Tok ayah
Tumpang hiasan CNY hotel.....


PS: Semoga keluarga kecil ini berkembang menjadi generasi yang unggul......





Thursday, 15 February 2018

Kemaman

Alhamdulillah sejak pencen ni banyak peluang dan ruang untuk saya isi masa dengan program santai. Weekend baru ni sempat penuhi jemputan kahwin anak sahabat lama di Kemaman, Terengganu. Sejak dah masuk usia emas ni kami bergilir-gilir makan kenduri kahwin anak-anak. Maka bergilir-gilirlah pulak buat sesi re-union dengan sahabat-sahabat lama. Selalu tertunggu-tunggu kad jemputan kahwin sahabat untuk kenduri kahwin anak-anak masing-masing. Sebab semasa kendurilah masa paling sesuai untuk buat re-union. Tahniah Shida and hasben dapat menantu sulong. Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga.
Ra dari Langat, me and Mah all the way from JB.

The Beech Grove's girls.....
(Missing kak Jo, kak Ana and Teena)

UK friends and spouses.....

Dari rumah lagi saya dah berangan nak pi lepak-lepak kat pantai lepas kenduri. Konon berangan nak stop-over tidur kat Cherating. Sehari dua sebelum bertolak tu sibuk je dok menggoogle cari chalet atau hotel yang kosong.

"Tak payah booking lah. Kita bukannya nak bercuti. Pergi kenduri kahwin je. Lepas tu check-in je kat mana-mana tempat yang ada......." 

Memandangkan memang dah niat nak melepak kat pantai maka sejurus lepas kenduri kami terus ke Pantai Mak Nik. Tak jauh mana pun. Rasanya dalam masa 20 minit kami dah selamat tiba di tepian pantai. Cuaca sangat baik tapi angin agak kuat. Segan pulak nak berposing kat tepi pantai tu dengan baju terbang-terbang melekat di badan dalam tiupan angin. Maka saya hanya duduk-duduk sambil melihat ombak yang agak ganas. 
Monica Bay..... katanya.

Kata orang apabila berkunjung ke Terengganu wajiblah merasa keropok lekor dan satar. Alhamdulillah rasanya memang enak. Terasa kesegaran ikannya. Keropok lekor rebus panas-panas memang feveret saya. Harga pun murah dan sangat berbaloi.

Selepas memborong satar dan keropok lekor, kami meneruskan perjalanan ke Cherating sambil meninjau mana-mana tempat peranginan yang kosong. Kami dah shortlist beberapa tempat yang sesuai. Malangnya semua yang kami senaraikan tu dah fully booked.

"Kita cari kat Kuantan lah. Worst come to worst kita tido umah Dayah je...." Saya memang suka  buat keputusan yang simple.

"Kita cuba Swiss Garden dulu...." Hubby memang banyak je planningnya. Malangnya Swiss Garden pun penuh jugak. Depa ada program bank apa tah. Tempat parking pun dah overloaded. Akhirnya kami cuba Hotel Vistana. Alhamdulillah masih ada bilik tapi king bed sahaja. Hubby booking dua bilik sebab kami bawa pengantin lama bersama.

"Nina nak tido ngan kakak..... Umair gi balik rumah." Hahaha...... suka hati je budak tu nak buat hal.

"Bagi la can kakak honeymoon. Nina tido ngan ayah ngan umi....." Kakak dah status bini orang, haruslah duduk dengan suami.

Malam tu lepas check-in kami keluar pi dinner kat Restoran Sara Thai. Kebetulan ada pulak kenalan hubby join program kat hotel tu. Kalau tengok kat poster depan pintu masuk hotel tu, depa ada program apatah tentang hadis dengan penceramah dari Libya. Maka menggediklah kami sementara menunggu hubby bersembang.
Girls and gedik berpisah tiada....

Alhamdulillah selepas dinner, we had a goodnight sleep. Esoknya pepagi dah turun breakfast sebab  lepas tu nak terus balik KL.
Menu biasa saya, tapi tak meet my expectation....:(

Konon nak jadi merpati dua sejoli tapi macam tak kena tempat pulak.....


PS: Insya Allah ada rezeki next time boleh datang lagi for a real holiday.....


Monday, 12 February 2018

Servis kereta

Servis kereta Honda ni dah lama overdue. Sepatutnya kena buat servis samada setiap enam bulan sekali ataupun setiap 10000km, mana-mana datang dulu. Tapi sebab kereta tu asyik ulang-alik Nilai-Ampang-Nilai-Ampang menyebabkan  mileagenya agak tinggi dan purata servisnya adalah 3 bulan sekali. Kalau ada masa hubby kena bertugas luar kawasan lagi la mencanak-canak naik mileagenya. Kesian pulak tengok kereta tu macam dah tua sebelum usia. 

"Pandai ke awak nak servis kereta ni..... sapa nak ambik? Lama nak menunggu.......bla bla bla....." Haha.... macam la saya tak pernah pi servis kereta sebelum ni. Padahal kereta Unser tu, saya  la tukang pi servis. Ulang-alik Toyota Selayang Service Centre. Service. maintenace, repair, tukar tayar dan sebagainya dari mula beli hingga dah nak masuk usianya 15 tahun. Alhamdulillah masih utuh dalam belaian kasih-sayangku. Angkut anak-anak pi sekolah daripada lima orang hingga tinggal sorang. Sungguh..... Unser itu sangat banyak berjasa.๐Ÿ’

"Ala.... umi ada banyak bahan bacaan. Boleh je isi masa menunggu. Bukannya ada keje apa pun....." Peluang ber me-time sebenarnya. Konon selama ni saya asyik sibuk memanjang takde masa nak membaca santai-santai.

Alhamdulillah saya dah buat booking awal sebelum servis. Memang standard Honda, untuk booking servis semasa hari bekerja kena buat sekurang-kurangnya dua hari sebelum. Kalau nak buat servis hujung minggu kena buat booking sekurang-kurangnya seminggu sebelum.

So hari Rabu hari tu saya confident je bawa kereta sensorang. Cuak jugak mulanya, macam tak kena je situasiku. Maklum la kita ni dah makcik-makcik, comel pulak tu,  bawa keta gedabak pi servis. Orang tengok pun macam tak percaya. :D

Alhamdulillah staf depa semua friendly. You just need to be confident. Insya Allah everything else will go smoothly. Lepas dapat parking, terus je pergi ke kaunter registration. Bagi nombor plat kereta  kita. Depa akan bagi nombor giliran. Lepas tu tunggu je kat ruang menunggu hingga nombor kita dipanggil. Tak lama pun. Dalam lima minit je. Depa akan semak dalam komputer tentang service history dan komfemkan kos. Ada beberapa dokumen yang kita kena tanda tangan sebelum kita serahkan kunci kereta. Lepas tu depa akan pi cek kereta dalam dan luar secara fizikal. Segala cela dan calar-balar yang ada kat body kereta  depa tanda dalam satu borang untuk kita tanda tangan sekali lagi. Lepas tu baru tunggu giliran untuk kereta tu masuk tempat servis. Alhamdulillah nampak sungguh efficient. Saya tiba jam 9.45 pagi, serah kunci jam 10.00 pagi, pukul 10.15 pagi kereta dah masuk servis. 

"Hari ni ramai pekerja Kak. Kereta akak takde masalah, Insya Allah sekejap je boleh siap...."

Alhamdulillah janji dikota. Saya hanya sempat menghabiskan secawan teh tarik dan membaca dua buah majalah sementara menunggu di sana. Sempat la berangan dan cuci mata dengan Majalah Impiana serta muhasabah diri dengan majalah Keluarga edisi Januari-Februari 2018. Rupa-rupanya dah lama saya tak beli majalah.

Honda sangat telus. Kita boleh semak jumlah kos mengikut mileage servis kereta kita secara online sebelum pergi ke service centre. Saya buat servis untuk 150000km. Semakan secara online menunjukan harga RM522.73 dan memang betul depa caj sebanyak itu. Kalau ada apa-apa kerosakan lain, depa akan bincang ngan kita dulu samada setuju atau tidak dengan apa-apa cadangan yang depa bagi.  Alhamdulillah setakat ni servis kereta saya tip-top. :)

Setelah selesai servis, nak kena basuh pulak. Tetiba pulak nampak kereta tu tak mencapai standard kebersihan saya. Selama ni tak perati pun kereta tu kotor ke bersih. Semuanya hubby yang setelkan. Setiap kali naik kereta saya hanya jadi ma'am.....
Tenang je duduk kat sini.

Alhamdulillah program bersama kereta berjalan lancar. Sangat berbaloi buat servis di sini berbanding kekalutan di KL. Peace of mind. Jimat masa dan tenaga. Harga cuci kereta pun murah sahaja. Di sini cuma RM10 berbanding RM15 di KL. Sementara menunggu kereta dicuci saya pekena megi goreng mamak kat seberang jalan. (Slowly gainning confidence of being alone.....)


PS: Maintain kereta macam maintain iman, or rather maintain iman macam maintain kereta..... hmm.


Tuesday, 6 February 2018

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Sepanjang dua bulan ni setiap kali balik Ampang saya banyak memenuhi masa mengemas rumah. Mengemas maksudnya membuang barang-barang yang dah berlonggok selama ini. Saya sendiri pun kurang pasti sejak bila barang-barang tu mula melonggok dalam rumah. Sejak balik dari UK saya dah beberapa kali pindah rumah. Bemula dengan rumah sewa di Taman Batu, hubby beli rumah di Selayang. Masa kat Selayang tu saya dah mula 'menternak sampah'.  Kalau tengok dengan mata kasar ianya hanyalah barang-barang biasa sahaja. Walaupun dah masuk kategori 'sampah' tapi sebab kengkonon ada sentimental value tu yang berlonggok-longgok susun dalam rumah. Masa nak pindah ke Ampang dulu saya terpaksa sewa lori untuk angkut semua barang-barang yang kengkonon disaluti memori untuk dihantar ke pusat pelupusan sampah. Tumpah jua setitis dua air mataku mengiringi deruan enjin lori sewa itu.

Selama duduk kat Ampang tabiat 'menternak sampah' tu masih tak dapat dipisahkan. Semua benda saya sayang, buku-buku, majalah, semua kotak dan beg hadiah, kertas dan plastik bungkusan, beg mesyuarat hubby (entah berapa puluh kali meeting), hatta bekas tupperware ais krim pun saya susun, simpan elok-elok. Penuh almari dan rak. Lepas tu minta hubby beli almari lagi. Tambah koleksi almari pulak. Mungkin masa tu saya masih sibuk berkarier, jadi tak sempat nak  menilik keadaan rumah. Mengemas pun setakat sedap mata memandang sahaja. Tapi sejak dah pencen ni baru lah boleh menikmati setiap sudut rumahku syurgaku. Baru lah nampak betapalah diri ini penuh dengan kecintaan dan kasih-sayang ๐Ÿ’–. Makanya penuhlah rumahku syurgaku dengan benda-benda yang dah masuk kategori tidak diperlukan. Adeh..... 

"Buat apa la nak simpan semua benda-benda ni? Menyemak je....." Beberapa kali dialog tu mempengaruhi daya fikiran saya. Beberapa kali jugak saya cuba deny. Tapi sejak terpaksa berulang-alik Ampang-Nilai ni nampaknya saya terpaksa membuat perubahan dalam kecintaan dan berkasih sayang. Benarlah kata-kata old habit die hard. Walaubagaimanapun, untuk merubah keadaan harus bermula dengan diri sendiri. Maka setiap balik Ampang, selain daripada komitmen program keluarga dan kenduri kendara, saya akan mengisi masa dengan projek 5S..... (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) Alhamdulillah setakat ini saya dapat mengurangkan sedikit demi sedikit kadar kecintaan dan kasih-sayang saya terhadap benda-benda yang tidak perlu. Setiap kali juga depan rumah saya akan penuh dengan plastik hitam pada hari pungutan  sampah. Terima kasih kepada Alam Flora yang tak jemu memberi khidmat bakti untuk kesejahteraan masyarakat menikmati suasana sampah-free.

Selain dari 'menternak sampah', saya juga membuat tabungan. Alhamdulillah, sejak kecik dah terdidik untuk memasukkan lebihan duit belanja sekolah ke dalam tabung. Dah tetua pun masih kumpul duit syiling jugak. Alhamdulillah hasil kecintaan dan kasih sayang kepada walau sekecil-kecil nilai, tabungan itu akan penuh mengikut masa dan keadaan. So minggu lepas saya angkut duit-duit tu bawa pi Nilai. Berat juga. Hahaha.....mesti la berat. Depa guna logam keluli tahan karat, kuprum nikel untuk buat duit-duit syiling tu. 
Sepanjang pagi saya isi masa mengasingkan duit-duit syiling itu mengikut nilai masing-masing. Lepas tu masukkan dalam plastik. Tapi kita simpan dulu sebab belum sempat nak pergi bank.  Sebenarnya dah banyak kali lalu depan bank tapi takde parking yang kosong. Terpaksa menternak lagi lah nampaknya. Hmm.....

Apabila balik Nilai saya hanya mengisi masa dengan hobi baru sambil 'menghias' rumah dengan harapan tidak menambahkan koleksi 'ternakan' baru....
Terima kasih kepada pemberi cawan sup ini.


PS: Semoga Allah mudahkan saya mengurangkan kecintaan kepada dunia dalam menuju pengakhiran hayat ini.....