"Umi nak ambik Dayah kol berapa?"
Haha sian Dayah terpaksa ikut saya pi Port Dickson. Iman tak dapat ikut sebab sibuk nak exam. Ein pulak malas sebab 2 hari kemudian nak join lawatan sekolah ke Melaka. Eleh... macam la saya tak tau kenapa dia sibuk nak pi lawatan kat Melaka tu sampai tak nak ikut saya pi bercuti.
Kami bertolak dari rumah lepas solat Jumaat, ambik Hidayah kat PJ terus ke Port Dickson. Terus check-in kat Avillion Port Dickson. Water Chalet tuh..
Sebenarnya En Hubby dan Syariah Committee dia buat retreat kat situ. Heheh.. kita tumpang la sekaki. Orang murah hati nak belanja kita. Rezeki dari Allah. Alhamdulillah.
Buka tingkap balkoni terus nampak laut.
Bilik dia sangat luas. Malas nak bagi promo percuma kat sini. Tengok je kat website dia. Mula2 tu rasa gayat juga sebab buka je tingkap terus nampak air laut. Rasa macam dalam bot. Adus... mabuk laut la pulak. Peghak sungguh. Jiran sebelah bilik rileks je dok memancing kat balkoni dia.
Rasa deruan ombak melalui tingkap bilik je. Air naik sebab hujan lebat malam tadi.
En hubby ada meeting sehari suntuk. So saya dan anak-anak... apa lagi.. kita enjoy!. Enjoy la sangat. Hujan ribut mula turun seawal pukul 4 pagi. Nak tido pun tak selesa sebab terkenangkan tsunami. Almaklum la duduk kat water chalet, bilik paling jauh ke tengah laut. Dengar deruan ombak pun naik seram. Rasa macam dah karam. Hujan melarat-larat sampai siang. Esoknya, keluar berita banjir teruk di Lukut. Pengunjung lain pun rata2 tak dapat tidur malam tadi.
By pukul 9 pagi anak2 dah sibuk nak swimming kat
kolam renang. Saya post je depa pi swimming. Lepas tu pandai2 lah depa nak mengisi masa yang ada. Macam2 ada kat sekitar hotel tu. Ada mini zoo, ada taman herba, spesis pokok2 kat Malaysia, kids area, galeri, spa, gym dan macam2 lagi lah. Haha sian Dayah jadi bibik jaga
adik2. Saya? Hmm…apa lagi, melepak kat atas katil la puas2 sambil baca novel. Tak
payah nak fikir masak brekfes, lunch, dinner, kemas rumah, basuh kain apa
bagai.
Tengahari tu pi ronda2 kat bandar Port Dickson. Cari lunch, shoping2. Such a very nice town. Small, quite and peaceful. Kereta tak banyak, senang nak cari parking. Orang tak bersesak-sesak. Tenang je fikiran.
Lepas makan lepak kat pantai pulak.
Rehat sebentar sebelum terjun laut.
Nina ngan Amin memang excited kalau nampak air.
Alhamdulillah langit mendung je, so seronok lah dok melepak kat tepi pantai. Pertama kali saya biarkan depa main sampai ke tengah laut. Sebelum ni depa hanya boleh main celup2 kaki je. Kali ni suka hati hangpa lah nak berenang sampai mana pun. Jangan lemas sudah.
Saja nak posing sebelum balik.
"Ni je gambar? Beriya pergi holiday.."
Haha Iman memang selalu tak puas hati dalam bab gambar-menggambar ni. Saya memang malas ambik gambar. Hidayah pulak suka buat video je.
"Tu la..sapa suruh tak nak ikut."