Tuesday, 28 October 2014

Berpantang dan berurut lepas bersalin...

Masa cuti sekolah hari tu kemain semangat mengemas rumah. Lepas tu tetiba sakit badan terutama bahagian tengkuk melarat hingga ke bahagian belikat sebelah kiri. Puas lah anak-anak tolong urut dan picit belikat umi tu. Lega sekejap sehari dua. Pastu sakit datang balik terutama masa nak tidur malam dan masa nak bangun pagi. Kebiasaan saya tidur mengiring ke kanan pun terpaksa ubah. Bila baring mengiring ke kiri kurang sikit sakitnya. Pelik pulak. Kalau ikut logik sakit belikat tu sebelah kiri sepatutnya tak boleh mengiring ke kiri. Ni macam tebalik pulak. Cuba juga buat excercise pusing-pusing tangan dan belikat tapi macam tak jalan.

Lepas tu pi klinik. Doktor kata mungkin salah urat. So dia bagi ubat tablet untuk relakskan muscle dan ketotop untuk legakan sakit. Seperti biasa saya memang tak suka makan ubat. Cuma pakai ketotop tu je. Sekejap je saya tampal kat belikat terus rasa gatal2. So terus tanggal tak pakai dah. Tapi masih teruskan buat excercise pusing-pusing tangan tu.

Try search kat Mr Google. Rasa macam terkena symtom frozen shoulder. Sebabnya masa anak-anak kecik dulu asyik nak berdukung je. Saya selalu dukung anak-anak sebelah kiri sambil tangan kanan buat kerja lain. Huh.. super woman gitu. Memang banyak guna tenaga sebelah kiri. Maklum la anak-anak semuanya semangat dan montel-montel belaka. Berkat susu ibu. Tak padan dengan tubuh badan umi depa yang kecik molek. Heh!.... So saya ikut cara excercise yang disyorkan. Dua tiga hari juga la. Tapi masih tak ada kesan.

Kebetulan pulak lepas cuti baru ni kat sekolah saya musim orang berurut. Tetiba je muncul mak cik cleaner yang pandai berurut. So ramai-ramai lah cikgu-cikgu buat booking nak berurut. Murah je. RM30 sejam untuk satu badan. So saya pun cuba juga lah....

Sebenarnya saya memang tak pernah berurut sebelum ni. Anak dah lima. Orang dengar pun pelik. Hmm... Kisahnya sejak anak pertama lagi tak berurut. Susah nak cari tukang urut masa tu. Bersalin pulak kat KL. Kat kawasan rumah saya pulak semua mak bidan dah fully booked. Tak pandai pulak nak mencari bidan-bidan dari kawasan lain. Anak kedua dan ke tiga bersalin kat UK so lagi la tak ada peluang nak berurut. Akhirnya sehingga anak kelima pun terus tak pernah berurut. Kalau nenek saya masih ada memang kena leter la jawabnya. Nenek memang sangat prihatin bab-bab jaga badan ni. Dan sangat tradisional. Memang important sangat ler berurut after bersalin ni.

"Badan kita nak pakai lama... Kena la jaga. Amanah Allah tu..." Satu benda yang saya tak sempat rasa sebab masa saya bersalin nenek dah tiada. Agaknya kalau nenek yang jaga saya masa bersalin dan berpantang tentu saya maintain macam nenek ...:(

Pesan nenek, sebab utama kena berurut adalah tak nak bagi badan masuk angin. Pastu nak lancarkan pengaliran darah dan betulkan balik urut2 yang katanya tersimpul masa mengandung. Lepas tu pulak masa bersalin tu kan banyak gunakan energy. So kira macam nak mengembalikan tenaga lah kot. Manalah saya tahu. Tak pernah rasa berurut ni... Huhu tetiba rindu nenek...:(

Tapi kalau bab pantang larang lain Insya Allah saya akan cuba jaga sebaik mungkin. Masa bersalin kat UK dulu midwife saya  ada sediakan senarai things to do kalau terkena syndrom-syndrom lepas bersalin. Antaranya, kalau rasa sakit kat bahagian vagina, cuba letak frozen pad dekat panties, Try warm bath atau makan ubat untuk tahan sakit jika diperlukan. Takut-takut terkena penyakit 'baby blue'. Rasanya orang kita panggil 'meroyan'. Alhamdulillah hingga kini Allah hindarkan saya dari perkara-perkara yang tak baik tu. Saya guna cara saya sendiri. Berpantang ikut pandai sendiri je. Badan kita, kita sendiri lah jaga. Jaga badan ni, bukan setakat the period immediately after birth je...it's more of a long term thing..kena jaga makan dan regular excercises. Tapi yang paling penting the first week take a good rest. Jangan dok sibuk nak pi nak kemas rumah ker, masak kat dapur ker, dan sebagainya. Just relax and enjoy your time with the baby.

Satu benda yang sangat penting, sediakan semua keperluan awal-awal. Sebelum bersalin lagi dah siapkan keperluan ibu dan anak. Terutama makanan kita semasa berpantang. Saya amalkan makan sup kambing setiap hari. So hubby dah stok up daging dan tulang kambing awal-awal dalam peti sejuk. Tiap hari defrost sikit-sikit untuk buat sup. Nasi mesti freshly cooked. Tak main la makan nasi dingin atau left over. Alhamdulillah masa hari-hari awal lepas bersalin hubby memang sediakan nasi panas setiap pagi dan petang. Masak je terus hidang. Siap dengan sup dan ikan kering goreng. Saya selalu makan ikan gelama atau tamban kering goreng. Paling sedap ikan haruan kering. Masa mengandungkan anak pertama ayah saya dah siap beli ikan haruan segar, Siang, belah belakang dan jemur buat ikan kering. Tapi sekarang macam susah nak dapat stok ikan haruan. Kalau tak ada ikan haruan saya akan minum air gamat. Subhanallah!....kalau nak minum air gamat ni harus ada kekuatan dalaman.  Harus sanggup untuk menaham rasa dan baunya. Huhu....indescribable...

Satu lagi jangan lupa pakai stokin setiap masa selama berpantang 40 hari tu. Pakai yg longgar je takut tersekat pulak pengaliran darah. Yang penting tutup tapak kaki. Badan mesti sentiasa rasa selesa. Cuba elak rasa sangat panas atau sejuk. Kita rasa sendiri apa/bagaimana keselesaan kita. Minum air kosong banyak-banyak. Ada orang tak galakkan takut kembang. Saya tak pasti apa maksudnya. Tapi setakat ni saya memang amalkan minum banyak air kosong. Alhamdulillah belum ada yang kembang-kembang....

P.S Amalkan makan jamu set bersalin lengkap setiap kali lepas bersalin. Dan hanya berurut bila perlu sahaja....

Wednesday, 22 October 2014

Bila malam...

Sekali sekala seronok juga menikmati suasana malam. Malangnya kat KL ni mana la sempat nak keluar malam kalau balik rumah pun dah lewat petang. Nak nak pulak kalau hubby terperangkap dalam jam. Dari Nilai ke tol Sungai Besi biasanya tak ada masalah. Jalan smooth je. Cuma bila mula nak masuk MMR2 timbul masalah traffic jam. Kalau nasib tak baik masa perjalanan boleh ambik dua tiga kali ganda. Alang-alang boring memang boleh lelap dalam kereta. Badan dah penat seharian bekerja. Sungguh merbahaya...

Baru ni saja-saja keluar pusing-pusing Gombak. Jalan-jalan cari makan. Kebetulan pi ambik anak dara saya kat marhalah UIA. Nampak stadium UIA tu terang benderang so singgah kejap. Biasa la kalau hubby ngan anak bujang dia. Pantang nampak pergerakan kat stadium. Ada je gesaan nak tengok. Kot-kot ada perlawanan bola ke apa ke. Tak paham saya kenapa guys taksub ngan bola. Tak dapat main tengok pun jadi lah. Dah jadi macam tradisi pulak 'Ayah and the Bujangers" ( 3 Abdul) tu jadi wakil sekolah. Bujang sorang lagi tu sampai dah masuk Matrik pun masih sibuk ngan bola. La ni jadi wakil Matrik pulak....

Layan je lah. Singgah tengok apa yang patut. Memang tak patut. Jerebu vs cahaya lampu. Sebenarnya ada perlawanan rugbi. Sapa tah lawan. Tapi tak clear sangat sebab diselubungi jerebu. Sekali pandang macam suasana kat UK dulu. Depa selalu ada tournament masa dekat-dekat nak musim sejuk so suasana stadium nampak macam berkabut sejuk. Teringat pulak masa dulu selalu jengah stadium Southampton FC. Kat belakang rumah je pun...
Layan je la....
Macamana tah cara main. Saya tak pernah nak paham..

P.S Macam tak kena dengan tajuk pulak..

Tuesday, 14 October 2014

Mood menanam datang lagi...

Sejak-sejak musim hujan ni mood menanam datang semula. Hari tu pi pasar tani Melawati nampak pulak anak pokok daun pudina dan daun selasih. Pucuk dicita ulam mendatang. Dah lama saya cari pokok selasih ni.. Dah pernah tanam sebelum ni tapi jadi arwah sebab kemarau tak sempat siram. Lagi pun asyik petik je masuk dalam masakan. Tak sempat dia nak besar. Kali kedua ni mudah-mudahan pisang tidak berbuah dua kali.
Dalam pasu tu daun pudina. 
Semangat nak tanam sendiri sebab nak buat teh pudina ala-ala kat kedai Arab tu. Selalu kalau masuk kedai Arab saya dan hubby akan order 'pot of tea' dengan cawan kecik-kecik tu. Amin panggil teh ubat gigi. Menurut kajiannya teh pudina ni boleh tenangkan otot perut, bila rasa macam kejang, kembung atau berangin. Mostly kalau rasa ada gangguan atau masalah perut saya akan buat teh pudina segar dari ladang :D

Kata orang tua-tua daun pudina ni juga amat membantu mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan. Macam selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. Kalau zaman nenek saya dulu depa ambik beberapa helai daun tu bubuh air sikit lepas tu gosok atas tapak tangan. Lepas tu sapu kat bahagian dada. Insya Allah lega. Macam sapu ubat Vick's gitu. Dan juga bagus untuk anak-anak dara yang selalu kena period pain. Sapu je kat kawasan bawah perut dibahagian peranakan. Mudah-mudahan dapat membantu kitaran haid juga.

Daun selasih pun ada fungsi yang agak sama macam pudina. Tapi saya belum cuba buat teh lagi. selalunya saya letak dalam masakan je. Semua resepi kari boleh letak. Boleh ganti daun kari. Kekadang saya letak dalam ayam masak merah atau goreng pedas. Konon buat ayam selasih pun boleh. Buat ulam cicah sambal/budu pun sodap.

Bunga selasih. Bau dia agak kuat. 
Kat celah-celah bunga kering terletak bijinya.
Biji selasih. Saya lurut satu persatu. Sungguh gigih...
Berangan nanti nak letak dalam air sirap. Bagus untuk sejukkan badan. Bila tu tak tau lagi. Tunggu musim kemarau pulak. Harap-harap biji-biji selasih tu tahan lama :D.
Bunga durian belanda
Pokok durian belanda ni dah beberapa kali berbunga tapi tak pernah menjadi. Tang mana tah silapnya. Setiap kali kelopak bunga tu gugur, dua tiga hari lepas tu tampuk dia pun turut gugur. Pokoknya keding je. Agaknya belum bersedia nak menampung berat buahnya nanti. 
Bunga mangga epal.
Excited giler nampak bunga mangga epal ni. Maklum la... dah masuk tiga tahun menunggu. Nampak bunga pun jadi lah. Setiap hari dok pi belek bunga dia. Mudah-mudahan buahnya menjadi. 

P.S Tak sabar nak share hasil tanaman ni dengan orang lain...

Sunday, 12 October 2014

Korban Kasih

Alhamdulillah tahun ini hubby dan saya berkesempatan menyertai program korban lagi. Biasanya kami hanya bagi duit untuk korban di luar negara seperti Kemboja dan Syria.Tapi tahun ni saya memang berhajat untuk merasa sendiri suasana korban dari awal hingga akhir. So saya join program Korban Kasih kat sekolah saya. Hubby masih setia dengan program korban di Syria.

Setiap tahun sekolah saya dengan kerjasama PIBG akan mengadakan program korban di sekolah. Biasanya saya hanya datang untuk tolong sikit-sikit lepas tu balik.Tahun ni sebanyak 4 ekor lembu fully booked. Pihak AJK dah agih-agihkan bahagian lembu tu. Saya dapat lembu nombor 2. Share dengan sapa tah. Dah lupa senarai nama. Tujuh orang semuanya. Kami buat pada hari raya kedua. Program bermula seawal 8 am. Masa saya sampai tu program dah bermula. Lembu pertama dah tumbang. Saya tak sempat tengok. Datang-datang orang tengah sembelih. Cuma sempat tengok dia menggelupur saja. 
Kat atas ni kaum bapa dan murid lelaki bersiap sedia nak tumbangkan lembu nombor 2 yang termasuk bahagian saya. 

Alhamdulillah saya sempat tengok prosesnya dari awal hingga lembu tu menghembuskan nafas terakhir. Agak susah juga nak tumbangkan lembu nombor 2 ni. Nampak gagah perkasa dari yang lain. Dia sekor je warna hitam. Memang lain dari yang lain. 
Lembu ke 3 sangat mudah ditumbangkan. Tapi asyik meraung-raung je. Entah kenapa sehingga lembu ke 4 selamat menghembus nafas terakhir lembu yang ke3 tu masih lagi mendengus. Agak liat juga nyawanya hendak meninggalkan jasad. Sayu pulak hati ini. Lembu yang ke 4 yang paling pasrah. Sekali tolak dah tumbang. Redha je hulur tengkuk untuk disembelih. Sangat redha dengan ketentuan takdir,, Sebak pulak....huhu. 
Sesi memotong daging untuk agihan.

Kaum bapa akan melapah dan potong daging yang besar-besar. Potong tulang dan angkut dari tempat sembelih ke meja agihan. Dah siap empat meja untuk empat ekor lembu. Saya hanya bersedia di meja nombor 2 untuk lembu nombor 2. Alhamdulillah ramai yang datang membantu. Kami kaum perempuan hanya potong kecik-kecik dan timbang 500g untuk setiap paket untuk diagihkan kepada petugas dan sukarelawan serta orang miskin sekitar Gombak.

Para peserta korban akan mendapat 2 kilo daging beserta tulang rusuk dan organ dalaman yang dibelah tujuh. Alhamdulillah saya mengambil semua peluang yang ada untuk membelah dan membahagi semua organ dalaman lembu korban seadil yang mungkin. Terasa daging yang masih panas.
Jantung lembu yang masih panas berdarah....
Sempat berangan jadi cardiologist....
Peparu yang segar...bukti lembu yang sihat. 
Macam-macam organ ada. Semua organ dalamannya nampak sihat dan segar.Mudah-mudahan menjadi bukti di akhirat nanti.

Saya sekeluarga memang tak makan sangat organ dalaman ni. So saya serahkan bahagian saya kepada sahabat-sahabat yang datang membantu. 

Daging korban yang siap dipaket untuk agihan.

P.S Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki lagi untuk tahun-tahun mendatang untuk kami sekeluarga meneruskan ibadah korban....