Tanggal 26 Ogos 2017 merupakan Majlis bertandang kami ke Kelantan. Kenduri pihak lelaki pulak.
Majlis sebelah kami dah selamat dijalankan pada 8 Julai hari tu. Seminggu dua sebelum Majlis bertandang saya dah mula memikirkan tentang cenderahati yang perlu dibawa untuk keluarga besan.
"Takyah risau. Kita naik kereta. Sumbat je barang-barang dalam bonet......" Hubby memang sempoi. Saya lah yang tukang pikir apa benda yang nak disumbat itu. Seperti Majlis bertandang Iman hari tu saya buat yang simple sahaja. Saya sediakan cenderahati untuk pengantin lelaki, adik-beradik serta mak dan ayahnya. Semuanya homemade, buat sendiri. Sukahati saya saja nak buat bakul hiasan cemana. Redha jelah dengan hasil keras tanganku. (Takde gambar kenangan sebab semua dah hilang masa hp rosak hari tu)
Masa tengah sibuk menghias bakul bertandang.
Kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi hari Jumaat. Singgah beli air dan roti di petronas, isi minyak dan top-up Touch and Go. Kami bajet untuk singgah di mana-mana Masjid untuk solat Jumaat on the way. Alhamdulillah sempat tiba di Masjid apa tah immediately masuk Negeri Terengganu. Sementara the guys solat Jumaat saya ngan Nina duduk je lepak dalam kereta. Usai solat kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Alhamdulillah perjalanan sangat tenang tidak seperti suasana pulang berhari raya. Kami tiba di Kota Bharu dalam pukul 4.30 petang. Alang-alang belum makan tengahari kami terus pi pekena ayam percik di Restoran Yati Ayam Percik. Saya suka makan di sini sebab banyak pilihan kuih-muih. Manis-manis belaka..... Siap sedialah melihat bacaan gula yang melambung naik nanti.
Suka hati je selekeh bila di Kelantan.
(Padahal posing depan kedai orang)
Lepas makan terus check-in homestay. Esoknya kami bersiap untuk pi kenduri Dayah. Alhamdulillah Majlis Bertandang berjalan lancar. Kami disambut meriah. Majlis diadakan di dewan SMI Aman Binjai.
Full house: Dua keluarga bersatu.
Besan
Tak sangka Majlis bertandang disertai dengan sahabat yang sama belajar di MRSM KB dulu. Dapat bersua semula setelah lebih 30 tahun. Mini reunion gitu. Begitu susunan Allah.
Mahidah berbaju biru dan Nolizan berbaju maroon
Terima kasih sahabat kerana sudi datang.
Sebelah petang selesai majlis, kami sempat pi jenjalan ke Wakaf Cik Yeh. Malangnya hujan lebat, so kami jalan-jalan sekitar Kota Bharu sahaja. Seperti biasa destinasi utama sudah semestinya makan rojak colek popia Stadium. Ferevat hubby masa muda-muda dulu.
Popia Stadium
Adat Kelantan yang saya suka ialah majlis berkenalan dengan menantu. Saudara-mara akan menjemput pengantin baru untuk datang ke rumah mereka samada untuk makan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam. Tujuannya untuk berkenalan dengan lebih rapat. So untuk hari Ahad program kami dah fully booked. Sarapan di rumah besan, makan tengahari/starter rumah Mek Na, makan tengahari/dessert di rumah Cik Ani dan sambung minum petang di rumah Wani. Makan malam sepatutnya di rumah cik Yah tapi kami terpaksa tolak sebab nak kena hantar Iman ke airport. Depa nak kena balik KL awal sebab Marwan kerja keesokan harinya dan Amin pulak ada driving.
Sementara ke airport tu sempat lagi singgah makan maggi ketam kat warung berhampiran airport. Sebenarnya dah lama mengidam nak makan maggi ketam ni. Dah rasa baru tahu takde la sedap mana pun. Ketamnya aje yang nampak mengancam.
Maggi tomyam sotong
Maggi ketam. Kemain sepit besar gedabak.
Single but not available.
Awal pagi Isnin kami bersiap untuk bertolak balik ke KL. Nyaman terasa berpagi-pagi dalam suasana kampung. Hubby berkali-kali sebut nak pencen di Kelantan. Nak merasai ketenangan kampung dengan kos rasa hidupnya yang rendah jauh dari hiruk pikuk kota raya.
Dingin pagi depan homestay
On the way balik terpaksa singgah kedai Cik Yah sebab nak bayar balik hutang tak penuhi undangan makan malam tadi. Sebenarnya setiap kali balik Kelantan kami tak akan lupa berziarah ke rumah Cik Yah. Kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermanja. Dan setiap kali juga kami disambut dengan kasih mesra yang tak pernah padam. Saya mengenali susuk tubuh itu sejak lebih 25 tahun yang lalu. Masa mula-mula bernikah dengan hubby lagi. Sekarang Cik Yah bukak kedai makan. Macam-macam juadah nasi ada di gerai Cik Yah. Disebabkan nak cepat kami hanya singgah di kedai Cik Yah untuk ambik bekal sahaja.
Gerai Cik Yah
Kemudian kami meneruskan perjalanan balik ke KL. Sepanjang dua hari di Kelantan, masa kami dipenuhi dengan aktiviti menghubungkan silaturrahmi sahaja. Program asal nak bercuti dan bershopping di Pengkalan Kubur semua ke laut. Takpe next time panjang umur kami kembali lagi.....
Jalan lengang selengang-lengangnya
Singgah di RnR mana tah, lupa dah nama tempat tu, untuk makan pagi sebab kalut tak sempat breakfast sebelum bertolak tadi. Rupa-rupanya kat RnR ni takde jual makanan berat. Ada gerai jual air sahaja. Yang ada tu pun air botol dan air dalam tin sahaja. Terpaksalah berpada dengan apa yang ada walaupun saya ni jenis kena minum air panas. Alhamdulillah ada bekal daripada Cik Yah. Dia bungkus nasi sorang satu siap dengan kuih lagi. Terimakasih Cik Yah.....
Nasi kerabu bekal daripada Cik Yah
Kami selamat tiba di rumah menghampiri jam 7 malam. Banyak berhenti tengah jalan sebab hubby mengantuk. Walaupun ada spare driver tapi hubby tetap nak drive sensorang. Kami ni yang penat duduk saja.
PS: Insya Allah panjang umur kami kembali lagi. Kelantan sentiasa di hati.....